Showing posts with label Besh Shimatado. Show all posts
Showing posts with label Besh Shimatado. Show all posts

Tuesday, 7 July 2015

Selamat Pengantin Baru Buat Aku

Seharum mawar di jambak madu
Seindah purnama beralun lagu
Hati siapa tidak mahu
Berpegang tangan menyulam rindu

Hehehe. Tajuk pun dah rasa nampak jiwang karat. So kenalah berpantun sikit. heheheh.

Pengantin baru tak baru sangat lah. Nikah pada betul-betul hujung tahun 2014 dan bersanding beberapa hari selepas itu. Majlis buat sebelah pihak je, pihak lelaki sebab sebelah aku, aku malas nak pening2 kepala nak fikir semua benda tu.

Semua persediaan kahwin dan majlis sebelah lelaki yang tanggung. Terima kasih sangat2 sebab menerima aku seadanya. Tak sangka  aku dah kahwin. Syukur Alhamdulillah, perkenalan selama sebulan terus ke jinjang pelamin. Lepas tu baru lah kenal-kenal 8 bulan sebelum date majlis. hehe.Usia perkenalan tidak penting, yang penting keserasian. Doakan aku dan suami berkekalan hingga dunia akhirat. 

Dalam perkahwinan, bukan semudah ABC. Ada pahit ada manisnya. Yang dah kahwin tahulah macam mana. Persefahaman sangat penting. Doakan jodoh kami selama-lamanya. Amin. 





Thursday, 27 February 2014

Trip ke Mabul, Semporna dibatalkan..

Tiket yg aku beli hampir setahun, esok sepatutnya aku terbang ke Tawau utk sekian kalinya terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab peribadi. Sedih jugak tak pergi ni, cuti boss approve tapi sayang pulak tak pergi. Sebab ingat kalau pergi kali ni nak pergi trekking kat Bohey Dulang sekali lepas Sipadan dan Mabul. Tapi takpe lah, nak buat macam mana. Kalau pergi pun kalau berat hati, nanti apa-apa jadi susah. So, terpaksalah pejam mata sekejap. Nanti2 ada masa lagi. Lagipun dulu dah pernah pergi (pujuk hati sendiri). Hehe.

Well, pengajaran daripada trip kali ini, percayalah pada diri sendiri..

Semporna, aku datang lain kali lah ya...

Monday, 24 February 2014

Aku Tahu Aku Kuat

Alhamdulillah aku sgt bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..
Bermacam-macam aku lalui untuk terus kuat menjadi seorang manusia yang tabah, aku mula perlahan-lahan belajar untuk kuat.. 
Ada yang datang dalam hidup sekadar untuk mengambil kesempatan, aku maafkannya.. Ada yang datang sekadar melepaskan kebosanan, aku merelakan... Terima kasih atas apa yang telah diberikan kepadaku.. Terima kasih atas saat-saat aku jatuh dan tak mampu bangun, mereka pergi tanpa membantu... Aku tahu aku kuat... Sebab itulah aku masih berada di sini, menulis di sini dan berharap esok kan lebih baik daripada semalam..

Aku melakukan dosa, aku manusia biasa, InsyaAllah, semoga ada jalan yang terbaik untuk aku dan kita semua...

Ini adalah sekadar diary aku..

Sunday, 22 December 2013

Buat Cucur Jawa

Jam 3.00 pagi tadi aku bancuh acuan cucur jawa. Cari-cari di internet. Penatlah meredah hujan lebat habis basah lencun semata-mata nak beli bahan-bahan nak buat cucur ni. Hehe.

Lepas siap bancuh, aku tidur dan pagi ni bangun dengan semangat nak makan cucur jawa sebab teringin tiba-tiba. Aku ni kalau teringinkan apa-apa mesti aku akan dapatkan sampai boleh. Tak tau lah nanti kalau dah pregnant, ntah-ntah mengidam macam-macam. Minta tidaklah, kang cian laki aku. 

