Siapa cakap bercuti seorang diri itu sunyi dan tidak menjanjikan kepuasan? Mungkin mereka di luar sana akan bercakap 'ya' kerana mereka tidak pernah melakukan sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Namun tidak bagi aku. Bercuti bersendirian memberikan aku banyak pengalaman yang cukup berharga. Ini antara pulangan yang pasti anda dapat sekiranya anda cuba meletakkan diri anda di luar kotak! Yang penting kena pandai bergaul dan lebih penting lagi kita harus sentiasa merendah diri. Jangan bongkak dan besar diri sebab kita berada di tempat orang. Okay? Check it out!
- Bercuti seorang diri boleh meningkatkan self-esteem kita kerana kita akan lebih yakin dengan tindakan kita. Semua keputusan adalah terletak di bahu kita.
- Bercuti bersendirian akan membuatkan kita lebih berdikari. Nak makan pukul berapa, nak mandi pukul berapa, nak buat apa, nak pergi mana semuanya kita buat keputusan sendiri. Betul tak? Nak bujet duit paling penting. Nanti tak cukup duit susah. Planning yang cekap adalah cara yang terbaik.
- Cepat dan tak perlu menunggu siapa-siapa. Kalau beramai-ramai, aku percaya, pergerakkan aku akan jadi lembih lambat, nak menunggu A mandi la, tunggu B make up la, tunggu C buang air la. Kalau sendiri senang, dapat jimatkan masa tiga kali ganda. Ingat, masa ketika travel adalah sesuatu yang cukup bernilai. Jangan buang masa! Sebab mungkin itulah saat pertama dan terakhir kita singgah di tempat tersebut.
- Dan ini yang paling best, bergaul dengan lebih ramai orang! Pada pendapat aku, bila kita travel, cukup menarik apabila kita dapat mengenali ramai kawan baru. Mendengar cerita orang tempatan boleh membantu kita mendapatkan ilmu secara tidak langsung dan secara langsung. Kita dapat belajar banyak benda termasuklah budaya mereka, rutin, makanan, cara hidup, dan sebagainya. Pergaulan tidak terhad kepada group kita sahaja. Mana tahu suatu hari nanti, kita boleh meminta bantuan daripada mereka.
- Lebih fokus. Apabila kita mahu melakukan sesuatu aktiviti, kita dapat menumpukan lebih perhatian kepada keadaan sekeliling. Kepekaan adalah key kepada keselamatan kita kerana bahaya ada di mana-mana.
- Lebih enjoy tanpa gangguan. Walaupun bercuti sangat sibuk dan sentiasa ke sana ke mari, kita juga memerlukan waktu personal kita sendiri. Contohnya, melihat pemandangan matahari turun dengan suasana yang tenang. Hehe.
Namun begitu, aku percaya setiap orang mempunyai cara mereka ynag tersendiri untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan dalam hidup. Lain padang lain belalang bukan? Jom lihat gambar-gambar yang aku sempat snap sepanjang aku berada di Pulau Mabul yang sangat best ini! One day, I will come back here again. I love Mabul so much!
|
Top from left: Shanti and me, Adib and me (love this boy so much), Keiko and me. Bottom: Boy Jay (first time i met him on my last day), Nicholas, Shanti Burhan and me. Final snap before I leave Mabul |
|
|
Top at left: Fita and Atha. The rest were the best moments i can share with uols |
|
Be friend with anybody. See, Wang Lie treated me the best food ever in my life, CRAB. She said i am so kind because i help her. Hehe. Thanks Wang Lie. Thanks to Kak Afzan too because let me stay at her house for two days before & after Mabul. |
|
Poeple surrounding me during my journey |
|
Keiko Iwashita, my Open Water Course instructor. |
|
Sipadan Island!! except three guy selling crab at the bottom to the left |
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pekan Semporna, sila lawat website ini: Semporna 50an
santi pun ada :)
ReplyDeleteI adore her..
Delete