Wednesday, 17 July 2013

Hanya Aku dan Diri Aku

Dah seminggu kita berpuasa. Kejap saja aku rasa. Dah masuk minggu kedua. Sepanjang seminggu berpuasa, aku lebih suka menyendiri daripada semua jenis pergaulan. Entah lah kenapa pun aku tak tahu. Adakah sebab Ramadhan atau sebab nak rehatkan minda. Hari-hari berlalu dengan cepat. Kerja dan balik umah awal, makan dan kemudian tidur. Badan macam penat teramat sangat walaupun tak banyak bergerak. 

Kesempatan ini, aku cuba untuk munasabah diri. Walaupun tidaklah sebaik mana, tapi keinsafan tu datang sedikit sebanyak membantu untuk meringankan beban tekanan yang ditanggung. Aku percaya, setiap orang pasti mempunyai masalah tersendiri. Bagaimana nak cope dan adapt dengan keadaan yang akan membezakan. Dunia tak selamanya indah sepanjang masa. Kekadang langit gelap dan kekadang ribut datang. Kuat atau tidak kita menghadapinya, terserah. Tapi, dalam setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Aku cuba untuk tanamkan dalam diri aku, bahawa, di luar sana, lebih ramai orang yang mempunyai masalah yang lebih berat. So, kurang sikit beban bila fikir macam tu.

Aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk diri aku. Berjaya atau tidak, aku serahkan segalanya kepada Dia. Penat berfikir. Dah malas nak fikir. Biarkan saja yang Maha Mengetahui menentukan segalanya. Susah senang perjalanan hidup aku di masa akan datang. Semua tu bukan mudah, tapi nak tak nak, terpaksa menerima semuanya. Mungkin di sebalik kesusahan yang aku rasai sekarang akan ada kesenangan yang tak pernah aku jangkakan. Ada hikmah kenapa semuanya berlaku. 

Manusia tak sempurna. :)

No comments:

Post a Comment