Semangat punya semangat, aku dengan penuh kekusyukan menuang senduk pertama ke dalam kuali kecil. Taraaa... TAK JADI!! JAdi cucur jawa penyet. Haha. Tak naik topi dia dan bila dah siap, aku makan, agak keras tepungnya. Skirting tak menjadi. Overall FAILED!
sentuhan pertama gagal
Hahaha. Lepas cucur yg kedua, aku alter tepung tu, mungkin cair sgt kot. Aku tambah tepung beras sikit. Mana tau lembut. (orang tak biasa buat cucur2 la katakan..). Lepas tambah, pun tak jadi jugak.... Huhuhuhuhu....
kedua pun gagal.haha
Tapi takpe, nanti aku free aku buat lagi. Kena study lagi ni. Cari petua2 orang lama.. First time buat katakan... Takde rezeki nak makan cucur jawa yg comel2.. Alamatnye petang nanti, ke pasar malam lah aku. Hehe.

Note: cucur jawa juga dikenali sebagai cucur topi namun di Selangor, lebih dikenali sebagai Mexican Hat. haha. Orang Kedah memang panggil cucur jawa. (cucoq jawa)

Sekian
Miss Besh Shimatado

Wednesday, 18 December 2013

Joging

Hari ni, 18 Dec 2013 hari pertama aku joging kembali. Taraaa... Nak build up stamina la kononnya. Lembik sgt baru-baru ni main futsal macam hampeh je. Tak puas hati, so kena tebus balik kesilapan. 

Okay. Al kisahnya, last time aku bilang aku nk retire dari mendaki. Aku pun tak tau boleh ke tak aku nak retire. Tapi Insyaallah, umur 30 nanti kot. Sebab baru je aku confirmkan untuk join satu group ke Gunung Tahan. One of the most tough mountain in Malaysia sebab kena jalan jauh dan kena pikul beg berat-berat. Jalan tu takde masalah, tapi pikul beg tu yang buat hati serba tak kena.

So aku kena joging setiap hari bermula tadi. Hehe. Nanti tak nak menyusahkan orang. Dahlah aku tak kenal seorang pun. Kang kena kutuk free je.

Ada pro and con trip Gunung Tahan ni. Con adalah sebab aku kena cancelkan amik lesen paragliding sempena birthday aku. Pro dia adalah trip ni lebih murah compare paragliding. Tapi still pada date birthday aku. Kira celebrate birthdya kat atas Tahan la ni. hehe. Insyaallah.

Jom kerja!!

Wednesday, 11 December 2013

Kenangan Zaman Sekolah

Teringat plak tetiba pada zaman sekolah dulu. Aktif sangat sampai hitam je kulit. Selalu kalau bulan 2 mesti temasya sukan sekolah lepas tu wakil sekolah ke peringkat daerah. Setakat daerah je la pun mampu. Peringkat negeri pernah pergi sekali je tu pun kalah masa 100 meter kategori menengah atas masa aku tingkatan 4. Asal awal tahun je mesti aku hitam legam. Setiap petang mesti ada latihan sukan. Kalau time kena wakil sekolah, orang lain ada kelas tambahan, aku kat padang kena kerah tenaga dengan cikgu sukan. Kelas asyik ponteng sebab jarang ada dalam kelas. Nasib nasib.

Bulan empat hingga lima pulak, tambah lagi kehitaman aku apabila masa tu adalah musim pakaian seragam. Aku join Kadet Remaja Sekolah. Budak-budak tahun kami yang paling aktif masuk kawad, sampai satu skuad tu 85% budak tahun kami. Tiap petang ada latihan kawad untuk ke peringkat daerah. Selalu jugak menang. Beberapa kali pergi ke peringkat negeri. Kantoi kat sana je. Tapi memang best gila masa tu sebab macam bangga la kan kononnya dapat wakil daerah ke peringkat negeri. Hahaha. Masa tu adalah first time aku pakai tudung. Sebab dalam kawad kena pakai tudung untuk keseragaman. Nak tak nak kena pakai jugak. So jadilah perhatian orang bila aku pakai tudung sebab nampak lain. Ye lah, mana pernah pakai tudung sepanjang hidup aku. Haha

Paling tak dapat lupa sekali masa tingkatan 4, aku dan seorang lagi kawan terpilih untuk mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan di Ulu Yam. Daerah aku hanya 2 orang sahaja terpilih, chewah macam best gila masa tu, dapat join kawan-kawan dari daerah lain untuk menjadi satu team Jelapang Padi.

