Wednesday 30 October 2013

Berehat di Jatujak Park @ Chatuchak Park, Thailand

Selepas aku puas berjalan di market, aku keluar dan mencari port untuk berehat. Sekarang ni badan dah tak setough dulu. Cepat penat dan lesu. Mungkin sebab body weight aku drop rasanya. 

Mata aku tertancak pada seorang ibu bersama anak perempuan kecilnya, mungkin berusia sekitar 2 - 3 tahun. Si ibu menjual sedikit barang-barang perhiasan dan cenderahati. Aku singgah sebentar di situ, duduk bersama mereka, berbual mesra dan mendengar cerita kakak yang serba sederhana. 

Aku memberikan buah mangga yang aku beli tadi kepada anak kecilnya. Aku memperkenalkan diri dari Malaysia, dan kakak itu sangat teruja. :-)

Menara Jatujak Park
Taman yang cukup bersih dan dijaga rapi. Bersih sangat taman ni.
Kemudian aku berangkat ke hujung taman, di tepi tasik buatan di sebelah timur taman. Menemani aku adalah ribuan burung merpati yang tanpa segan silu datang mencari makanan. Kelihatan pasangan-pasangan bercinta, keluarga sedang beriadah, tidak ketinggalan juga sahabat handai yang agaknya baru lepas shopping di market, penat dan berehat di sisi kolam. Macam aku. 
Tasik di taman
Sambil mendengar lagu-lagu dari telefon bimbit aku, aku melihat sekeliling. Mengambil gambar burung jinak itu dan memerhatikan gerak geri lucu burung-burung itu. Ada yang berebut mengambil makanan, ada yang terbang sana sini, ada yang sedang memikat burung lain, ada juga yang mamatuk sesama sendiri. Aku jadi enjoy pulak tengok burung-burung merpati tu sehinggakan aku tak perasan aku berada di situ tanpa pedulikan sesiapa selama satu jam setengah. Gila.Bila aku sedar, rupanya ramai orang kat belakang aku duduk atas tikar.
Tahu burung ni tengah buat apa? Nak menarik perhatian pasangan tu!
Seorang wanita sedang memberi makan burung-burung merpati
Elop baby!!! Cute sangat beratur nak minum air. Betul-betul sebelah aku. Geram tengok

Tauke sewa tikar tengah gulung tikar. Haha
Pemandangan taman yang sangat cantik
Note: anda boleh sewa tikar di taman Jatujak dan tinggalkan tikar tu bila nak berangkat. Tapi kena bayar dulu masa nk sewa. hehe 

Wednesday 23 October 2013

Day 02 VCT ~~ Place of Interest in Ho Chi Minh Part 2, Historical Journey Of Saigon City a.k.a HCMC

Vietnam~Cambodia~Thailand Backpacker
Updating in progress
Hari kedua di Bandar HCM.

Bangun pagi dengan badan yang lebih segar dan perut yang sangat lapar. Haha. Dari atas katil, aku sempat berborak dengan roomate aku dari China, Jenny dan Rachel. Peramah dan paling best, dua wanita comel ini berhenti kerja semata-mata travel. Mereka travel south east asia selama 45 hari dan akan kembali ke China selepas melawat Malaysia nanti. My country. Hehe

Aku turun ke reception, Xamen tu belum turun lagi. Aku dah siap mandi. Sambil tunggu si mamat tu bersiap aku, godek2 hostel untuk esok hari di Phnom Penh dan aku terus booking di Mad Monkey Backpacker. USD7.00 sahaja. Sejam kemudian (lama gila bersiap mengalahkan perempuan), kami breakfast roti Gardenia yang aku bawa dengan coklat Nuttela. Nikmatnya rasa. Haha.

