Dah setahun lebih sejak aku mendaki Gunung Kinabalu pada 06 February 2012, baru hari ni tergerak hati utk aku menulis tentang pengalaman aku di sana. Tak banyak beza pendakian pertama dan kedua aku. Kedua-duanya berseorangan, belajar banyak perkara, berkenalan dengan pelbagai golongan manusia. Kedua-dua tersimpan cerita panjang yang membawa aku ke sana. Haha. Cuma bezanya, perjalanan aku kali ini adalah sempena hadiah hari jadi aku yang ke-26. Ini merupakan hadiah untuk diri aku sendiri. Dan bezanya lagi, trek aku kali ini adalah melalui Mesilau berbanding Timpohon buat pertama kalinya.
|
Check in Mesilau Nature Resort |
Mesilau, bagi aku, adalah satu trek yang tidak sesukar mana. Kita akan melalui dua kali turun naik dan kemudian bertemu di persimpangan antara laluan Mesilau-Timpohon. Tapi pancit juga aku masa tu. Almaklum sajalah, takde training langsung, main redah saja. Badan pulak lemau semacam je. Lembik je.
Aku mula mendaki pada jam 8.30 pagi. terdapat 4 group pendaki ketika itu, iaitu Team Air Asia, team KL-kot, team couple mat saleh, then, team aku, :P. Aku mendaki bersama guide aku si cute lagi muda, Rizwan atau nama glamour dia Jay Chou. Terasa bengang dengan orang yg menumpang guide aku, seorang Chinese man dari KL, aku jalan buat dek je dengan dia. Aku terasa seperti dia sedang mengekori aku kerana sejak di Kota Kinabalu lagi dia ikut aku. Bayangkan, dia tahu aku tinggal hotel mana, aku jalan kaki dari hotel ke stesen bas tanpa sedar dia sedang ikut aku. Katanya mahu pergi Kinabalu Park untuk ambil barang yang tertinggal, tapi finally, dia follow aku mendaki di Mesilau. Nasib baik lah, malam sebelum mendaki tu, dia stay kat tempat lain. Seram pulak aku dengan lelaki itu. Haa...buat kalian perempuan yang travel seorang diri, gunakanlah six sense anda untuk lebih peka terhadap semua orang di sekeliling kita. Aku agak terlambat sebab hanya sedar apabila driver van mengatakan bahawa lelaki itu hanya asyik pandang aku semacam. Huhu. Tapi syukurlah, aku dah selamat. Lepas ini, aku kena lebih berhati-hati. Ya, berhati-hati.
|
Mesilau Peak dari trek, Jay Chou my guide |
Pendakian aku berjalan dengan lancar. Biarpun tak selaju mana, aku happy sebab aku berjaya sampai di Laban Rata sebelum jam 4.00 petang, tidak seperti yang diwar-warkan oleh guide aku yang hanya nak menakutkan aku, sekiranya aku sampai lambat, aku tidak dapat pergi briefing Via Ferrata di Pendant Hut. Aku tiba di Laban Rata lebih kurang jam 3.00 petang
|
Briefing via feratta di Pendant Hut |
Selepas short briefing, aku terus ke Laban Rata Resthouse untuk dinner. Selepas dinner aku ke luar balkoni utk menyaksikan matahari turun. Sumpah cantik sangat saat tu. Beberapa kenalan baru turut mengambil gambar bersama.
|
Kenalan di Kinabalu, yang kini menjadi kawan. Kami mendaki beberapa bukit dan gunung bersama selepas itu. Rosemarina Ahmad Tajuddin |
|
Sunset at Laban Rata |
Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Pusing kiri pusing kanan ada saja serba tak kena. Paha aku sakit dan berdenyut-denyut. Tambahan pula teman sebilik aku tidur berdengkur. Stress aku. Aku hanya terlelap selepas jam 10.00 malam dan bangun untuk mendaki jam 2.00 pagi. Badan lemah sangat dan semangat pun dah kurang.
|
Dengan Rose lagi. |
Aku sampai puncak lebih kurang 5.15 am sambil ditemani dan dipimpin oleh seorang guide bernama Well. Guide aku ntah ke mana dah kat belakang sana bersama 'lelaki' itu. Lantaklah, ada aku kisah? Haha. Well menolong aku mengambil gambar sepanjang aku berada di puncak. Dia jugaklah yang menemani aku turun ke tempat Via Feratta. Anak buah dia ntah ke mana jugak. Boleh pulak dia temankan aku sepanjang masa.
Detik Via Feratta, akan aku share bila aku free nanti. Aku ada upload gambar-gambar semasa melakukan aktiviti tersebut. Sila click di sini.
Lepas habis feratta, aku turun dan breakfast di Laban Rata dan rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke kaki gunung. Aku tiba di Kinabalu Park lebih kurang jam 4.30 pm kot rasanya. Aku pun dah tak ingat dah. Menikmati lunch seorang diri membuatkan ramai yang menegur aku. Kenalan Air Asia mengajak aku untuk join mereka buat water rafting keesokan hari tapi aku menolak sebab flight aku tengah hari.
Overall, trip kali ini tak banyak beza dengan tahun 2010 dahulu. Perbezaan usia mungkin lah dulu 24 sekarang 26. Tak sangka jugaklah impian untuk mendaki Kinabalu sejak sekolah menengah tercapai jugak akhirnya. Angan-angan kosong rupanya telah berada dalam genggaman. Tahun 2013, aku akan mendaki Kinabalu buat kali ketiga. Kali ini beramai-ramai.
