Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

Saturday, 2 November 2013

Jalan-jalan Cuci Mata Jatujak Market @ Chatuchak Market

Lebih popular dengan nama pendek, JJ, pasar yang terbesar di dunia ini terletak di Chatuchak (nama pun chatuchak), aku mengambil masa hampir 40 minit ke dari tempat aku menunggu bas (aku jalan kaki dari Khao Sarn Road ke tempat menunggu bas ini lebih kurang 500 meter atau < 10 minit perjalanan) berhampiran Khao Sarn road. Aku menaiki bas bernombor 3. Aku sebenarnya main redah je, tanya orang dan ikut gerak hati.

Jalan agak sesak, maklumlah hari Sabtu. JJ tidaklah terlalu jauh namun bila dah sesak, tak boleh nak buat apa. Kalau nak cepat boleh naik BTS atau MRT, tapi disebabkan aku nak menjimatkan duit dan nak tengok kehidupan di jalanraya Bangkok, so, aku naik bas bandaran macam bas Metro di KL. Terdapat banyak perkhidmatan bas disediakan, ada yang okay, ada yang buruk. 

Macam semalam, aku menggunakan khidmat conductor bas untuk remind aku bila dah sampai ke destinasi yang aku tuju. so, aku takdelah tertanya-tanya dah sampai ke belum or tercari-cari mana lokasi tempat yang aku nak pergi. Makcik conductor bas pula memang baik, so, bolehlah aku ambil peluang untuk melihat ke kawasan sekeliling.

Apabila sampai, aku terus menuju ke JJ. Waktu ini, pengunjung tidak terlalu ramai. Aku sempat tengok-tengok Jatujak Park, tenang je rasa. Boleh klik Jatujak Park untuk baca. 

Sebagai alas perut, aku makan laksa Thai Pla yang mana kuah isi ikan. Tapi tak nampak pula ikan dalam kuahnya. Hehe. Laksa memang kegemaran aku, tak kira laksa Cina ke, Penang ke, Kedah ke, Johor or Sarawak, even laksa Siam, semua aku belasah. Asal namanya laksa je.
Thai pla num chin 50 baht. Nak kata sedap tu tidak la, tapi lapar punya pasal semua sumbat. hehe
Dengan kudrat dan perut yang separuh penuh, aku mula meneroka JJ Market ni. Aku masuk ikut celah lorong no 17. Aku ambil gambar lorong tersebut untuk mengelakkan aku lupa pintu mana aku masuk sebab JJ ni terlalu besar dan banyak pintu masuk. Once sesat, susah nak cari jalan keluar melainkan kita ingat dari mana kita msuk. JJ berkeluasan 27 acres dan mempunyai 27 bahagian. 

Untuk lebih selamat, kita boleh dapatkan peta market dari pengawal "rela" di merata-rata tempat. Dari pintu utama memang confirm banyak. 
 
Pintu aku masuk berhampiran taman
Menara Chatuchak
Inilah peta yang aku minta dari guard kat situ. Kalau takde peta ni aku rasa memang tak dapat cari jalan keluar. huhu
aku mengambil gambar di tempat-tempat penting contohnya ada kedai yang aku rasa aku akan kembali, ambil gambar memudahkan aku. sebab aku ni pelupa orangnya.

Pakaian, kasut dan beg yang dijual di sini
Lukisan pun ada
Di JJ ni memang semua barang ada. Dari murah hingga mahal. Dari dapur hinggalah bilik tidur. Lengkap. Serba serbi ada. Tapi kena pandai beli dan tawar menawar. aku ke sini cuma untuk jalan-jalan cuci mata sahaja, al maklumlah, poket dah kosong. Aku beli sekeping CD cetak rompak berharga 30 baht mengandungi hampir 200 lagu dalam bentuk mp3.

Cenderahati, aromaterapi, dll..
Lampu hiasan hanya 10 baht satu

Di luar JJ : boleh dapatkan pelbagai jenis makanan. Halal? depends...
Paling best aku nampak kat market ni... sgt elegen..if laaa aku yg punya...hehe

Kelihatan orang ramai berkerumun untuk mendapatkan air free dari satu NGO (agaknya). Kau pun apa lagi, tekak dahaga, join sama la.. dapat satu mountain dew..slurpp
Lagi satu yg menarik perhatian aku: Terimbau pulak zaman kanak-kanak dulu, ini adalah permaianan yang paling best. Lukis-lukis pelbagai corak.
Pintu masuk dari taman JJ...

