Saturday, 15 June 2013

Kenapa Aku Suka Travel Sendirian @ Solo ?

Kenapa aku suka travel seorang diri compare pergi beramai-ramai bersama kawan? Ramai orang suka tanya aku soalan ini setiap masa. Kenapa suka tengok wayang sorang2, kenapa makan sorang2, kenapa shopping sorang2, kenapa jalan2 sorang2 bla bla bla bla... Headache aku mcm ni. Dalam otak aku, "Keluar sorang je lah kan, nanti kalau keluar ngn laki korang, mahu jugak kepala aku kena parang ngan korang kan?" Itu jika perempuan tanya, kalau laki tanya plak "Ko nak ikut aku?" Hahaha. Itu jawapan nakal aku tp dalam hati saja lah. Aku pernah sebut tentang tajuk topik ini dalam "Aku, Mereka dan Pulau Mabul", namun aku nak rewrite pula. Haha.

Okay, kali ni aku nk share sedikit kenapa aku ni suka buat apa-apa sendirian berbanding bersama kawan-kawan aku. Tapi sebelum tu, aku nak bagitahu pada semua, yang aku ni masih lagi dikategorikan sebagai newbie dalam dunia travel ni. Tak banyak tempat yang pernah aku lawati, baru dua tiga sahaja. Tapi aku gembira even aku newbie, tapi aku cuba mencari alternatif supaya aku boleh mendapat peluang untuk merasa keindahan di dunia ni. Aku masih mentah dan baru mula belajar untuk melangkah ke tempat-tempat yang aku dah masukkan dalam list aku. Aku tak mengejar lokasi dan kedudukan, namun, aku mencari pengalaman untuk menambah ilmu dalam diri aku.

First, sebab aku rasa aku yakin dengan diri aku. Aku yakin aku boleh berdikari dan boleh buat keputusan sendiri ketika aku berada dalam situasi yang memerlukan keputusan drastik. Aku tak suka pergi mana-mana dengan tourist guide sebabnya sikit perkara yang boleh aku belajar. Tourist guide boleh ceritakan bagaimana sebuah empayar terbina, bagaimana peperangan boleh berlaku, bagaimana terciptanya sebuah sejarah, apa tempat-tempat menarik, dan macam-macam lagi, walhal, semua tu boleh didapati dari buku pun! Tourist guide tak boleh ceritakan bagaimana keadaan bila kita tersangkut dalam hujan dan ketinggalan keretapi, bagaimana merancang waktu dan jadual, bagaimana cara kita mahu membaca peta dan mencari lokasi tempat yang ditujui, bagaimana rasanya apabila sesat dan ke hulu ke hilir bertanyakan pada orang di mana kita berada sekarang, bagaimana rasanya apabila kita berada bersama masyarakat setempat melihat budaya mereka. Melihat positif dan negatifnya masyarakat mereka. Hah!
Source:internet>>> Believe no one but yourself...
Kedua sebab pengalaman travel sendirian adalah lebih berharga. Kita akan kenal diri kita dengan lebih baik. Kita akan belajar banyak tentang diri kita kerana kita sentiasa bersama dengan diri kita dalam apa jua keadaan. Kita bercakap seorang diri, kita berimaginasi sendirian, membuat pertimbangan semasa cuba mencari jalan penyelesaian, dan percayalah, kita akan lebih sayangkan diri kita apabila kita bersendirian. Bayangkanlah ketika kita sedang marah, or penat, siapa yang ada untuk mententeramkan kita? Tiada. Hanya kita sahaja. Hanya diri  kita sahaja yang mampu cool  ourself down, menjadikan kita akan lebih rapat dengan diri kita, kenal sikap diri sendiri dan mampu membuat keputusan yang lebih baik untuk kepentingan diri sendiri dan melengkapkan sebuah perjalanan yang kita plan. 
I love myself
Ketiga, adalah kerana aku belum menemui sesiapa yang boleh cope dengan aku, atau pun , aku boleh cope dengan dia. Teruk kan aku? Haha. Kita semua harus letak dalam fikiran kita, dalam perjalanan sebagai seorang traveler, membuat keputusan adalah sesuatu perkara yang teramatlah penting. Jika kita mempunyai partner atau teman yang tidak boleh membuat keputusan, pengembaraan yang diharap sebagai sebuah kenagan yang indah bakal menjadi sebuah tragedi yang malang. Sekurang-kurangnya, partner itu boleh membantu dalam membuat keputusan atau membantu meringankan beban bukan bergantung kepada kita dan sering bertanya soalan-soalan "pening kepala". Aku memang tak boleh cope kalau ada sahaja yang bertanya itu ini walhal semua tu boleh nampak depan mata dan jawapan memang dah ada. Semua tu buat aku rimas. Aku lebih sukakan seseorg yang cool dan boleh berfikir sendiri, malah boleh membantu aku untuk merancang perjalanan kami. Kita manusia biasa, kita akan ada rasa penat, dan lemah, masa itulah seorang partner memainkan peranan. Tak kisahlah lelaki ke perempuan ke. 
A great partner standing together
 Keempat,

* * Nanti aku sambung. hehe

11 comments:

  1. Betul2.. travel sorang kita lbih banyak belajar.. dan jika ada masalah kita belajar cane nak setelkan sendiri... dan bukan senang nak cari orang satu kepala dgn kita.. to do, to eat, to think same thing at the same time.. byk jugak endup travel berkumpulan brgaduh sebelum balik .. :P

    ReplyDelete
  2. Kalau kwn2 sendiri dah gaduh tak seronok lak nnt..baik tak perlu ajak..kan...lain padang lain belalang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kat afrika macam tu gak.. member sorang ni masam jer.. sebab tempat yang dia nak pi sangat saya plan last day.. tension gak.. ikut kan hati tinggal je kat tgh2 afrika tu huhuhuuu.. :P

      Delete
    2. Haha. tak best lah kalau masam2 ni... travel utk enjoy, nak kena fikir hati orang pening kepala tu..haha..Tinggalkan je kwn ngah gajah harimau..haha

      Delete
    3. Hahaa.. kat afrika gajah ngan singa la.. mana ada harimau huhuu..
      nasib saya time tu manusia yg bergelar insan hehehee.. kalau zombi mmg dah tinggal kan jer :

      Delete
  3. Salam...

    Setiap org lain pemikirannya...mcm saya suka travel dengan my sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam zila..bestnye travel with your sis.. my sis terlalu jauh jarak umur..sekolah lagi..

      Delete
  4. selain tidak confident, saya juga takut akan keamanan di jalan, Bee.
    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Anita,
      Apa khabar si manis? Rindu bumi Bogor.
      Aku sebenarnya juga takut, namun setakat ini Alhamdulilah, semuanya masih selamat. Nanti jika aku ke Indonesia, boleh kita ketemu kan?

      Delete
  5. Hai.. Ada tip tak..sebab sy nak travel solo..tapi nak mulakan first step tu mcm takut

    ReplyDelete