Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Thursday, 18 July 2013

Gunung Kinabalu June 2013 Yang Penuh Cabaran

Pendakian aku buat kali ketiga ini cukup berbeza dengan dua pendakian aku sebelum ini. Antaranya adalah, ini adalah kali pertama aku mendaki secara berkumpulan dan kesemua ahli kumpulan aku terdiri daripada golongan kaum Adam, dan hanya aku seorang sahaja yang wanita dan aku adalah ketua rombongan, kononnya lah kan...

Okay, aku tak nak berputar-putar, kali ini aku nak share tentatif program kami dengan lebih detail.

28 Jun 2013

5.30 pm
Aku check in di Kinabalu Park. Setelah selesai urusan pendaftaran dan mengambil kunci, kami semua berjalan kaki ke Rock Hostel. 6 bilik kesemuanya. Aku bilik standard seorang diri, dan yang lain ada yang bilik twin sharing dan quad sharing. Suhu mulai dingin.

7.00 pm
Bas datang mengambil kami untuk pergi dinner di Balsam Cafe kerana hujan. Jika tidak hujan, kami sepatutnya berjalan kaki. Kami menikmati dinner dalam keadaan yang cukup sejuk. Aku dah mula menggigil dah. Lepas itu, kami berjalan kaki pulang ke hostel. Kami lepak-lepak di ruang tamu sebelum masing-masing masuk tidur. 

Badan aku mula tidak sedap. Panas, sakit kepala dan lemah. Aku agak risau jika esok masih badan aku masih lemah. Takut jika tidak mampu mendaki dengan baik.

29 Jun 2013

6.00 am
Aku bangun seawal 3.30 pagi. Aku tidak boleh tidur dan kepala aku sakit. Kebimbangan makin menghantui aku sebab takut tak boleh mendaki. Aku tak boleh memejamkan mata sehinggalah jam 5.30 pagi. Aku mandi dan mengemas beg. Air nya sejuk tidak terkata. Kami semua berkumpul dan terus bergerak ke Balsam Cafe untuk breakfast. Selepas breakfast, kami ke kaunter untuk check in beg yg kami tidak mahu bawa ke Laban Rata. Kinabalu Park mengenakan cas RM10.00 bagi satu beg.

8.00 am
Aku menguruskan hal pengangkutan dan guide. Setelah selesai bayaran tersebut, kami berkumpul di depan Kinabalu Park. Masing-masing nampaknya tidak sabar untuk memulakan pendakian. Sambil menunggu guide datang, kami bergambar di situ berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang malu-malu kucing. Kejap dilindungi awan tebal, kejap terlihat dengan jelas Donkey Ear Peak dan lain-lain.

8.30 am

*Editing time....


Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah

Sejurus selepas bertolak dari airport ( Terminal 2 - AA), aku dan teman2 terus ke Kinabalu Park. Semasa dalam perjalanan, kami singgah di Rumah Terbalik. Sambil menunggu Nizam dan kawan2 yang baru tiba di Terminal 1, kami makan tengah hari dahulu di Mango Garden di sebelah Rumah Terbalik tu. Restoren yang cukup selesa, tak panas, cantik luar dan dalam, tambahan pula layanan mesra dari pekerja-pekerjanya. Design restoren yang menarik, antik dan penuh klasik amat mendamaikan. Menu pilihan juga agak menarik. Tata susun meja dan peralatan seperti hotel. Memang berbaloi makan di sini. Makanan agak murah jika dibandingkan dengan keselesaan restoren. Cuma yang kurangnya, serve agak lambat. Tapi overall okay.

Aku just nak share sikit gambar. Have a look ya! Have a nice day everybody! Love!

The Art

Pintu masuk Restoren Mango Garden

Kereta Terbalik plat no Johor.

Rumah Terbalik, Tamparuli Sabah, Borneo

Operating hour The Upside Down House

Harga tiket dipaparkan di kaunter.

Reception Rumah Terbalik. Beli tiket di sini.

Tuesday, 2 July 2013

Desa Fairy Farm, Kundasang, Sabah

Berkesempatan melawat Desa Fairy Farm atau lebih dikenali sebagai Desa Kita oleh orang tempatan, menjanjikan sebuah kelainan kepada pengunjungnya. Terasa seperti berada di New Zealand apabila berlatarbelakangkan pemandangan gunung ganang, padang rumput yang terbentang luas di depan mata. Memang romantik sangatlah tempat ni. Terletak di Kundasang sebelum perjalanan ke Kampung Mesilau, tiket berharga RM4.00 untuk dewasa rasanya adalah sesuatu yang cukup berbaloi. 

Suasana dingin dan angin nyaman bakal memberikan anda sebuah kenangan yang manis di sana. Aku yang pertama kalinya menjejakkan kaki ke sini terpegun dengan keindahannya. View Gunung Kinabalu yang sangat cantik, suasana romantik, rumput menghijau, udara yang segar... waahhh..memang bestlah! 

Sambil tu, anda boleh tengok proses pemerahan susu lembu-lembu yang cute2 ni. Memang best. Kalau nak bawa anak-anak kecil, tempat ni sesuai untuk proses pembelajaran mereka. Biar otak berkembang sikit. hehe. Ni aku nak share sikit gambar semasa aku di sana. Check it out!

Lembu sedang beratur untuk proses pemerahan susu. Lembu pun pandai beratur, manusia?

Back to country style

Bersama CR, Hafiz, Nizam dan Rockey Chan

Sepohon pokok yang cantik

Cantik kan?

Bangsal baja dan peralatan kebun

Kambing diberi makan. Cute sgt kambing ni. I love it even aku tak makan kambing.

Pemandangan yang cukup menarik.