Xamen pergi ambil motor di parking semalam. Tapi motor tu dah diangkat dan disimpan dalam rumah kedai sebab pagi-pagi ada pasar tempat parking tu. Punyalah susah nak keluarkan motor dari situ sebab owner kedai takde dan terhalang oleh kakak jual buah di kedai tu. Last-last bila aku pergi, aku minta tolong kakak jual buah jambu tu alihkan jambu dan buah-buahan dia, dan angkat motor keluar dari kedai, settled. Inilah jadi bila Bee mula tunjuk belang. Aku foreigner, diorang ikut cakap aku senang je. Hahahahah. Say beeeee :P Tapi sebagai tanda penghargaan, aku belilah buah jambu kat akak tu. Hehe.

# Interesting Place >> Saigon Notre-Dame Basilica
Lepas pusing-pusing cari jalan, kami jumpa tempat ni. Penat bertanya pakcik-pakcik tepi jalan yang tengah main daun terup sambil minum, sampailah juga. GPS ada pun tak boleh pakai. Haha. First time tengok bangunan lama ni, aku jatuh cinta. Aku suka designnya dan warna cukup menarik. Saigon Notre-Dame Basilica atau nama lainnya Basilica of Our Lady of The Immaculate Conception merupakan gereja utama di bandar Ho Chi Minh dan ianya menjadi salah satu landmark yang cukup popular di situ.
Bergambar kenangan
Action sebenarnya nak ambil gambar 'artis' kat belakang tu tengah buat video klip ape ntah
Dinding Saigon Notre-Dame Basilica
Dibina antara tahun 1863 hingga 1880 pada zaman kegemilangan koloni French dan pengamal agama Kristian yang kuat ketika itu, bangunan yang berwarna perang bata itu dibuka kepada umum pada 11 April 1880 mempunyai dua menara loceng setinggi 58 meter. 

# Interesting Place >> Saigon Central Post Office
Bersebelahan dengan Saigon Notre-Dame Basilica ni adalah sebuah pejabat pos yang sangat cantik. Konsep bangunan ini adalah neo-classical dan dibina oleh Gustave Eiffel antara tahun 1886 hingga 1891. 
Pejabat pos yg cukup cantik
Bersama Xamen, sahabat aku
Di dalam pejabat pos ini terdapat dua peta yang dilukis dan diwarnai sempena peta selatan Vietnam-Cambodia dengan slogan Lignes telegraphiques du Sud Vietnam et Cambodge 1892 (tapi dalam gambar yg aku ambil dia tulis 1936, huhu mungkin ini tarikh peta ini dilukis semula kot) di sebelah kiri, manakala Saigon di sebelah kanan dengan slogan Saigon et ses environs 1892. Kedua-dua peta ini terletak betul-betul di atas pondok-pondok telefon warna merah hati.

Di semua pondok telefon, terdapat jam yang menunjukkan waktu di negara-negara utama di dunia. 

Bila sampai di sini, perkara yang pertama yang akan dilakukan adalah menghantar poskad kepada orang-orang yeng tersayang di kampung halaman. Banyak kaunter pengeposan ada di sini, tapi jangan pergi ke salah kaunter sudah, macam aku, sampai makcik kaunter marah aku sebab salah kaunter, dan maklumlah, bunyi loceng makan tengah hari dah memanggil. Haha.
# Interesting Place >> Municipal Theater
Kami singgah di sini hanya untuk bergambar. Masa itu abang-abang technician tengah set up wiring untuk event malam tu kot. Lepas ambil gambar terus jalan.
Bergambar di depan teater.
Lepas tu, kami pergi ke Golden Dragon Water Puppet Theather untuk membeli ticket water puppet show untuk malam tu. Tiket kami ialah pada jam 6.30 pm. Hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya, dan perjalanan kami terhenti seketika. 

Sempatlah singgah di Sony Exhibiton di bandar sebelum meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya. Lepak-lepak tengok gadget terbaru dari Sony.