Kenangan paling best masa tu. Team Jelapang Padi muncul juara keseluruhan dalam Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah masa tu. Kawad dapat nombor dua, tapi aku tak masuk kawad sebab diorang dah susun planton sebelum wajah-wajah baru macam aku ni join. So aku dilatih untuk masuk pertandingan gadget, yang mana last-last muncul juara gadget dalam hutan masa tu. Rasa best teramat sangat la masa buat gadget pakai buluh tu. Idea aku pulak tu! Hehe. Poyo. Gadget tu berupa sebuah kerusi yang menyerupai kerusi pengadil di court badminton yang setinggi jaring court. Jenuh lah nak buat sebab semua perempuan. Kudrat kurang. Dengan nak buat ikatan kuat-kuat, dengan nak menggergaji buluh, dengan nak design masa tu..Hasil dari teori ikatan-ikatan yg kami belajar, dapatlah mencipta sebuah kerusi yang tinggi dan boleh memuatkan sehingga 6 orang lelaki bersaiz M. Waaahhh rasa hebat lah masa tu. Haha.

Kawasan khemah kami pulak mendapat juara kawasan khemah terbersih. Mana tak bersihnya, buang sampah sekecil gula-gula pun kena ceramah free ngan Sarjan. Kat area kami masa tu sebelah budak Sabah. Siap ada para-para untuk dapur. Buat sendiri sebab dah belajar banyak ikatan masa tu. Kalau suruh aku buat balik semua ikatan tu confirm aku dah lupa. Yang ingat pun ikat mati je lah.Haha. Ikatan manok, buku sila tu boleh lah. Haha.

Paling menarik masa tu ialah, tema kami asal berkawad je kena nyanyi lagu, asal kawad je kena nyanyi. Keringlah tekak ni menyanyi sepanjang jalan. Macam-macam lagu nyanyi. Lagi nasyid Pergi Tak Kembali laa, Kasih Kekasih laa, lagu Jelapang Padi laa, kalau tak nynayi kena marah. Tapi memang best sangat masa tu. Masih terbayang-bayang lagi.

Nanti aku balik kampung aku cuba cari balik gambar-gambar zaman aku sekolah dulu kalau ada lagi. Rindu sangat saat-saat tu...

Peace No War!!
 

Saturday, 7 December 2013

Be Strong

Aku demam lagi. Lately asyik demam saja aku ni. Tak tau lah kenapa selalu sangat menyerang demam ni. Mungkin sebab tekanan atau terlalu banyak fikir rasanya. Otak dan badan terlalu penat. Rasa nak pergi jauh saja. Badan lemah, rasa loya, sakit kepala dan hanya mampu terbaring kaku je. Dah rasa macam mayat hidup je aku ni. Adoi.

Seronok kan kalau ada yang jaga. Jaga makan dan minum ketika sakit macam ni. Huhu. Ini tidak, sakit-sakit pun terpaksa juga keluar beli lauk-lauk untuk dimasak. Sebab nak makan luar memang takde selera. Terpaksalah makan makanan kegemaran kalau sakit. Dikerah jugak kudrat yang setipis kulit bawang ni. 

Tapi dah rasa okay sikit sebab dah berpeluh. Kalau tidak dalam selimut je la aku seharian. Berlapis-lapis comforter macam takde efek. Tapi syukur demam mengejut tadi. Risaunya malam saja, sebab aku biasa demam malam. Hope malam ni tak demam..

Time-time macam ni lah rasa sunyi sangat. Rasa memerlukan seseorang untuk berikan perhatian dan kasih sayang. Keras-keras hati seorang wanita (ceh ceh...) pun, berdikari macam mana seklai pun seorang wanita, mesti lemah juga. Siapa tahu kan.. kita kan manusia biasa.. Mesti tak mampu lari dari perasaan memerlukan dan diperlukan... Insyaallah, suatu hari nanti.. Aamiin..