 Kat bawah ni aku share sikit info pasal pasar ni >>

Untuk tahu lebih lanjut mengenai pasar ini, silalah klik di sini >> Chatucak.org

Lokasi
JJ adalah bersebelahan dengan Kamphaengpecth Station (MRT) dan mengambil masa lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari Mochit Skytrain (BTS) Station and Suan Chatuchak (Chatuchak Park) Station (MRT)


How to get to Chatuchak Market 
> SkyTrain BTS get off at Mochit Station or Sapan Khwai Station
> MRT get off at Kamphaenpetch Station or Chatucak Station  
> Bus No3,826,27,28,29,34,38,39,44,52,59,63,77,90,96, 104,408,112,122,134,136,138,153,159  
> Aircondition Bus No. 2,3,9,18,19,28,34,39,44,134,145,153,510,512,513

Where to Park
  • Park & Ride more than 1,500 parking space, opposite Chatuchak Market on Kamphaengpetch 3 Rd. Rate : 40 baht all day Long.
  • BTS Parking Space open from 5 am-midnighr. Rate: no parking fee.
  • The Marketing Organization for Farmers (M.O.F. Market). Rate: parking fee is charged by hour.
P/S: info ni aku copy paste dan edit2 dari internet, if salah, let me know.. tq

Wednesday, 30 October 2013

Berehat di Jatujak Park @ Chatuchak Park, Thailand

Selepas aku puas berjalan di market, aku keluar dan mencari port untuk berehat. Sekarang ni badan dah tak setough dulu. Cepat penat dan lesu. Mungkin sebab body weight aku drop rasanya. 

Mata aku tertancak pada seorang ibu bersama anak perempuan kecilnya, mungkin berusia sekitar 2 - 3 tahun. Si ibu menjual sedikit barang-barang perhiasan dan cenderahati. Aku singgah sebentar di situ, duduk bersama mereka, berbual mesra dan mendengar cerita kakak yang serba sederhana. 

Aku memberikan buah mangga yang aku beli tadi kepada anak kecilnya. Aku memperkenalkan diri dari Malaysia, dan kakak itu sangat teruja. :-)

Menara Jatujak Park
Taman yang cukup bersih dan dijaga rapi. Bersih sangat taman ni.
Kemudian aku berangkat ke hujung taman, di tepi tasik buatan di sebelah timur taman. Menemani aku adalah ribuan burung merpati yang tanpa segan silu datang mencari makanan. Kelihatan pasangan-pasangan bercinta, keluarga sedang beriadah, tidak ketinggalan juga sahabat handai yang agaknya baru lepas shopping di market, penat dan berehat di sisi kolam. Macam aku. 
Tasik di taman
Sambil mendengar lagu-lagu dari telefon bimbit aku, aku melihat sekeliling. Mengambil gambar burung jinak itu dan memerhatikan gerak geri lucu burung-burung itu. Ada yang berebut mengambil makanan, ada yang terbang sana sini, ada yang sedang memikat burung lain, ada juga yang mamatuk sesama sendiri. Aku jadi enjoy pulak tengok burung-burung merpati tu sehinggakan aku tak perasan aku berada di situ tanpa pedulikan sesiapa selama satu jam setengah. Gila.Bila aku sedar, rupanya ramai orang kat belakang aku duduk atas tikar.
Tahu burung ni tengah buat apa? Nak menarik perhatian pasangan tu!
Seorang wanita sedang memberi makan burung-burung merpati
Elop baby!!! Cute sangat beratur nak minum air. Betul-betul sebelah aku. Geram tengok

Tauke sewa tikar tengah gulung tikar. Haha
Pemandangan taman yang sangat cantik
Note: anda boleh sewa tikar di taman Jatujak dan tinggalkan tikar tu bila nak berangkat. Tapi kena bayar dulu masa nk sewa. hehe 

Sunday, 6 October 2013

Bagaimana Nak Menjimatkan Kos Penginapan Semasa Travel ~~ Hostel, Guesthouse dan Backpacker Sepanjang 10 Hari Travelog Vietnam, Cambodia dan Thailand

Sepanjang perjalanan aku ke Vietnam, Cambodia dan Thailand, aku hanya tinggal di backpacker dan budget hostel. Perhatian, ini adalah khas untuk backpacker sahaja..