# Interesting Place >> Cu Chi Tunnel
Perjalanan dari Ho Chi Minh ke Cu Chi Tunnel yang terletak hampir 50km pada jam 2.15  petang yang mengambil masa lebih dari sejam dari bandar, dengan tidak tahu jalan dan hanya bergerak dengan berpandukan GPS dari handphone yang kejap ada kejap takde, adalah sesuatu yang tak pernah dibuat orang. Selalunya orang akan melawat Cu Chi pada awal pagi kerana lawatan di tunnel itu sendiri akan ambil masa sehingga 5 jam.
Tengok je laa papan tanda tu..
Hurmm..maybe next time, maybe not...haha
Terasa jauh teramat sangat masa tu, punggung memang tak payah cakap, sakit sangat dah sebab asyik duduk atas skuter 125 tu. Kami singgah beli air kelapa di tepi jalan dengan harga 7000 Dong sebiji. Sampai depan pintu Cu Chi pada jam 4.00 petang cepat-cepat turun motor dan berdiri. Penat teramat sangat. Hahaha. Kerja gila.

Tunnel Cu Chi ditutup pada jam 5.30 petang. Kami sememangnya tidak sempat untuk memasuki terowong itu, just jalan-jalan kat luar je. 

Galeri senjata
Lorong ke terowong
Dalam galeri
Terdapat restoren terapung di sebelah kanan, dan ada beberapa pokok asam jawa sebelum ke restoren tu. Aku apa lagi, masam-masam ni memang favorite, melompatlah aku untuk menggapai asam jawa muda untuk diratah. Sedap!
Di restoren terapung
Rasa nak terjun je dalam tu..
Restoren nama ape ntah aku lupa plak..
Lepak-lepak kasi hilang penat, kemudian pada jam 5.00 petang kami terus bergerak pulang sebab nak kejar puppet show jam 6.30 pula. 

# Interesting Things >> Water Puppet Show
Kami tiba dari Cu Chi 6.20 petang. Masa ni dah gelap dah sekeliling. Sampai je sini, terus pergi parking, then, masuk hall terus. Lega rasanya dapat duduk dalam hall yang dingin tu. Penat teramat sangat dah rasa. Huhu.
Water Puppet Show, musik dimainkan secara langsung oleh keenam-enam peserta yang berada di kiri dan kanan pentas

Depan pintu masuk
Show start dengan gendangan musik dan nyanyian daripada peserta persembahan. Show yang cukup menarik sekali. Persembahan yang simple tetapi amat unik. Ia menampilkan elemen-elemen tradisional dan budaya yang terdapat di Viet Nam. Ini secara langsung dapat memperkenalkan apa yang mereka miliki kepada dunia umum dan berbangga dengan budaya yang mereka ada.

Persembahan yang mengambil masa lebih kurang 50 minit berakhir dengan penampilan enam peserta di belakang tabir yang muncul di sebalik kolam tayangan. Lelaki kesemuanya. Mereka mendapat tepukan yang gemuruh atas persembahan yang dilakukan.

# Shopping di Ben Tanh Night Market
Shopping time! Aku beli souvenier di pasar malam ni. Kena pandai tawar menawar baru betul-betul dapat murah... Penjual siap cakap bahasa Melayu lagi... " Sayang ini cantik sayang..." pandai dorg pujuk aku... Ceh. Last-last aku terbeli jugak sehelai dress maxi satu. 
Beli fridge magnet sikit, tu je lah. 

Then, aku ternampak buah-buahan yang unik (takde pulak gambar). Kecik-kecik macam cherri pun ada mcm tomato kecik pun ada, tapi bentuk lebih bulat dan firm, warna oren merah-merah. Aku beli sebungkus 30000 Dong. Sedap sangat. Macam buah belimbing.
 
Lepas shopping, kami pulang ke Pham Ngu Lao street bersihkan diri. Kemudian jalan-jalan sekejap di sepanjang Pham Ngu Lao street tu tengok orang lepak dan tgk live band. Ramai gila manusia.