Mesti ada yang nk muntah baca aku punya luahan ni, tapi lantaklah kan..hehe. Janji aku tak mengaibkan orang sudah. hehe. Serius aku memang bukan jenis suka jaga tepi kain orang. Aku buat hal aku sendiri sejak dulu sampai sekarang.

Hurmm... 

Monday, 4 November 2013

Mendaki Gunung Kinabalu Secara Daytrip

Tambah satu lagi prime Bucket List iaitu cabaran mendaki Gunung Kinabalu secara daytrip. I know I definately can. Aku target dalam tahun 2014, iaitu tahun depan. Ini sebenarnya adalah cabaran utama untuk aku menaikkan berat badan. Bila aku berjaya menaikkan berat badan, aku mahu celebrate atas puncak Gunung Kinabalu. Even aku dah retire dari mendaki, tapi Kinabalu is excuse. Hehe.
Pemandangan Gunung Kinabalu dari Rock Hostel jam 06:00 pagi ketika pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini.

In The Name of Friendship

 I may not a good companion, I may not a good partner in relationship, I may not a motivator but, I always sincere in friendship.. I am the person you can count in... I love my bestie..



Monday, 21 October 2013

Projek Menaikkan Berat Badan Secara Drastik.. haha

Tadi balik rumah selepas main badminton, badan rasa penat teramat sangat sebab dah lama tidak bersenam. Seingat aku, last bersenam dulu adalah sebelum bulan puasa iaitu Julai. Dan tiga bulan tak bersenam dan badan lembik gila. Plus, berat turun dengan banyaknya masa bulan puasa dan sampai sekarang tak naik-naik balik. Adoyai...
My favorite ever..
Now, it is the time to gain all fat and muscle back. First menu (selepas nekad nak naikkan berat badan.haha) adalah dua bungkus nasi lemak (saiz 50sen je la..haha) dan burger ayam cheese serta meal shake.

Kenapa aku boleh turun berat dengan mudah dan susah nak naik balik? Senang je, jawapannya ialah menyusahkan diri sendiri, iaitu susah hati. Tapi sekarang hati tak susah dah. Haha. Hati ini dah mula rasa tenang dan gembira semula. Ini sebabnya baru balik dari travel, dah tak ingat benda-benda lain. Hehe. Ingat travel je. 

10kg untuk dinaikkan bukan perkara mudah. Tapi Insyaallah, usaha dulu, then baru timbang. Dapat 5kg pun dah okay.

Selamat berjuang wahai seorang insan bernama Bee.

Friday, 18 October 2013

Aku dan diriku

Saat keadaan genting dan aku berada dalam emosi yang tidak stabil, aku asyik menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku. Kini, aku sendiri sedar, apa yang terjadi adalah kerana diri aku sendiri dan aku perlu berubah ke arah yang lebih baik. Peluang sentiasa ada dan belum pernah terlambat untuk kita menginsafi kesilapan kita atau mencari jalan yang lebih baik untuk membentuk diri sendiri. Oleh kerana terlalu mengharapkan orang lain dan mempercayai orang lain, diri kita sendiri yang akan merana dan terseksa. Oleh itu, jadikan apa yang terjadi sebagai langkah berjaga-jaga dan pengajaran dalam hidup.

Hidup ini terlalu indah untuk ditangisi penyesalan yang ada, sebaliknya dunia ini terlalu indah untuk disia-siakan. Aku harus bangkit dan melawan perasaan yang bersarang dalam jiwa. Aku harus kuat dan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Biarkan masa-masa hitam itu berlalu tanpa berulang kembali. Biarkan air mata berhenti dan jadilah manusia yang lebih kuat untuk menghadapi segala rintangan yang akan datang suatu hari nanti,.

Aku yakin, jika ada dugaan yang sama, aku takkan tersungkur lagi. Insyaallah, Allah kan ada...