Perghhh dah sampai puncak kinabalu.. thumb up!!!!
ReplyDeleteJeles2.. balik Malaysia nanti mesti cuba untuk sampai ke sana juga huhuhuu
Boleh pulak hilang guideman.. dan tiba2 di guide oleh guideman lain .. terbaik !!!! :-)
Kinabalu wajib tu awk! Kelakar guide tak tau dok mana...rembat orang lain punya..haha
ReplyDeleteTu la pasal..kinabalu mmg wajib.. tunggu masa jer kot nak serang huhuhuu.
ReplyDeleteJay Chou.. oh akan ku ingat nama itu.. ( jgn sesekali amik dia sbgai guide :P )
Kalau bawa wanita pun boleh hilang.. bawa laki tak tau la hahahaaa..
Hahhaa. Jay Chou tu kt belakang sbb dia jaga lelaki yg share guide ngn me..So me jln dl la..
DeleteSo boleh la saya amik dia. Sebab sy laki hahahahaa.. :P
DeleteBoleh2...tp dia kena lalu trek Mesilau sbb dia org Mesilau..
DeleteTrek Meilau??? aduh apa pulak tu .. :P
DeleteMesilau tu trek Kinabalu...Kinabalu ada dua trek..iaitu Timpohon dan Mesilau..Mesilau best, jgn lupe try
Deleteawak tak tulis dalam blog.. mana saya tahu hehehehee.. :P
ReplyDeleteSalam. boleh share mcm mane nak booking utk panjat kinabalu ni? mohon share pengalaman:)berapa kos ye nak daki kinabalu ni?
ReplyDeleteHai Missnslum,
DeleteOkay, sini sy share sikit ya bagaimana nk buat booking.
1. Awak kena decide trek mana utk awak naik nnt, sama ada Timpohon atau Mesilau. FYI,trek Timpohon luas dan awak akan mendaki saja sepanjang trek, sebaliknya, Mesilau pulak akan ada turun naik 2kali seingat sy. Timpohon ke peak lebih kurang 8.7km, Mesilau 10.7km
2. Call Kinabalu Park utk buat booking. Kena cepat sbb Kinabalu ni mcm pisang goreng apatah lagi bila weekend. Sy kena cari balik no Kinabalu Park nnt sy share. Kalau tak pun, awak search di internet.
3. Bayar 50% dari booking fee
4. Jangan lupa beli tiket flight ya...
Kos untuk mendaki saja lebih kurang RM600 plus minus utk 3D2N. All in termasuklah penginapan, permit, insurans, guide, transport ke starting point mendaki, sijil, entrance fee, kecuali porter. Guide, transport and porter boleh kena bayar kat sana sebelum awk mendaki nnnt. Tapi kos penginapan di Kinabalu Park kena settel b4 awk pergi.
Hope info ni boleh membantu awak!! Goodluck ya!
Oh ya...Trek Mesilau lebih cantik dari trek Timpohon..dan nanti awk akan bertembung dengan trek Timpohon 2km sebelum ke Laban Rata
DeleteAs salam Besh Shimatado
ReplyDeleteAda beza price kalau guna track Via Ferrata dgn yang biasa kat Timpohon tu?
Wasalam..
ReplyDeleteHi Hanna.. sy kurang fhm soalan awk..tp its okay sy cuba beritahu apa yg boleh..
Via ferrata ialah aktiviti igh rope yg dijalankan di gunung kinabalu...Utk Via ferrata awk boleh booking dari Mountain Torq yg base kat Kinabalu Park. Terdapat dua jenia via ferrata setakat ini: Walk the torq(pendek) & Low's Peak Circuit (panjang) dan dah tentu lah yg panjang lebih mahal.
Package via ferrata boleh dibuat termasuk pendakian kinabalu sekali, atau secara asing...
Sy dengar harganya sudah naik skg...
Untuk mendaki gunung kinabalu, setakat ini hanya dua trek komersial iaitu Timpohon dan Mesilau.
Via ferrata akan dilakukan selepas awk turun dari puncak kinabalu.. jaraknya ke puncak hanya 1.2km sahaja.
Assalam awak,
ReplyDeleteKita bercadang nak ikut mesilau pulak sebab mmg rata2 kata view di mesilau sgt2 cantek! last yr dah ikut timpohon, so i'm planning for next year trip. Berapa lama ye nak kena booking?
Waasalama awak..hurmmm Nak kata cantik sgt tu tak sgt sebenarnya..tpi better than timpohon.. selalunya amik masa 6 bulan untuk prebook..awak call SSL nnt try tnya kalau dh ada perubahan booking ke..
Deletesalam...
ReplyDeletemaksudnya, via ferrata tu kita akan lalui/buat semasa turun lah ye?? hehe baca website rasmi via ferrata, tak faham faham..ni baca blog baru faham...
Jadi, kalau nak booking hiking via ferrata ni, naik dan turun dengan dia jugak ke??
atau kena booking di website rasmi KK punya hiking?
Klau kita terlambat sampai d laban rata mcm ne? melopeh ke?
Turun ikut via ferrata lebih dekat ye jaraknya ke laban rata berbanding route yang sebenar yang biasa orang ambil??
terima kasih atas penerangan