# Massage di Pham Ngu Lao
Badan terasa penat tak terkata. Mata mengantuk teramat sangat. Tapi masih ada hati nak layan massage. So, tadah je lah badan kat kakak tukang urut tu. Aku ambil massage oil. Disebabkan mengantuk dan penat, aku terlelap jugak lah masa mengurut tu. Tapi overall, tak sedap kakak tu urut. Huhuhu.

Tamat perjalanan pada hari kedua.

Hari ke 3 di Ho Chi Minh >> 

Monday 21 October 2013

Projek Menaikkan Berat Badan Secara Drastik.. haha

Tadi balik rumah selepas main badminton, badan rasa penat teramat sangat sebab dah lama tidak bersenam. Seingat aku, last bersenam dulu adalah sebelum bulan puasa iaitu Julai. Dan tiga bulan tak bersenam dan badan lembik gila. Plus, berat turun dengan banyaknya masa bulan puasa dan sampai sekarang tak naik-naik balik. Adoyai...
My favorite ever..
Now, it is the time to gain all fat and muscle back. First menu (selepas nekad nak naikkan berat badan.haha) adalah dua bungkus nasi lemak (saiz 50sen je la..haha) dan burger ayam cheese serta meal shake.

Kenapa aku boleh turun berat dengan mudah dan susah nak naik balik? Senang je, jawapannya ialah menyusahkan diri sendiri, iaitu susah hati. Tapi sekarang hati tak susah dah. Haha. Hati ini dah mula rasa tenang dan gembira semula. Ini sebabnya baru balik dari travel, dah tak ingat benda-benda lain. Hehe. Ingat travel je. 

10kg untuk dinaikkan bukan perkara mudah. Tapi Insyaallah, usaha dulu, then baru timbang. Dapat 5kg pun dah okay.

Selamat berjuang wahai seorang insan bernama Bee.

Sunday 20 October 2013

Day 01 VCT ~~ Place of Interest Part 1 Ho Chi Minh City @ Saigon >> What A Rough Day

Vietnam~Cambodia~Thailand Backpacker 

Jam 4.40 pagi tiba di LCCT. Done with kiosk check in. Sebab last night terlupa untuk buat web check in. Bukan terlupa tapi sebenarnya tak sempat langsung. Dah settle check in, aku terus ke Taste of Asia untuk menjamah sedikit makanan bersama Aira, Aida, Acik dan Xamen.

Then, boarding terus ke gate Y1 then terus naik flight AK1450. Seat aku yang belakang sekali paling dekat dengan toilet. Tapi suddenly dia orang mintak aku move ke depan sebab nak bagi sekumpulan pendatang asing dari Vietnam yang mempunyai masalah imigresen duduk di kerusi paling belakang. 

Tak boleh blah bila wanita Vietnam tu cakap bahasa Vietnam dengan aku. Mentang-mentanglah muka aku ni muka universal. Haha. 

Tiba di airport, aku dan Xamen tunggu bas bandaran di hujung tempat pick up point. Boleh tengok pada tiang bernombor 14, itulah tempat menunggu bas. Bas yang akan ke bandar adalah bas bernombor 152. Hanya 5000 Dong sahaja bayaran tiket. Tak sampai seringgit kita pun. Tapi kalau sewa teksi, boleh mencecah RM30.00. so, aku memilih bas. Jimat.
Tunggu bas bandaran di tiang no 14. Bas akan tiba di seberang jalan. Perhatikan bas no 152, itulah bas untuk ke pusat bandar.

** Tips: Kalau anda bawa beg yang besar anda akan dicas lebih dari 5000 Dong. Macam pasangan mat saleh yang naik bas dengan aku, mereka kena bayar 10000 Dong seorang sebab beg besar.

# Fakta tentang Vietnam

Ibu Negara: Hanoi
Populasi: 90,388,000
Keluasan:  331,210 km2
Bandar Terbesar: Ho Chi Minh City
Bahasa Kebangsaan: Vietnamese
Sunrise time: 5.40 am
Sundrop time: 5.30 pm
Pemandangan pertama di bandar Ho Chi Minh
Landmark di bulatan Ben Tanh betul-betul depan Ben Tanh Market
Colors of Vietnam....

