Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, 6 July 2015

Bukit Tinggi ~ Dimensi Unik Di Malaysia

01 March 2015

Lama sungguh aku tak jenguk blog kesayangan aku ni. Lama betul tak tulis diari umum ni. Macamlah ada orang yang baca kan. Hehe.

Saja je nak ambil mood menulis balik. Jari pun dah keras dah lama sangat tak menulis laju2. sebagai permulaan, start dengan tulisan ringan-ringan dululah. Okay

Tanggal 01 Mac 2015 dulu, aku keluar date dengan suami tercinta. Eh, dah berkahwin rupanya aku. Hehe. Sajalah lama sangat tak date org ambil angin luar. Sekali sekala, nak jugak berjalan-jalan. Al-maklumlah ulang alik Cheras-Shah Alam pergi kerja balik kerja. So weekend memang nak tidur je kat rumah. Penat.

4 bulan ulang alik kerja setelah pindah dari Setia Alam ke Cheras, aku rasa macam nak pecah kepala otak aku. Aku memang tak boleh travel jauh-jauh. Aku tak faham kenapa orang boleh travel jauh-jauh untuk pergi kerja. Aku baru 4 bulan pun naik gila. Sekarang ni aku dah pindah tempat kerja. Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana.

Okay, aku just nak share gambar kat Bukit Tinggi sikit je. Tak perlulah diperkenalkan lagi Bukit Tinggi tu kat mana or macam mana, rasanya semua orang dah tahu kot. Ni kali ketiga rasanya ke sini.










Friday, 31 August 2012

Sambutan Hari Merdeka Ke-55 di Dataran Merdeka

Jam 5.00 saya bangun dari tidur dan terus bersiap-siap untuk menuju ke Stesen Komuter Shah Alam di Seksyen 9. Tiba di komuter, saya terus membeli tiket dan menunggu Mr Kumar, lelaki India yang umurnya sudah boleh dipanggil bapa. Kumar seorang lelaki tua yang sangat aktif dan gemar melancong. Dia bekerja di satu tempat dengan saya dan kebetulan dia juga mahu melihat perarakan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami menaiki tren dari Stesen Shah Alam terus ke Stesen Bersejarah Kuala Lumpur, iaitu stesen yang pertama di Malaya ketika dahulu. Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 40 minit itu, kami berborak mengenai tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur. 

Betapa indahnya terbit sang Matahari

Setibanya di Stesen Kuala Lumpur pada jam 7.30 pagi, kami berjalan kaki ke Dataran Merdeka yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan. Memang dekat sahaja. Sepanjang perjalanan, para peserta perarakan sudah memenuhi jalan dan bersedia untuk berarak. Suasana cukup meriah dengan gelak ketawa para peserta yang mengambil bahagian. Tambahan pula, dengan pakaian yang berwarna-warni bertemakan warna Jalur Gemilang negara kita, keadaan menjadi sangat mengujakan. Ini adalah kali pertama saya menyaksikan perarakan di Dataran Merdeka. Sebelum ini saya cuma mengunjungi sambutan di Stadium Putra, Bukit Jalil dan Dataran Putrajaya. 

 Jam 8.00 pagi majlis perarakan telah bermula. Pelbagai pancaragam dari sekolah-sekolah, perbarisan TUDM,TLDM, ATM, Polis, NGO, Badan-badan berkanun, syarikat-syarikat swasta, pasukan belia, kementerian, kebudayaan, dan banyak lagi. Di sini saya kepilkan beberapa gambar yang saya ambil sepanjang perarakan. Detik-detik manis ini harus diabadikan oleh semua orang sebagai menghargai perjuangan nenek moyang dahulu demi sebuah kemerdekaan yang dikecapi sehingga kini. Perbezaan politik bukan alasan untuk tidak meraikannya dan perkara itu seharusnya ditolak tepi kerana kemerdekaan adalah untuk semua tidak kira anda semua Barisan Nasional, Parti Keadilan, PAS, DAP atau apa sahaja parti politik. 

Kemeriahan yang terasa tidak dapat digambarkan dengan hanya melihat di televisyen kerana suasananya berbeza. Pengalaman berharga ini cukup memberi makna kepada saya. Semangat kemerdekaan jelas terselah di mata-mata jernih ribuan pengujung yang memenuhi dataran bersejarah ini. 

Namun begitu, saya sediki terkilan dengan sikap minoriti yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia yang bagi saya agak kurang ajar terhadap pelancong asing. Ketika kami semua sedang menyaksikan perarakan, seorang "Mat Saleh" duduk di depan ditegur dengan cara yang kasar oleh beberapa gadis. Susuk tubuh yang tinggi membuatkan dia menghalang mereka daripada menyaksikan perarakan. Bagi saya, sikap seperti itu tidak bagus dan membuatkan imej negara kita jatuh, tidak seperti sikap mesra pelancong dan sopan santun yang diwar-warkan di media. Sekiranya pelancong tersebut betul-betul mengganggu penglihatan mereka, sepatutnya ditegur dengan cara yang baik. Kita sepatutnya menjadi duta kecil bagi negara kita apatah lagi di sebuah majlis yang besar seperti ini. Dan ini menunjukkan bahawa tidak mustahillah Malaysia adalah negara kedua yang rude di dunia (kajian yang dilakukan oleh sebuah media luar negara). 

P/S: Harap kita semua boleh menjadi lebih baik dari semalam.