Day 01: Ho Chi Minh City, Vietnam (Thu, 26 Sept 2013)
Name ~ Phan Anh Backpackers Hostel
Location ~  373/6 Pham Ngu Lao Street, Pham Ngu Lao Ward, Dist 1, HCMC, Vietnam 84
Cost/Night ~ USD7.00
Room Type ~ Female Dormitory (shared bathroom, air-conditioner)
Attraction ~ Ben Thanh Market, tourist spot, massage centre, night life, tourist agent, etc
Comment ~ Dorm yang bersih,loker peribadi diberikan tanpa cas, terdapat lif untuk ke tingkat atas, staff yang cukup peramah dan membantu, lokasi strategik di pusat bandar. Untuk ke Ben Thanh Market kena jalan lebih sikitlah hampir 1.0km, tapi tak bosan sebab penuh dengan deretan kedai. Nak ambil teksi or motor pun boleh.
Female Domitory Phan Anh Backpackers Hostel
Day 02: Ho Chi Minh City, Vietnam (Fri, 27 Sept 2013)
Name ~ Phan Anh Backpackers Hostel
Location ~  373/6 Pham Ngu Lao Street, Pham Ngu Lao Ward, Dist 1, HCMC, Vietnam 84
Cost/Night ~ USD7.00
Room Type ~ Female Dormitory (shared bathroom, air-conditioner)
Attraction ~ Ben Thanh Market, tourist spot, massage centre, night life, tourist agent, etc
Comment ~ refer above

Day 03: Ho Chi Minh City to Phnom Penh (Sat, 28 Sept 2013)
Name ~ n/a
Location ~ n/a
Cost/Night ~ USD0.00
Room Type ~ n/a
Attraction ~ n/a
Comment ~ Aku naik bas malam, so jimat satu malam penginapan. Kiranya ada perjalanan malam, ada baiknya travel malam sebab boleh save. Bas yang aku naik pulak memang best. Siapa ada katil lagi. Memang selesa gila tidur. Masa tu dalam bas hanya kami semua perempuan berlima sahaja. Aku, Chinese dari China dan tiga mat saleh.
Bus Ho Chi Minh City to Phnom Penh
Day 04: Phnom Penh, Cambodia (Sun, 29 Sept 2013)
Name ~ The Mad Monkey
Location ~ Building 26, Street 302, Phnom Penh BKK1, Cambodia
Cost/Night ~ USD7.00
Room Type ~ Female Dormitory (shared bathroom, air-conditioner)
Attraction ~ Central Market
Comment ~ Apa yang menariknya tentang hostel ini adalah konsep yang bertemakan modern art spesifik kepada monyet. Haha. Dinding, tangga, memo, lukisan dan semuanya bertemakan monyet. Konsep warna warni amat menceriakan. Tempat yang sesuai untuk bersosial sebab ada rooftop bar kat tingkat atas. Aku check in hostel ini semata-mata untuk tidur, tak sempat nak tengok sekeliling pun sebab penat sangat. Lokasi agak jauh sedikit dari central market, so kena amik tuk tuk lah. Tapi kalau nak berjalan pun boleh. 
Beg merah aku tu

Ini bilik yang aku stay
Day 05: Siem Reap, Cambodia (Mon, 30 Sept 2013)
Name ~ Garden Village Guesthouse
Location ~ 434, Grp 4,Steng Thmey village,Svaydongkum commune,Siem Reap, Cambodia
Cost/Night ~ USD6.00
Room Type ~ Single room (private bathroom, fan)
Attraction ~ Pub Street, Night Market, Old Market, backpackers area, Siem Reap City etc
Comment ~ Terasa berada di kampung halaman bila dekat sini. Aman je. Petang-petang boleh main bola tampar. Lokasi bukan berada betul-betul di bandar tetapi hanya mengambil masa 5-10 minit sahaja berjalan kaki ke tempat-tempat menarik di atas. Sepanjang perjalanan ke bandar, terdapat banyak kedai-kedai massage. Murah-murah pula tu. Lebih murah dari Thailand hanya USD5.00 per hour. Boleh rujuk website Garden Village
Single Room
Day 06: Siem Reap, Cambodia (Tue, 01 Oct 2013)
Name ~ Garden Village Guesthouse
Location ~ 434, Grp 4,Steng Thmey village,Svaydongkum commune,Siem Reap, Cambodia
Cost/Night ~ USD6.00
Room Type ~ Single room (private bathroom, fan)
Attraction ~ Pub Street, Night Market, Old Market, backpackers area, Siem Reap City etc
Comment ~ refer above

