Teringat plak tetiba pada zaman sekolah dulu. Aktif sangat sampai hitam je kulit. Selalu kalau bulan 2 mesti temasya sukan sekolah lepas tu wakil sekolah ke peringkat daerah. Setakat daerah je la pun mampu. Peringkat negeri pernah pergi sekali je tu pun kalah masa 100 meter kategori menengah atas masa aku tingkatan 4. Asal awal tahun je mesti aku hitam legam. Setiap petang mesti ada latihan sukan. Kalau time kena wakil sekolah, orang lain ada kelas tambahan, aku kat padang kena kerah tenaga dengan cikgu sukan. Kelas asyik ponteng sebab jarang ada dalam kelas. Nasib nasib.
Bulan empat hingga lima pulak, tambah lagi kehitaman aku apabila masa tu adalah musim pakaian seragam. Aku join Kadet Remaja Sekolah. Budak-budak tahun kami yang paling aktif masuk kawad, sampai satu skuad tu 85% budak tahun kami. Tiap petang ada latihan kawad untuk ke peringkat daerah. Selalu jugak menang. Beberapa kali pergi ke peringkat negeri. Kantoi kat sana je. Tapi memang best gila masa tu sebab macam bangga la kan kononnya dapat wakil daerah ke peringkat negeri. Hahaha. Masa tu adalah first time aku pakai tudung. Sebab dalam kawad kena pakai tudung untuk keseragaman. Nak tak nak kena pakai jugak. So jadilah perhatian orang bila aku pakai tudung sebab nampak lain. Ye lah, mana pernah pakai tudung sepanjang hidup aku. Haha
Paling tak dapat lupa sekali masa tingkatan 4, aku dan seorang lagi kawan terpilih untuk mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan di Ulu Yam. Daerah aku hanya 2 orang sahaja terpilih, chewah macam best gila masa tu, dapat join kawan-kawan dari daerah lain untuk menjadi satu team Jelapang Padi.
Kenangan paling best masa tu. Team Jelapang Padi muncul juara keseluruhan dalam Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah masa tu. Kawad dapat nombor dua, tapi aku tak masuk kawad sebab diorang dah susun planton sebelum wajah-wajah baru macam aku ni join. So aku dilatih untuk masuk pertandingan gadget, yang mana last-last muncul juara gadget dalam hutan masa tu. Rasa best teramat sangat la masa buat gadget pakai buluh tu. Idea aku pulak tu! Hehe. Poyo. Gadget tu berupa sebuah kerusi yang menyerupai kerusi pengadil di court badminton yang setinggi jaring court. Jenuh lah nak buat sebab semua perempuan. Kudrat kurang. Dengan nak buat ikatan kuat-kuat, dengan nak menggergaji buluh, dengan nak design masa tu..Hasil dari teori ikatan-ikatan yg kami belajar, dapatlah mencipta sebuah kerusi yang tinggi dan boleh memuatkan sehingga 6 orang lelaki bersaiz M. Waaahhh rasa hebat lah masa tu. Haha.
Kawasan khemah kami pulak mendapat juara kawasan khemah terbersih. Mana tak bersihnya, buang sampah sekecil gula-gula pun kena ceramah free ngan Sarjan. Kat area kami masa tu sebelah budak Sabah. Siap ada para-para untuk dapur. Buat sendiri sebab dah belajar banyak ikatan masa tu. Kalau suruh aku buat balik semua ikatan tu confirm aku dah lupa. Yang ingat pun ikat mati je lah.Haha. Ikatan manok, buku sila tu boleh lah. Haha.
Paling menarik masa tu ialah, tema kami asal berkawad je kena nyanyi lagu, asal kawad je kena nyanyi. Keringlah tekak ni menyanyi sepanjang jalan. Macam-macam lagu nyanyi. Lagi nasyid Pergi Tak Kembali laa, Kasih Kekasih laa, lagu Jelapang Padi laa, kalau tak nynayi kena marah. Tapi memang best sangat masa tu. Masih terbayang-bayang lagi.
Nanti aku balik kampung aku cuba cari balik gambar-gambar zaman aku sekolah dulu kalau ada lagi. Rindu sangat saat-saat tu...
Peace No War!!
Aktif rupa nyer... bagus la.. patut la sampai dah kerja pun tak boleh nak duduk diam.. nak kesana sini.. bagus la.. mcm mne lah cute pakai tudung tu :P
ReplyDelete