Hardwork... hehe
Disebabkan semalaman aku tidak tidur, aku tak sedar bila aku tertidur dalam bas. Sedar-sedar pun dah nak sampai. Bahaya betul. Aku dan Xamen sampai bas station Ben Tanh di tengah-tengah kota. Masa itu, aku terkejut beruk jugak lah, sebab banyak sangat motor di situ. Bukan banyak tapi terlalu banyak. Gila banyak. Tak terkata. Aku terpegun sekejap!

Berjalan kaki dari Ben Tanh ke Pham Ngu Lao mungkin adalah sesuatu yang memenatkan tapi sebab sepanjang jalan terdapat kedai-kedai menarik, travel agensi berderet-deret, dan motor-motor di sepanjang jalan, penat itu tidak terasa. 

Check in di Hostel Phan Anh, boleh rujuk di sini untuk keterangan lebih lanjut. Kemudian, kami berdua berjalan semula sepanjang Pham Ngu Lao Street untuk sewa motor. (Dalam hati aku, memang gila lah Xamen ni nak sewa motor dan naik di Ho Chi Minh City ni, mana tidaknya beribu-ribu motor dalam satu masa). 

Tips Sewa Motor
- passport akan diambil oleh pemilik motor, so kalau boleh bawa copy passport anda in case apa-apa berlaku, senang
- bargain sampai serendah mungkin, kami dapat harga USD5.00 sehari/24jam
- jangan lupa test semua lampu, brek, dan paling penting HON, sebab hon adalah cara nak berkomunikasi di jalan raya selain lampu signal. 
- kena ingat, harga minyak di sini adalah mahal, budget kena ada ya.. seliter RM4.00 plus minus

Lepas sewa motor, kami pusing-pusing bandar cari kedai makan halal. Lama jugak pusing finale jumpa satu kawasan makanan halal Malaysia bersebelahan dengan Ben Tanh Market. Strategik sangat kedudukannya. Hanya jalan kaki sahaja dari market boleh jumpa.

Kami makan di Restoren Kampung Melayu. Di sini, kita boleh jumpa orang Malaysia tanpa putus. Ada sahaja orang cakap KL. Humm..dah jadi macam Malaysia Street dah kawasan ni. 

Lepas makan, kami naik motor pusing-pusing bandar lagi. Cari tempat-tempat menarik di Saigon ni. Ho Chi Minh City dahulunya dikenali sebagai Saigon. Saigon merupakan pusat pemerintah bagi French Colony iaitu Cochinchina (anti komunis) pada zaman dahulu. Lepas Saigon kalah dalam Vietnam War pada tahun 1976 dengan parti komunis yang disokong oleh beberapa negara luar seperti US, Saigon ditukarkan nama kepada nama ketua Parti Komunis ketika itu iaitu Ho Chi Minh sehinggalah sekarang. Namun begitu, nama Saigon masih diguna pakai juga.

# Interesting Place >> Reunification Palace.

Waktu operasi: 7.30am-11.00am, 1.00pm-4.00pm
Harga tiket: 30,000 Dong for adult
Betul-betul di depan Reunification Palace

Bergambar dengan kereta kebal

Tempat meeting

Poyo je aku macam dengar sangat guide tu bercerita. Masa ni aku tersangatlah mengantuk dan dahaga. Hahaha

Pemandangan dari tingkat satu. Indahnya bila di tengah-tengah bandaraya terdapat taman macam ni. Sejuk mata memandang bila seharian tengok ribuan motorsikal di setiap pelusuk kota.

Salah satu ruang di sini. aku tak ingat apa nama bilik ini.
Perhiasan dalam palace
# Interesting Place >> War Remnants Museum.

