Jam 3.00 pagi tadi aku bancuh acuan cucur jawa. Cari-cari di internet. Penatlah meredah hujan lebat habis basah lencun semata-mata nak beli bahan-bahan nak buat cucur ni. Hehe.
Lepas siap bancuh, aku tidur dan pagi ni bangun dengan semangat nak makan cucur jawa sebab teringin tiba-tiba. Aku ni kalau teringinkan apa-apa mesti aku akan dapatkan sampai boleh. Tak tau lah nanti kalau dah pregnant, ntah-ntah mengidam macam-macam. Minta tidaklah, kang cian laki aku.
Semangat punya semangat, aku dengan penuh kekusyukan menuang senduk pertama ke dalam kuali kecil. Taraaa... TAK JADI!! JAdi cucur jawa penyet. Haha. Tak naik topi dia dan bila dah siap, aku makan, agak keras tepungnya. Skirting tak menjadi. Overall FAILED!
sentuhan pertama gagal |
kedua pun gagal.haha |
Note: cucur jawa juga dikenali sebagai cucur topi namun di Selangor, lebih dikenali sebagai Mexican Hat. haha. Orang Kedah memang panggil cucur jawa. (cucoq jawa)
Sekian
Miss Besh Shimatado
Salam kenal.
ReplyDeleteSyabas sebab mahu mencuba. K ita juga suka cucur jawa ni tapi tak penah try takut tak jadi. Tunggu juga 'angin' nak makan sangat datang, baru boleh cuba sendiri sbb masa tu semangat mengatasi segalanya. Kalau takat teringin gitu2 je selalunya beli je...
Salam Kembali...
DeleteTu la pasai.. Macam rajin terlebih pulak.. Dpt pengalaman buat sendiri walaupun tak jadi...
Kena banyak belajar ni sy..
Huh... cucur jawa..??? maxican hat..?? kenapa tak pernah dengar.. nampak sedapp nakkk rasaaa hahaha :D
ReplyDelete