Marilah kita memaafkan orang-orang yang telah mengambil kesempatan atas kesempitan yang kita lalui, marilah kita melupakan kejahatan yang orang lain lakukan pada kita. Memaafkan mungkin adalah jalan yang terbaik untuk kita menjadi lebih bahagia kelak. Insyaallah.

Wednesday, 25 September 2013

Vietnam, Kemboja & Thailand.. Finally my boss approve 10 days leave a day before depature..

What a happy news for me that I can go all places I want.. Finally he approved my leave application this afternoon, Thanks BOSS! LOVE YOU! Saigon, Phnom Penh, Siem Riep, Bangkok... Really hope can finish my travel at all places...

But the thing is, too last minute. A day before departure!! and my flight tomorrow morning is at 07.:05 am.. OMG, I did not do money exchange, I worked until 8.00 pm today, last minute buy food, no hotel booking, no preparation, forget to buy medicine, what I have now is only flight ticket.. Haha. What a crazy journey ahead..

I will bring some MYR and do exchange at HCMC, then when  I reach there, I will do some research for the next day of travel... My head is so dizzy now, I have to do good packing for my 10 days journey... Haha. Planned to bring not more than 5 light shirt, old sandal, a pair of pants, medicine, kamera (OMG have charge batery and clean all memories), toiletries (no sunblock.haha), food ( I bring rice, solid fuel, and messtin!!!! bread, nuttela), scrap paper for diary (if use hp it will burn out battery), protein shake with B-complex vitamin (hehe).......

Wish me the best!!

Ya Allah, give me a safe journey...

Insyaallah...

Tuesday, 24 September 2013

Sajak Nukilan Aku Sempena Merdeka 2013

This is a throwback!

Okay, sempena bulan kemerdekaan yang lepas, company tempat kerja aku ada buat pertandigan menulis sajak. Aku ada participated dan entah macam mana boleh menang pulak. haha. So dapatlah RM70.00 sebagai belanja makan seminggu tu. Haha. Just nak share sajak yang aku buat.

Note:: gambar atas di cilok dari internet manakala gambar2 di bawah adalah koleksi aku sendiri. Aku ambil semua gambar tu masa perarakan kemerdekaan 2012 di Dataran Merdeka bersama Mr Kumar
Sajak Merdeka 2013 by Besh Shimatado

Monday, 23 September 2013

Hidup tak selalu indah...

Mungkin di sebalik perangai keanak-anakan dan mesra, orang tidak akan tahu, malah mungkin juga tidak ramai yang sedar, di sebalik ketrampilan yang 'berpura-pura' itu sebenarnya menyimpan seribu satu kisah yang tersembunyi. Orang mungkin akan tahu, Bee seorang yang suka berjalan-jalan, suka aktiviti lasak, tak suka duduk di rumah, dan sebagainya. Itu luaran. Dalaman tiada siapa yang tahu. orang tidak akan tahu apa yang boleh membuatkan aku stress sampai aku tak boleh tidur berhari-hari, sehingga jatuh sakit dan terpaksa meminta bantuan kawan-kawan yang sudi menghulur sedikit masa untukku. Perkara yang aku fikir mustahil dahulu, kini menyerang aku tiba-tiba. Migrain. Dahulu, sakit kepala jarang, sekarang aku mengalami sakit migrain. Migrain sampai menangis tak tahan. 

Aku tak sangka semua itu boleh memberi kesan yang cukup mendalam kepada diri aku. Stress memikirkan sesuatu yang tak berpenghujung, stress memikirkan sesuatu yang bukan azali.

Dan kini, aku mulai sedar. Aku tak boleh begitu lagi. Aku akan membunuh diri aku perlahan-lahan kalau aku tidak ubah stress yang aku alami sekarang. Aku bersyukur, di kesempitan yang aku lalui, sahabat-sahabat ada untuk membantu meringankan beban yang tertanggung. 

Aku sedar, bukan semua kehendak kita akan termakbul dan hidup ini bukan semua yang indah. Tuhan dah tetapkan perjalanan kita. Sesukar mana pun kita kena kuat untuk menempuhinya. Hidup hanya sekali, kita harus belajar untuk menghargai apa yang kita ada, dan lupakan apa yang tiada. Usah ditangisi dan meratapi sesuatu yang bukan milik kita dan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. 

