## Day 01 ~~
Dalam kesempitan yang sedang aku lalui, masih juga mampu aku mencuri kesempatan untuk pergi melapangkan fikiran di Pulau Perhentian. Dah lama rasanya keinginan untuk ke sini, namun barulah kali pertama aku dapat menjejakkan kaki ke sini. Syukur sangat walaupun aku hampir membatalkan lawatan yang singkat ke sini atas beberapa faktor fizikal yang menyerang aku tiba-tiba. Oleh kerana dah bayar deposit, maka, terpaksalah aku meneruskan niat untuk ke sana.
Naik bas Sani Express jam 10.25 malam di Stesen Bas Seksyen 17 Shah Alam, bas delay selama sejam, aku tidak dapat melelapkan mata dengan nyenyak sepanjang perjalanan. Sekejap kejap aku bangun. Bas melalui Merapoh, Machang, Pasir Puteh, Jerteh dan terus ke Kuala Besut. Namun, aku berhenti di Jerteh sebab dah janji dengan Kak Wan untuk bersarapan pagi bersamanya. Kak Wan pick up aku di stesen bas jam 7.00 pagi, 15 minit selepas aku tiba. Badan teramat penat, membuatkan aku terlelap nyenyak sehingga jam 10 pagi di rumah Kak Wan. Nasib baik Kak Wan kejutkan. Haha. Datang rumah orang, tidur je keje.
Selepas bersarapan bersama keluarga Kak Wan di Jerteh, Kak Wan membawa aku melawat sekitar Jerteh dan kawasan kampung beliau sebelum menghantar aku ke Jeti Kuala Besut. Setibanya di jeti, aku menemui En Jo, pekerja Matahari Chalet yang akan aku inap sepanjang aku di Pulau Perhentian. Aku memilih chalet ini kerana yang lain dh penuh. Panorama penuh, Mohsin penuh, dan ada beberapa chalet dah penuh. Al maklum sajalah cuti sekolah dan cuti umum. Berdebar-debar sebenarnya hati aku ni sebab aku ada baca mengenai peristiwa-peristiwa kurang baik yang berlaku di pulau tersebut. Kak Wan memberi pesanan kepada En Jo supaya jaga aku dengan baik. Haha. Thanks Kak Wan! Memang aku dijaga dengan baik sepanjang aku di sana pun. Tapi tu lah, aku tidak boleh percayakan sesiapa pun yang aku kenal di sana nanti.
Aku dan En Jo menunggu bot di jeti. En Jo ke sana ke mari, aku pula duduk sendirian melihat gelagat-gelagat manusia. Seronok sebenarnya tengok-tengok orang ni. Perut jadi lapar, aku dengan tanpa segan silu memberitahu En Jo aku mahu pergi lunch dulu. En Jo temankan aku makan. Masa nak bayar, dia bayarkan. Haha. Thanks en Jo. Moga rezeki anda akan melimpah ruah. Segan jugak sebenarnya bila orang yang kita tak kenal langsung bayarkan untuk kita. Boat tergendala sehingga hampir 3 jam kerana ribut dan hujan lebat. Hati aku dah tak senang dah sebab takut tak dapat melakukan apa-apa bila tiba di sana nanti. Namun, syukur, hujan berhenti dan kami pun bertolak ke Pulau Perhentian. Tiba di pulau, aku dan En Jo turun. Sebaik saja kaki memijak pasir pantai, ada pasangan tengah bermadu asmara. Apa lagi, cuci mata lah.Haha.
Aku check in bilik. Book bilik kipas dapat bilik aircond dengan harga bilik kipas. Siapa yang tak suka kan? Haha. Aku mandi, berehat dan baring di dalam bilik sendirian. Penat sangat sebenarnya sejak naik bas tu.
Selepas berehat, aku keluar untuk tengok-tengok. En Jo ajak makan bersama kawan-kawannya di bangsal staff berdepan dengan reception area. Mereka dah tapaukan untuk aku sekali. Free lagi. Adoi. Segan gila aku.
Petang itu, aku takde buat apa-apa, cuma berehat dan berehat. En Jo temankan aku untuk ke dive shop bertanyakan tentang masalah dive yang sedang hadapi. Nasib baik aku dibenarkan dive besok. Aku balik bilik dan rehat. Badan aku pula agak kurang sihat. Sakit kepala sejak minggu lepas kejap-kejap datang balik. Mual semacam pun ada. Tambah masa naik bot, ombak agak kuat. Aku tido sehinggalah jam 6.30 petang.