Day 07: Siem Reap, Cambodia (Wed, 02 Oct 2013)
Name ~ Garden Village Guesthouse
Location ~ 434, Grp 4,Steng Thmey village,Svaydongkum commune,Siem Reap, Cambodia
Cost/Night ~ USD3.00
Room Type ~ Mixed Dormitory (shared bathroom, fan)
Attraction ~ Pub Street, Night Market, Old Market, backpackers area, Siem Reap City etc
Comment ~ Mula-mula plan tak nak check in dah sebab aku nak naik bas untuk ke Bangkok. Tapi disebabkan bas agak terlalu lewat iaitu jam 2.30 am, so aku terpaksa check in dorm untuk letak beg dan mandi. Sepanjang malam aku lepak kat commune area borak-borak dengan traveler yang lain. 
Dormitory
Day 08: Bangkok, Thailand (Thu, 03 Oct 2013)
Name ~ Khao San Rainbow Hostel
Location ~ Khao Sarn Road
Cost/Night ~ USD8.00
Room Type ~ Single room (private bathroom, fan)
Attraction ~ Khao Sarn Road, Grand Palace, etc
Comment ~ Smelly, sticky dan teruk sekali. Cuma sebab kedudukan di pusat tumpuan pelancong je kelebihan. Berjalan kaki ke Grand Palace lebih kurang 15-20 minit.

Day 09: Bangkok, Thailand (Fri, 04 Oct 2013)
Name ~ Khao San Rainbow Hostel
Location ~ Khao Sarn Road
Cost/Night ~ USD8.00
Room Type ~ Single room (private bathroom, fan)
Attraction ~ Khao Sarn Road, Grand Palace, etc
Comment ~ refer above

TOTAL COST FOR ACCOMMODATION = USD52.00

Total cost penginapan sepanjang 10 hari perjalanan di negara orang hanyalah USD52.00 bersamaan lebih kurang MYR166.40 sahaja bila convert Malaysia Ringgit(~~3.2 exchange). See, murah kan? Bagi orang lain, MYR166.40 itu hanyalah kos untuk semalam di hotel sahaja tapi bagi aku, ianya kos untuk 10 hari. SEPULUH HARI dan bukannya SEHARI. So, kalau nak tahu bagaimana backpacker boleh travel jauh-jauh dan lama-lama, beginilah caranya. Imagine, macam mana mat saleh boleh travel berbulan-bulan lamanya malah ada yang bertahun-tahun, so, inilah caranya. :)

Terlalu banyak perbezaan dan sebenarnya banyak boleh kita jimat kalau betul-betul nak travel. Backpacker ni kira kategori budget traveler lah. Orang yang tak banyak duit, tapi ada hati nak berjalan kat tempat orang. Bagi aku, selagi boleh jimat, kita jimat. Kalau boleh jimat dekat penginapan, apa salahnya sebab kita bukan nak pergi berbulan madu pun. Untuk tidur je. Badan penat kaki lenguh, mana nak ingat dah nak tidur sedap-sedap. Nanti kalau dah kahwin dan ada anak lain cerita. Tapi terpulang pada individu juga. Kalau dah biasa hidup senang atau nak merasa senang, tidur kat backpacker bukan pilihan terbaik untuk mereka. Tapi inilah caranya, hakikatnya, kalau ada keinginan nak travel tapi kekurangan modal. Banyak boleh save cost.

Aku ni cakap je la. Bukan banyak mana pun pengalaman aku jadi backpacker ni compare ngan orang lain. Baru nak berjinak-jinak je. Tapi aku memang tak kisah mana-mana pun. Campak je kat mana-mana aku tak kisah. Sebab gol utama aku adalah nak travel. So travel no 1 dan tempat tidur no 2. Chill!!

Ini website untuk booking hostel atau backpacker >>

www.hostelworld.com
www.hostelbookers.com
www.hostel.com

Selain itu kalau nak search hotel >> Agoda, Booking.com, Expedia, Tripadvisor, Asiaroom, Lonely Planet dan sebagainya...

Hidup backpacker, Hidup traveler! 

Ikhlas,

Miss Bee
Besh Shimatado

Thursday, 16 May 2013

KL > Ho Chi Minh City > Phnom Penh > Siem Reap > Bangkok > KL

Empat bulan akan datang aku akan menempuhi satu pengembaraan baru. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke HCMC kemudian ke Phnom Penh, Siem Reap dan seterusnya ke Bangkok, kembali ke KL. Aku cuba melukis peta perjalananku untuk dijadikan info. Banyak juga maklumat yang aku study, tapi aku memang tak sempat menulis apa-apa. Pengalaman di Krabi pun belum habis aku ceritakan. hehe.