Kisah hidup sesama manusia pastinya berbeza. Biarlah kita mula dari bawah, belajar menjadi lebih baik dan berubah sedikit demi sedikit. 

Apa diharapkan, semoga esok kan lebih baik dan ada sinar di sebalik mentari yang menyinar. Insyaallah, Allah ada plan untuk kita..Mungkin hari ni kita susah, mana tau esok kita senang. Mungkin hari ni kita jatuh, mana tau esok kita mampu bangun dan terus berlari..

Insyaallah, 


Wednesday, 24 July 2013

Never been to Singapore? Kenapa tidak hujung minggu ini?

Sejak isnin lepas, aku terfikir-fikir apa aktiviti aku untuk weekend ni. Al maklumlah, Jumaat PH pulak. Tiga hari cuti semasa bulan Ramadhan macam bosan pulak kalau duduk rumah seorang diri tak buat apa-apa, tambahan pulak baru lepas gaji dan tengah 'lampu merah'. So, aku mula godek-godek lah internet searching pasal negara jiran kita, iaitu Singapore. Menarik juga kalau just pergi jalan-jalan tengok tempat orang di hujung minggu. Mungkin budget agak tinggi sebab Singapore 2.5 rate compare dengan currency kita. But why not kan... boleh jimat kat tempat lain. Tiket tren paling murah RM34.00 sehala. Jalan-jalan tengok tempat je, tak perlu pg USS ke theme park ke bla bla bla... Usyar2 then balik pun okay kan... Hotel cari yang backpacker cukuplah kan? Tp backpacker sana best. Tak macam backpacker Malaysia. So, godek punya godek, aku terbooking pulak satu backpacker kat sana... Al kisahnyaaaaa....

Besok malam, 25 Julai 2013, aku akan bergegas dari tempat kerja lepas berbuka utk ke KL Central naik tren kat sana. Tak sabar pun ada... Satu lagi kisah Lone Ranger jalan-jalan nak hilangkan stress yang sedang menghimpit kepala..

Singapore, Aku Datang!!!

Wednesday, 17 July 2013

Baju Raya!!

Hah! Kali ini aku nak tulis pasal baju raya aku. Walhal bukan aku raya pun nanti, tapi beli baju raya mengalahkan orang yang nak beraya. Sakan sungguh aku! Haha. Buat kali pertama kalinya seumur hidup aku, aku membeli baju raya. Tak tau lah kenapa tahun ni macam beria-ia sangat, tapi macam, seronok pulak bila dapat keluar tengok kawan-kawan shopping. Aku pun tumpang sekakilah. Dua pasang jugak aku kebas. Satu hijau turqiose lembut dan satu kuning cair. Hijau kuning macam bendera Kedah pulak.Haha. Kedah pun Kedah lah, aku pun mai dari sana jugak. :)

Baju warna hijau dah ada dalam almari, kuning je belum pergi amik lagi kat kedai. Booking je dulu. Next week baru collect. Kedua-duanya adalah baju kurung moden yang simple dan sweet. Takde corak-corak, plain saja. Boleh pakai lama nanti. Even ramai yg suruh aku beli peplum, tapi aku lebih berminat dengan baju kurung moden. Tak ketinggalan zaman nanti. Dahlah mahal pulak tu, nak pakai sekali je macam membazir. Plus, aku ni bukanlah jenis gila fesyen. Bagi aku simple dan selesa kira okaylah.

Habislah jugak hampir RM500. Pokai la bulan ni aku. Dah tak dapat nak pergi Pulau Perhentian sebelum pulau tu tutup ketika monsun. Dem! Jenuhlah aku dok pujuk diri aku takpe takpe, kali ni je nak pampered myself. Haha. Bila lagi, time stress ni lah boleh manjakan diri sendiri. Kalau takde duit, makan baju pun okay! :P

Hanya Aku dan Diri Aku

Dah seminggu kita berpuasa. Kejap saja aku rasa. Dah masuk minggu kedua. Sepanjang seminggu berpuasa, aku lebih suka menyendiri daripada semua jenis pergaulan. Entah lah kenapa pun aku tak tahu. Adakah sebab Ramadhan atau sebab nak rehatkan minda. Hari-hari berlalu dengan cepat. Kerja dan balik umah awal, makan dan kemudian tidur. Badan macam penat teramat sangat walaupun tak banyak bergerak. 