Perbarisan pasukan Angkatan Tentera Darat Malaysia
Pasuka Belia yang menjadi tunjang masa hadapan Malaysia. Mereka memakai pakaian seragam moden dan tradisional yang mencerminkan budaya sekarang.
Koleksi kereta-kereta lama



Menghayati erti kemerdekaan

Ini bukan keranda ya. Tapi ini adalah peti besi yang menunjukkan tempat simpanan wang iaitu semua bank yang ada di Malaysia

Kereta apa ni cuba teka?

Tourist

Perarakan berkuda. Sangat menarik!

Mr Kumar and me

Pasukan Rejiman Askar Melayu Diraja: 2 Batolian

Bangunan Sultan Abdul Samad

Semangat kemerdekaan

Ambassador dari sebuah negara, tapi kurang pasti negara apa.

Independent youth

Paparazi: Mulut laser Maut (MLM) Brother Bob

Ambassador of Nigeria: Do Ajibeyo

Malaysian Minister of Information, Communications and Culture: Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim

Ambassador of Netherland
Ambassador of Nepal: Dr. Rishi Raj Adhikari

Saturday, 25 August 2012

Gambar Rumah Terbuka Aidilfitri Tun Dr Mahathir 2012

Ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke rumah Tun Dr Mahathir untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tahun ini saya bertolak lebih awal kerana tidak mahu menunggu terlalu lama seperti tahun lepas. Setibanya di perkarangan Palace of Golden Horses Resort, saya terus menaiki shuttle bus yang disediakan tanpa menunggu. Pada tahun  lepas, saya menunggu shuttle bus sahaja sudah memakan masa selama satu jam setengah. Apabila tiba di perkarangan rumah Tun di Lot 58, Jalan Kuda Emas, The Mines Resort, 43300 Seri Kembangan, saya terus beratur untuk bersalam dengan beliau. Memakan masa lebih kurang satu jam lebih juga, namun, cuaca yang masih belum terik tidak membuatkan saya terasa penat. Sambil berborak dengan kenalan-kenalan baru, saya melihat tetamu istimewa yang tiba di situ seperti Datuk DJ Dave, Menteri-menteri, dan kaum keluarga Tun. Tercari-cari juga kelibat Datuk Lee Chong Wei, mana tahu dia akan muncul seperti tahun lepas, namun kelibatnya tidak kelihatan. Mungkin kalau ada pun, dia akan datang pasa sesi kedua selepas waktu Zohor nanti. 

Gambar semasa di rumah terbuka Tun:

Untuk gambar-gambar lain, sila klik di sini.

Pelbagai juadah menarik yang disediakan seperti rendang daging tok malai, rendang ayam, satay ayam dan daging, rojak, pelbagai jenis kek, ketupat, lemang, nasi beriani, nasi himpit, mee goreng, koew teow goreng, dan banyak lagi. Saya tidak menjamah terlalu banyak sebaliknya hanya merasa satu ketul bagi setiap hidangan. Makan sambil berdiri kerana tidak cukup kerusi untuk para tetamu. Ada juga yang duduk bersila di lantai biarpun tempat orang lalu lalang untuk mengambil makanan. Boleh dilihat pelbagai kerenah manusia di tempat-tempat seperti itu. Menarik untuk dijadikan memori dalam hidup. Apa yang lebih membanggakan, bukan sahaja Melayu, Cina, India, Punjabi dan masyarakat Malaysia yang memenuhi segenap ruang kanopi yang disediakan, malah, ramai tetamu daripada luar juga tidak ketinggalan untuk menyambut hari raya bersama Tun apatah lagi menjamu juadah percuma.

Saya membawa salinan gambar bersama Tun tahun lepas untuk ditandatangani oleh kedua-dua tokoh ini. Tahun depan, sekiranya ada peluang lagi, saya akan kembali ke rumah terbuka mereka.

Friday, 24 August 2012

Jemputan Ke Rumah Terbuka Aidilfitri 2012 Tun Dr Mahathir Mohamad & Tun Dr Siti Hasmah Hj Mohd Ali

Petikan daripada Blog Chedet chedet.cc/blog/
 
" Saya dan isteri saya ingin menjemput ke rumah terbuka kami sempena Hari Raya Aidilfitri esok, Sabtu Ogos 25, 2012, di kediaman kami di Lot 58, Jalan Kuda Emas, The Mines Resort, 43300 Seri Kembangan, Selangor di antara jam 10 pagi hingga 1.00 tgh dan di antara jam 3.00 petang hingga 5.00 petang."

Jom kita beramai-ramai memeriahkan majlis rumah terbuka beliau.Mungkin boleh berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Lee Chong Wei sekali lagi seperti tahun lepas.

Thursday, 8 September 2011

Open House Former Prime Minister Malaysia 2011

On September 4th ago I had the opportunity to attend the open house of former Prime Minister of Malaysia, the fourth in Seri Kembangan. I was so excited to meet Tun Dr Mahathir and his wife, Tun Dr Siti Hasmah. Tun Dr Mahathir is the pride of all Malaysians as he has served the nation, race and religion. Without him, Malaysia would not be recognized in the world as it is now developed and become a model for many countries.
When I arrived at the compound of the Palace of Golden Horses Hotel, we were all required to queue to wait for the shuttle bus that will pick us up to the house. When I arrived at Tun's house, I went to take food and eat while standing among thousands of people. Crowded and hot conditions did not  cancel my desire to go to the very long line to shake hands with Tun and take photographs with him because this is my very first time meet him face to face. 
Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah and me.

Datuk Lee Chong Wei


I lined up nearly two hours just to shake hand with him. I am very sore feet because I wear high heels yet I feel very happy and excited to meet Tun and take photographs together.I love you Tun Dr Mahathir. May God bless you always.