Waktu operasi: 7.30am-5.00pm daily, ticket counter close 12.00-1.30pm, last admission 4.30pm
Harga tiket: 15,000 Dong for adult
Main entrance War Remnants Museum, HCMC

War Remnants Museum

War effect

Peluru lama
Badan sangatlah penat, sehinggakan aku tertidur di kerusi di luar muzium. Haha. Macam mana aku tertidur pun tak tau. Mulanya ingat nak rehat sekejap je kat kerusi tu. Gila. 

# Interesting Place >> Museum of Ho Chi Minh
Lagi satu tempat yang aku tak masuk. Masa nak masuk, tengah tutup. Lepas tu dah lupa nak pergi balik. Hehe. So copied je gambar dari internet untuk tatapan. Terletak berhampiran Reunification Palace je sebenarnya.Say Beeeeee :P
Ho Chi Minh Museum
# Interesting Place >> Museum of Vietnamese History
Pun sama. Tak singgah.  Aku dengar muzium ni best. Takpe, nanti aku datang lagi yee... Say beeeeee :P
Copied: Vietnamese History Museum

# Interesting Place >> Ho Chi Minh City Hall
Kami ada lalu di bangunan ni pada waktu malam, tapi takde pulak ambil gambar masa tu. Rugi sangat sebab bangunan ni sangat cantik. Tapi takpe, aku copy paste dari internet je lah. Haha. Bangunan ini sangat berdekatan dengan Hotel Rex, di mana kami ada berhenti untuk ambil gambar. 
Best tempat ni kalau dating. Haha
Captured near to Rex Hotel


Ho Chi Minh City Hall

Ho Chi Minh City Hall
Kami balik ke hostel dan bersihkan badan. Aku ambil peluang ini untuk berehat dan quick nap untuk hilangkan penat berjalan. Suasana dalam bilik sunyi sebab roomate aku seorang pun tak ada. Xamen kat tingkat dua dan aku tingkat empat. Roomate aku adalah dua wanita dari Ireland, dua dari China dan seorang Taiwan. 

Malam itu, kami dinner di Restoren Melayu di kawasan yang sama lunch cuma kedai lain. Makanan sedap. Harganya sedikit mahal, namun memuaskan sebab selesa. Pengurus restoren tersebut berasal dari Seremban. So speaking KL je la kami. Haha. 

# Interesting Place >> Ben Tanh Night Market
Kami sempat jalan-jalan sekejap di pasar malam ni. Tapi tak beli apa-apa pun.
Night market bersebelahan dengan Ben Tanh Market. Pasar ni dibuka pada waktu malam sahaja. Tutup pada jam 10.00 malam

Gambar pakaian mendaki gunung di deretan kedai di Ben Tanh. Banyak beg, bagpack, dan pakaian outdoor yang murah di sini.
Hujan turun dengan lebatnya membuatkan kami tak dapat bergerak. Al maklumlah naik motor je. Hostel pulak agak jauh. Kebanyakan Malaysian akan tinggal berhampiran Ben Tanh sebab akses senang dan banyak kedai makan Melayu di sini.

Hujan reda dan kami ronda-ronda bandar naik motor dengan pakai baju hujan. Xamen katanya mahu tengok live band. Pergi Hard Rock Cafe tapi takde live band malam tu. So pusing-pusing sampai jumpa satu tempat ada live band, Acoustic Bar tapi dah tutup. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. 

Kami balik ke area Pham Ngu Lao dan tidur.

# Interesting Place >> Pham Ngu Lao Street
Copied: Pham Ngu Lao Street sangat happening di waktu malam. Ini adalah pusat hiburan mcm di Bukit Bintang. Sepanjang jalan ada saja mat saleh @ bukan mat saleh lepak2 minum.
Tamatlah perjalanan hari pertama yang sungguh memenatkan. Bukan sebab penat berjalan tapi penat sebab tak cukup tidur. 

Hari kedua di Ho Chi Minh >> Day 02 VCT ~~ Place of Interest in Ho Chi Minh Part 2, Historical Journey Of Saigon City a.k.a HCMC