Kesempatan ini, aku cuba untuk munasabah diri. Walaupun tidaklah sebaik mana, tapi keinsafan tu datang sedikit sebanyak membantu untuk meringankan beban tekanan yang ditanggung. Aku percaya, setiap orang pasti mempunyai masalah tersendiri. Bagaimana nak cope dan adapt dengan keadaan yang akan membezakan. Dunia tak selamanya indah sepanjang masa. Kekadang langit gelap dan kekadang ribut datang. Kuat atau tidak kita menghadapinya, terserah. Tapi, dalam setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Aku cuba untuk tanamkan dalam diri aku, bahawa, di luar sana, lebih ramai orang yang mempunyai masalah yang lebih berat. So, kurang sikit beban bila fikir macam tu.

Aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk diri aku. Berjaya atau tidak, aku serahkan segalanya kepada Dia. Penat berfikir. Dah malas nak fikir. Biarkan saja yang Maha Mengetahui menentukan segalanya. Susah senang perjalanan hidup aku di masa akan datang. Semua tu bukan mudah, tapi nak tak nak, terpaksa menerima semuanya. Mungkin di sebalik kesusahan yang aku rasai sekarang akan ada kesenangan yang tak pernah aku jangkakan. Ada hikmah kenapa semuanya berlaku. 

Manusia tak sempurna. :)

Sunday, 14 July 2013

Semoga Langit Lebih Terang

Ya Allah, kuatkanlah hati aku untuk menjadi seorang insan yang tabah menghadapi ujian dariMu... jadikanlah aku seorang yang bersabar dalam mengharungi liku-liku hidup yang getir ini... Jauhkanlah air mata dari terus mengalir kerana dugaan yang Kau berikan... Sesungguhnya aku insan biasa yang ada rasa menyayangi dan ingin disayangi... Berilah aku petunjuk agar aku dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan lebih tenang... Amin...

Monday, 24 June 2013

Aku Hanya Insan Biasa

Aku hanya insan biasa yang melakukan kesilapan dalam hidup... Sesungguhnya kesilapan itu adalah sebuah guru yang terbaik... Ia mengajar aku untuk lebih tabah dalam menghadapi dugaan yang bertubi-tubi mendatangi aku... Aku jatuh dan aku bangun sendiri tanpa sesiapa... Aku menangis dan tak siapa yang tahu... Aku tak pasti ke mana arah tuju aku selepas ini, dan siapakah diri aku dalam masa 5 tahun akan datang, atau apa status hidup aku ketika itu, namun, jauh di sudut hati, aku semakin takut untuk melaluinya...

Saturday, 15 June 2013

Kenapa Aku Suka Travel Sendirian @ Solo ?

Kenapa aku suka travel seorang diri compare pergi beramai-ramai bersama kawan? Ramai orang suka tanya aku soalan ini setiap masa. Kenapa suka tengok wayang sorang2, kenapa makan sorang2, kenapa shopping sorang2, kenapa jalan2 sorang2 bla bla bla bla... Headache aku mcm ni. Dalam otak aku, "Keluar sorang je lah kan, nanti kalau keluar ngn laki korang, mahu jugak kepala aku kena parang ngan korang kan?" Itu jika perempuan tanya, kalau laki tanya plak "Ko nak ikut aku?" Hahaha. Itu jawapan nakal aku tp dalam hati saja lah. Aku pernah sebut tentang tajuk topik ini dalam "Aku, Mereka dan Pulau Mabul", namun aku nak rewrite pula. Haha.