Malam tu, En Jo bawa aku makan di gerai depan chalet. Kawan-kawannya pun turut serta. Aku tak ingat nama mereka, yang aku ingat cuma Shakir saja. Yang lain kurang ingat. Aku sangat segan apabila makan malam pun dibelanja lagi. Dah tiga kali dibelanja, memang aku segan. Kalau kenal aku tak kisah. Ni kenal pun tidak. Tapi orang kata, rezeki jangan ditolak. Syukur...
Selepas makan, mereka semua berjalan di tepi pantai. Aku ikut sekali. Memang ramai gila manusia. Sepanjang pantai ada saja gelagat yang boleh dilihat. Mat saleh memang ramai gila. Majoriti pelancong kat sini adalah mat saleh. Orang tempatan pun boleh tahan jugak.
Sepanjang Long Beach, terdapat bar-bar yang cukup meriah, dipenuhi dengan manusia, minum-minum sambil bercanda, bergurau senda, bermesra malah ada yang bercumbuan tanpa segan silu. Ada jugak pertunjukkan api di bar, ada yang menari dan ada juga yang melihat sahaja. Macam kami semua. Suasana agak happening, music rancak dipasang kuat, pantai yang gelap disinari cahaya lilin dan lampu flouresent, memang menarik untuk bersantai di waktu malam. Terbayang pula, mesti seronok kalau datang dengan orang tersayang. Hehe.
Lepas tu, kami layan live band bersebelahan Panorama & Matahari chalet. Aku tak lama di situ. Bau arak yang menusuk hidung membuatkan aku bertambah sakit kepala. Aku beredar sendirian pulang ke bilik.
Perhentian Island Map copied from web |
## Day 02 ~~
Bangun pagi, kepala aku sangat sakit. Badan panas dan lemah. Selepas telan panadol, okay sikit. Dan buat kali pertama selepas aku balik dari Semporna, aku memakai pakaian diving untuk turun ke laut. Berdebar-debar sangat rasanya. Perasaan takut air masih ada rupanya aku ni.Jam 9.00 pagi kami turun ke laut. Beratnya nak mengangkat tong gas tu. Macam nak patah tulang belakang aku. Huhu. Di bawah, sedikit maklumat dive aku. En Jo jugak yg bagi. Thanks En Jo. Again.

First Dive
Location : Curtain rock(teluk panglima abu)
Date : 2/6/2013
Time In : 09:35
Time out : 10:25
Max Depth : 16.7 meter
Dive time : 50 mins
Safety stop : 5m/ 3 mins
Marine life : trigger fish, grouper, rabbit fish,nudibranch,dragon nudibranch,sweetlips,blue spotted stingray,puffer fish,bat fish,goat fish
Dive master : Anna Furrer
Selepas dive pertama, aku menyedari banyak lagi latihan yang perlu aku lakukan untuk buoyancy aku. Kaki aku berlaga dengan coral sehingga berdarah. Dah calar balar kaki aku. Kuranglah wang hantaran aku mcm ni. Haha. Tapi takpe, semua tu pengalaman. Practice make perfect. Lama-lama aku pasti berjaya. Asalkan tidak berputus asa. Yes, I will never give up on what I like.
Balik mandi, lunch, dan rehat dalam bilik. Kemudian En Jo dan Shakir bawa aku jalan kat pantai. Dorg ni macam protect gila ngn aku. Aku rasa aku dah cukup berdikari dah. Tapi aku sangat berterima kasih sangat dengan mereka berdua ni, banyak sangat temankan aku. Even aku tak perlukan sesiapa, tapi kehadiran mereka sedikit sebanyak membuatkan aku terasa dihargai, sekurang-kurang sebagai seorang adik, at least. Kami bertiga pergi lepak kat Chill Out Cafe. Rilek sangat tempat tu. Cafe yang sangat redup dengan pokok-pokok, music reggae dipasang perlahan, almaklumlah, abang-abang reggae ada kat situ. Cuaca sangat panas, cahaya matahari cukup terik, asal pandang ke laut je silau sangat mata. Kami order minuman yg special. Apa ntah namanya aku dah tak ingat. Damn, aku makin cepat lupa skg. Haha. Kami didatangi oleh kawan-kawan Shakir dan En Jo, tak tahu lah apa yang diborakkan oleh mereka, sebab mata aku tersangatlah berat. Aku gegas bangun dan baring di hammock kat sebelah kerusi aku. Sedar tak sedar, setengah jam lebih jugaklah aku tidur kat situ. Lepas tu, kami bertiga pulang ke chalet sebab jam dah hampir pukul 3, next dive pulak lepas ni.