Kuala Lumpur to HCMC : Air Asia Airline
HCMC to Phnom Penh : Bus
Phnom Penh to Siem Reap : Speed boat
Siem Reap to Poipet : Bus
Poipet to Aranyaprathet : Tuk tuk
Aranyaprathet to Bangkok : Train
Bangkok to Kuala Lumpur : Air Asia Airline

*Bangkok to Ayutthaya : Bus or train - I will see how when i reach Bangkok.

Perjalanan yang akan aku tempuhi Sept-Oct 2013. Wish me luck!

Tuesday, 14 May 2013

Bangkok to Kuala Lumpur ~ Planning

Am I crazy? Yes, I am. I would say this because I am going to put myself outside the box and totally inside unsafe and dangerous zone. Nobody would believe this if I gonna say that I am going to travel three countries at the same time. Vietnam, Cambodia and Thailand. Three countries, ten days and only me alone. I will do backpack and travel from Vietnam, Saigon to Phnom Penh, then to Siem Reap and finale take flight from Bangkok to Kuala Lumpur. Both flight ticket to Saigon and from Bangkok has been bought. Now what I am going to do is I have to make study to get information as much as I can while I still have few months to go. I know that anything can be happen over that countries, as I don't have anybody to depends on, I just have to be strong and careful. I believe that information is very important because information will give me a guideline where to go, where to eat, where to stay, what to do, what not to do, an so on.

I just have to prepare every single thing I need and let God do the rest. I believe in me and I believe in God. Bless me. 

Friday, 10 May 2013

Bercuti di dan Hatyai & Krabi, Thailand 01-05 May 2013

**Editing

Perancangan selama lebih kurang beberapa bulan tamat dengan sebuah pengalaman yang begitu berharga. Di saat jiwa tengah kacau, terhimpit dengan masalah peribadi, percutian sebegini dapat memberikan satu kelegaan dan distract diri kita daripada terus bergelumang dengan masalah yg entah bila nak settle. Kan? Walaupun bila balik dari bercuti, masalah tu still muncul balik. Haha. Semua orang ada masalah kan... :P

Trip kali ini ramai iaitu 9 orang yang terdiri daripada aku, Su, Sue, Rose, Kamila, Asri, Jim, Afi dan Punitha.

Day 01: 01 May 2013

Kuala Lumpur - Hat Yai - Krabi
Perjalanan aku bermula dengan bertolak dari Setia Alam ke Putrajaya pada jam 8.00 pagi. Aku dan Suraya menaiki kereta comelku ke rumah Suhaida di Presint 9. Aku park kereta di sekolah presint 9 dan kakak Suhaida menghantar kami ke Stesen ERL transit ke KLIA. 9.40 pagi ERL tiba dan kami menuju ke Stesen Salak Tinggi. Di Salak Tinggi kami menaiki bas transit yang telah disediakn. Tiket berharga RM5.50 ERL + Bas. Tiba di LCCT jam 10.00 lebih, kami check in di kiosk dan bergegas mengisi perut yg kosong.Flight kami jam 11.45 sampai di Hat Yai Airport pada jam 12.05 tengah hari waktu Thailand GMT 07:00+.

Setibanya di airport, aku bergegas untuk mendapatkan teksi untuk ke stesen bas Hatyai. Masa yang sama juga, aku pergi ke money changer yang terletak betul-betul pintu balai ketibaan. Tapi malangnya, currencies THB amat mahal di situ. RM1.00 = 8.9THB. Rugi2. So aku tak jadi tukar duit masa tu. Risau jugak sebenarnya sebab aku takde duit satu sen pun dlm baht. Su & Sue lah jadi mangsa aku untuk sementara waktu. Hehe. Aku pergi ke kaunter agen pelancongan bertanya harga tambang untuk ke Krabi dari Hatyai. 500baht seorang. Bermakna lebih kurang RM50.00 seorang.  Aku tak kisah sangat pasal harga tu, tapi bila kakak tu cakap bus hanya akan bertolak jam 4.30 petang, aku cancel lah. Jenuh nak menunggu sampai jam 4.30 petang. So, aku buat keputusan untuk ke stesen bas Hatyai sebab aku tahu harga bas kat sana jauh lebih murah dan bas pula ada setiap jam. Tapi teksi ke sana agak mahal jugaklah sebenarnya 350baht. 

Naik bas ke Krabi dari Hatyai mengambil masa lebih kurang 4 jam. Berhenti di Trang untuk lunch kemudian sambung perjalanan. Apabila tiba di area persimpangan ke Had Yao, kami ambil motor untuk ke sana. Ambil masa 20 - 30 minit untuk ke hotel kami. Jauhnya.