Okay, kali ni aku nk share sedikit kenapa aku ni suka buat apa-apa sendirian berbanding bersama kawan-kawan aku. Tapi sebelum tu, aku nak bagitahu pada semua, yang aku ni masih lagi dikategorikan sebagai newbie dalam dunia travel ni. Tak banyak tempat yang pernah aku lawati, baru dua tiga sahaja. Tapi aku gembira even aku newbie, tapi aku cuba mencari alternatif supaya aku boleh mendapat peluang untuk merasa keindahan di dunia ni. Aku masih mentah dan baru mula belajar untuk melangkah ke tempat-tempat yang aku dah masukkan dalam list aku. Aku tak mengejar lokasi dan kedudukan, namun, aku mencari pengalaman untuk menambah ilmu dalam diri aku.

First, sebab aku rasa aku yakin dengan diri aku. Aku yakin aku boleh berdikari dan boleh buat keputusan sendiri ketika aku berada dalam situasi yang memerlukan keputusan drastik. Aku tak suka pergi mana-mana dengan tourist guide sebabnya sikit perkara yang boleh aku belajar. Tourist guide boleh ceritakan bagaimana sebuah empayar terbina, bagaimana peperangan boleh berlaku, bagaimana terciptanya sebuah sejarah, apa tempat-tempat menarik, dan macam-macam lagi, walhal, semua tu boleh didapati dari buku pun! Tourist guide tak boleh ceritakan bagaimana keadaan bila kita tersangkut dalam hujan dan ketinggalan keretapi, bagaimana merancang waktu dan jadual, bagaimana cara kita mahu membaca peta dan mencari lokasi tempat yang ditujui, bagaimana rasanya apabila sesat dan ke hulu ke hilir bertanyakan pada orang di mana kita berada sekarang, bagaimana rasanya apabila kita berada bersama masyarakat setempat melihat budaya mereka. Melihat positif dan negatifnya masyarakat mereka. Hah!
Source:internet>>> Believe no one but yourself...
Kedua sebab pengalaman travel sendirian adalah lebih berharga. Kita akan kenal diri kita dengan lebih baik. Kita akan belajar banyak tentang diri kita kerana kita sentiasa bersama dengan diri kita dalam apa jua keadaan. Kita bercakap seorang diri, kita berimaginasi sendirian, membuat pertimbangan semasa cuba mencari jalan penyelesaian, dan percayalah, kita akan lebih sayangkan diri kita apabila kita bersendirian. Bayangkanlah ketika kita sedang marah, or penat, siapa yang ada untuk mententeramkan kita? Tiada. Hanya kita sahaja. Hanya diri  kita sahaja yang mampu cool  ourself down, menjadikan kita akan lebih rapat dengan diri kita, kenal sikap diri sendiri dan mampu membuat keputusan yang lebih baik untuk kepentingan diri sendiri dan melengkapkan sebuah perjalanan yang kita plan. 
I love myself
Ketiga, adalah kerana aku belum menemui sesiapa yang boleh cope dengan aku, atau pun , aku boleh cope dengan dia. Teruk kan aku? Haha. Kita semua harus letak dalam fikiran kita, dalam perjalanan sebagai seorang traveler, membuat keputusan adalah sesuatu perkara yang teramatlah penting. Jika kita mempunyai partner atau teman yang tidak boleh membuat keputusan, pengembaraan yang diharap sebagai sebuah kenagan yang indah bakal menjadi sebuah tragedi yang malang. Sekurang-kurangnya, partner itu boleh membantu dalam membuat keputusan atau membantu meringankan beban bukan bergantung kepada kita dan sering bertanya soalan-soalan "pening kepala". Aku memang tak boleh cope kalau ada sahaja yang bertanya itu ini walhal semua tu boleh nampak depan mata dan jawapan memang dah ada. Semua tu buat aku rimas. Aku lebih sukakan seseorg yang cool dan boleh berfikir sendiri, malah boleh membantu aku untuk merancang perjalanan kami. Kita manusia biasa, kita akan ada rasa penat, dan lemah, masa itulah seorang partner memainkan peranan. Tak kisahlah lelaki ke perempuan ke. 
A great partner standing together
 Keempat,

* * Nanti aku sambung. hehe