Second dive
Location : Shark point
Date : 2/6/2013
Time In: 15:25
Time out: 16:20
Max Depth : 11.7 meter
Dive time : 55 mins
Safety stop : 5m/ 3 mins
marine life: - trigger fish, grouper, rabbit fish,nudibranch,puffer fish,bat fish,goat fish,hawksbill turtle,
Dive master : Wayne Brown
Petang tu, Shakir dan En Jo temankan aku ke kincir angin. Trekking selama 15 minit, kami tiba di situ. En Jo kelihatan kepenatan sebabnya dia tak biasa trekking ni. Sedikit ada perasaan kurang selesa apabila masuk ke dalam hutan bersama dua orang lelaki yang aku langsung tak kenal hati budi mereka. Aku mengambil sebatang kayu sederhana panjang, untuk dijadikan tongkat. If apa-apa, kayu tu boleh jadi senjata aku. Haha. Safety first. Tapi syukur sangatlah, mereka berdua ni adalah di kalangan orang yang baik-baik.
Petang yang sangat tenang dan cantik. Matahari sudah mula turun, keadaan sekeliling dah makin gelap namun sinar matahari di balik pulau masih terang, angin sepoi-sepoi bahasa menepis rerambut aku, air laut yang cukup jernih, pemandangan yang cukup luas, terpampang sebuah keindahan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Suasana yang cukup indah dan romantik ini memberikan aku idea nakal, dan aku amat idamkan tempat ini untuk photoshoot perkahwinan aku suatu hari nanti. I will. Tak perlu ke tempat-tenpat lain, Pulau Perhentian menjanjikan sebuah pengembaran yang serba lengkap. Aku boleh diving dan trekking sambil menikmati pemandangan yang mengagumkan.
Selepas dinner, aku duduk di reception untuk wifi. Shakir dan En Jo ada kat situ, borak-borak dengan aku. Sedar tak sedar pukul 2 jugak aku stay kat situ sehinggalah mata mengantuk, aku pun masuk tidur.

Bilik aku |
Longbeach, Perhentian Island, Terengganu, Malaysia |
Chill Out Cafe, Long Beach Perhentian Island |
The walkaway |
Chill Out Cafe |
Pulau Perhentian |
Sunset Pulau Perhentian dari Jeti tak jauh dari kincir angin |
Sunrise Longbeach Perhentian Island, Terengganu Malaysia |

Note:
1) Setiap kali nak tidur, sila pastikan pintu diselak. Penting untuk keselamatan, lebih-lebih lagi single traveler macam aku.
## Day 03 ~~
Bangun pagi, kepala aku sakit lagi. Lately selalu sangat sakit kepala. Badan aku lemah sangat. Pening dan mual silih berganti. Lantas, aku telan panadol. Baring sekejap, kemudian cepat-cepat aku kemas beg sebab kejap lagi aku akan naik bot jam 12.00 pm sejurus selepas balik dive. Takut tak sempat. Dah siap packing, aku pergi ke arah pantai. Jam masih menunjukkan 6.45 am. Matahari sudah mula menunjukkan diri. Happy rasanya dapat tengok matahari naik. So charm and cool.
Third dive
Location : Temple of the seaThird dive
Date : 3/6/2013
Time In: 09:40
Time out: 10:45
Max Depth : 17.5 meter
Dive time : 1 Hour 05 mins
Safety stop : 5m/ 3 mins
Marine life: - white eyed moray eel, cleaner pipefish, yellow box fish, trigger fish, zebra lion fish, cleaner shrimp, nudibranch, black blotched porcupinefish, school of snappers, six bonded angelfish, scorpion fish, blue spotted stingray
Dive master : Dee
Lepas dive, aku mandi dan bersiap untuk pulang. Rasa berat pula hati nak balik, mesti aku rindukan tempat ni. Hurmm takpe, nanti aku datang lagi. Bukan jauh pun.
En Jo dan Shakir mengajak aku ke kenduri teman mereka, namun aku dah berjanji dengan Helmiey untuk ke Kota Bharu jalan-jalan kat sana, so tak boleh lah aku pergi.
Overall, trip yang singkat ini sedikit sebanyak membuatkan aku gembira.
Belanja keseluruhan:
Tiket bas Sani Express (return) RM96.00
Chalet, boat transfer, marine fee & 3 dive RM480.00
Makan ??? RM00.00
Mineral water, panadol dan gelang kaki RM8.00
Total RM584.00
RM584 sepanjang tiga hari aku di sana, adalah sesuatu yang sangat berbaloi. Terima kasih sangat kepada En Jo dan Shakir kerana semua makan minum aku di sana dibelanja. Terima kasih jugak kepada Wan (aku tak ingat namanya) sebab dinner malam kedua dia yang belanja. Terima kasih kepada semua, walaupun aku langsung tak kenal mereka, tapi mereka menjaga aku dengan baik. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki. Syukur sangat.