Bila sampai hotel, dah senja. Bilik kami memang cantik. Satu malam RM300 lebih. Tepuk dahi aku. Tapi share bertiga antara aku dan dua Su. Kami spend whole night di villa Rose dan Kamila berborak dan mandi pool kecik kat sana. Malam tu memang kami habiskan masa bermandi manda di pool di hotel. Macam-macam karenah. Ada yang ajar berenang dalam air, ada yang lawan terapungkan diri, ada yang takut air, ada yang mengigil kesejukan. 

Lepas tu, kami berborak sampai tengah malam. Kemudian tidur.


Perbelanjaan aku:
Setia Alam to Putrajaya: RM5.80 (tol)
Putrajaya ERL to LCCT: RM5.50
Breakfast: RM13.00
Flight ticket KL to Hatyai: RM52.00
Hatyai Airport to Hatyai Bus Station: RM11.50
Hatyai to Krabi: RM23.00
Makan-makan di perhentian: RM10.00
Neu Klong to Had Yao: RM20.00 (motor)
Total: RM140.80

* Ni kira dah  bukan backpacker ke dh ni sebab belanja pada hari pertama saja pun banyak. Anyway, aku suka perjalanan yang begini, maybe agak sedikit penat, tapi pengalaman tu cukup berharga. Semua jenis transport aku sapu. Haha. Menariknya, setiap jam perjalanan aku ada ceritanya tersendiri. Aku kenal dengan orang, bermesra dengan orang-orang tempatan, belajar budaya mereka, itu penting!



Day 02: 02 May 2013

Tentatif kami hari ini adalah ROCK CLIMBING! Rose dah buat booking dari satu agen semalam sebelum kami sampai. Awal pagi van datang pick up dan hantar ke jeti.

Kami dibawa ke Railay Beach untuk first climb. Railay Beach ni cukup menarik. Pemanadangan batu-batu, gua dan pantai yang bersih. Di sini merupakan port popular untuk aktiviti rock climbing. Memang best sangat. Tapi first climb memang sakit lah tangan semua. Lengan jadi keras dan mengigil tangan. Sebab tangan terkejut dengan kerahan tenaga tiba-tiba. 


Kami berehat sebentar untuk lunch. Masing-masing dah penat dan perlukan makanan. Kami dibawa ke sebuah restoren makanan Thai yang halal. Lepas makan sambung rock climbing kat tempat lain pulak, tapi masih di Railay jugalah. Kami berjalan agak jauh untuk ke sana.

Di sini, pendakian lebih mencabar. Trek mendaki lebih susah dan tinggi. Paling tinggi kami panjat ialah 50 meter dan itu adalah yang terakhir sekali. Puas sangat dapat sampai atas. 6 daripada kami semua berjaya. Satu kebanggaan dapat capai penanda paling atas. Hehe.





















Balik ke Ao Nang beach kami mandi-mandi di sebuah hotel. Grrrr, mandi tanpa kebenaran. Sebab nak balik ke hotel kami hampir sejam perjalanan naik kereta. Haha.

Lepas mandi kami cari kedai makan. Bamboo halal restoren. Makanan not bad. Original Thai food. Licin kami sapu. Lepas tu kami lepak-lepak di Ao Nang. Ada yang pergi massage, ada yang shopping dan borak-borak kosong. 



Day 03: 03 May 2013
Island Hopping di Phi Phi Island. Kami melawat 7 pulau kesemuanya. Aku dah tak ingat dah nama-nama pulau tu. Al maklumlah, bulan lima dulu pergi pun. Yang aku ingat cuma Maya Beach, Viking Island, dan Phi Phi. Yang lain dah lupa dah. Maybe nanti buat come back baru nak catat betul-betul. Hehe.

Hujan sangat lebat masa perjalanan naik boat dari Ao Nang ke Phi Phi. Lebat sampai boat hilang direction. Terpaksalah dia minta smartphone dari tourist untuk tengok direction. Memang tak nampak apa langsung. Kami yang duduk di depan boat, lencun lah. Tak ketinggalan yang dalam bumbung boat pun habis lencun. Tiap kali boat menghemtam ombak, kami semua terlambung. Sakit punggung. Haha.

Ni beberapa gambar kami di pulau-pulau sana.







Day 04: 04 May 2013














Day 05: 05 May 2013

Hatyai












Day 06: 06 May 2013