** Travelog Kota Bharu akan aku tulis nanti.
Sediakan kayu nak buat senjata..? Beli la pisau lipat trekking.. mudah di gunakan.. dan paling best ia sgt berkesan hahaa.. but bahaya jugak kot dua lelaki yg tak di kenali.. but alhamdulillah tak ada pape.. :-)
ReplyDeleteOkla semua dive bawah 18 meter.. tak pernah lagi dive kat malaysia.. teringin sgt nak dive kat malaysia.. malu kadang2 bila orang asing yg bgtau malaysia one of the best place for dive in the world : P
Thanks, Tu la..pisau ada tp tertinggal kt tempat keje.. Nanti boleh dive sekali...Kt sana byk tmpt dive kan
DeleteDekat South Africa best sebab byk tempat dive di laut dan kat tasik.. dan bestnyer byk dive kat kawasan tasik pergunungan ketinggian 1500 meter above sea level..so even kita dive 11 meter.. tapi mcm dive lebih 15-16 meter.. huhuu..
ReplyDeleteNanti balik Malaysia baru boleh plan kalau nak dive sekali.. huhuhuu.. sekarang tak boleh janji hahaa.
Tasik air dia biru mcm laut jugak tak?haha.soalan bodoh sikit nih. Bila kamu nk balik ke sini...mcm lama je belajar kt sana...
Deletecuba bayangkan tasik di kawasan pergunungan yang jernih air kebiruan.. hah??? dapat..?? hehehee..
Deleteactually dah on the way la nie.. tapi singgah banyak tempat sebelum balik Malaysia.. sebab kalau dah balik susah nak travel.. huhuuu..
Dah abis belajar.. last year julay grad.. than keje jap.. sekarang ni dalam perjalanan nak balik malaysia .. mybe end of this year will be at home ( malaysia ) :D
MMg cantiklah kan tasik2 tu...tak dpt bygkan..haha
DeleteSo mksudnya awk ni travel dulu otw balik msia...syoknye... nk gak buat gitu....sure byk gile dh jalan kan..
dengan kata lain lebih kurang macam tu la travel sekejap sebelum balik hahahaa.. tak la byk mana travel just add another 7 country to my list hehehe..
ReplyDeletehah cantik kan??? hehehee.. xdapat bayang.. rasa pun cukup la :P
Kagum lah...dh byk negara awk lawati..Suka2..
ReplyDeleteOne day nnt mana tau sy ada rezeki dive kt tasik smaa kan..sure pengalaman indah tu...
yep why not.. one day u will be there dive in unsalty water kan... ??
DeleteDalam dunia nie.. ada bende yang boleh kita kejar atas apa yg kita mampu.. and time never allowed us to have it twice.. so kene rancang sebaik2 nyer.. and i choice to do travelling.. to see the world.. sebab pengalaman tak boleh di beli tapi kene di cari :D
hi Bee, i just came back from the island last friday... more mat salleh now staying at Coral Beach.. :)
ReplyDeleteReally? How was the experience there? Hujan tak sana? Sunset cantik tak?I wish that i could make a visit perhentian again this year.
Deleteit was my 2nd trip since 2 years ago, and it was awesome..the weather was perfect, blue ocean and the water was so clear .. all along just nice for snorkeling.. the coral underneath the light house was so beautiful. i even jump from the light house twice. i did go for the wind mill jungle trekking on the 1stday.. met a huge turtle at turtle beach - my fav. got it recorded hehe ^_^ .. saw shark at shark point, baby sharks at romantic beach. - oh what a day.
DeleteI am so jealous when u said u jumped from light house twice! OMG, i should try it next time when i go there. I scared of height. Can't imagine the feeling before jumping off from the deck. Hahaha. windmill was superb right?view so nice. i miss perhentian so much.my next visit will be next year. :(
DeleteYeah..The 1st attempt to jump from the light house was a little bit scary.. i have my doubt for a moment there.. but i'm sure i'll regret it if i don't jump.. so i force myself to do it... if all the mat salleh can do it, why can't i?.. after the 1st, you'll gain the confidence for the next try.. nevertheless that adrenalin rush when ur jumping is still presence.. hahaha.. scary but its fun.. :)
DeleteMatahari chalet elok tak? still dlm pemilihan chalet sekarang. haha.
ReplyDelete