Showing posts with label Labuan. Show all posts
Showing posts with label Labuan. Show all posts

Wednesday, 13 November 2013

Few Hours Trip to Labuan ~~ Place To Visit In Labuan (Tempat Menarik Di Labuan)

Labuan: 30082013
Kunjungan aku ke Labuan hanyalah untuk beberapa jam sahaja kerna aku tidak punyai masa yang panjang di sini. Daytrip pun dah cukup untuk melengkapkan semua tempat tapi tu la.. terburu-buru lah. Aku mahu bermalam tapi masa tidak mengizinkan. Takpe, may be next time. Hafiz membawa aku ke beberapa tempat. Terima kasih Hafiz! 

# World War II Memorial  Park
Tempat wajib datang. Sebab cantik! Sangat terurus dan bersih. Tak ada satu sampah even sehelai daun kering pun kat sini. Masa aku pergi, aku nampak ada seorang uncle memang jadi penjaga kat sini.

# Surrender Point & Peace Park
Aku sebenarnya tak sempat melawat kedua-dua tempat ni. Ini adalah tempat wajib kiranya anda melawat Labuan ya.. 

# Labuan International Ferry Terminal
Off aku akan datang sini sebab inilah pengangkutan aku dari dan ke Labuan. Perkhidmatan teratur dan memuaskan.

# Labuan Chimney & Tunnel
Ini adalah mini muzium. Kecil dan bersejarah. Antara tempat wajib jugak datang bila berkunjung ke Labuan.



# Bird Park
Masa aku datang dia tutup pulak.. Baru nak tengok burung.

# UMS International Campus
Aku saja datang sini sebab aku rasa tempat ni popular. Rindu pulak zaman belajar kat U dulu. Macam-macam kenangan ada. Rindu nak pergi kelas dan tengok muka lecturer yang cute dan hensem. Haha. 


# Financial Park
Mesti pelik kenapa aku datang sini. Haha. Kat sini ada satu kedai Skypark namanya. Kedai ni menurut kawan aku, Hafiz, adalah tempat paling popular untuk beli coklat murah. Aku pun apa lagi..Hehe.

# Labuan Marine Museum
Singgah sebentar je kat sini. Untuk tengok-tengok apa ada kat dalam ni. Menarik. Ada ikan, ada dive equipment, kapal, tulang ikan paus, belut, dan ikan dalam aquarium.




# International Sea Sport Complex
Menarik di sini adalah pusat sukan air terkemuka. Semua jenis sukan air ada. Tapi masa aku datang takde la sukannya. Hehe.

# Pantai Pancur Hitam
Sepanjang Jalan Pancur Hitam ni tersangatlah mendamaikan hati. Serius. sejuk dan mendinginkan je. Redup jalan sepanjang jalan tu. Kalau dapat naik basikal atau motor time tu, sure best. Or jadikan tempat wedding photoshoot pun okay. Pokok-pokok di kedua-dua belah jalan besar dan tak panas. I Like!



# Restoren Ape AKu Tak Ingat Plak
Aku singgah makan tengah hari kat sini. Restoren ni sangat selesa. Aku try laksa Sarawak. Memang sedap sangat. Lebih sedap dari yang aku makan di Kuching dulu.

# Kampung Air / Water Village
Kampung ini adalah tarikan utama juga di sini. Anda boleh lihat kehidupan masyarakat di sini yang tinggal di atas air, di mana rumah mereka dibuat dengan kayu yang tinggi-tinggi. 

# Gambar Lain-lain


Anda boleh rujuk di sini: semua ada >>  http://wikitravel.org/en/Labuan

Note: Tajuk color biru ialah tempat yang tak sempat aku pergi. 

Map yang aku copy dari internet.
 

Wednesday, 11 September 2013

Labuan Day Trip From Kota Kinabalu

Persinggahan aku ke Labuan adalah sesuatu yang cukup bermakna dalam hidup aku. Ini adalah kerana terpijaknya kaki aku ke Labuan, bermakna aku telah melengkapkan peta jelajah 1 Malaysia. Mungkin Labuan bagi orang tiada apa-apa, namun bagi aku, ia nya cukup istimewa. Aku sangat gembira dengan kedatangan aku ini. Walaupun cukup singkat, tapi BEST! Thanks aku ucapkan kepada sahabat mendaki gunung aku, Hafiz kerana sudi bawa aku keliling Labuan dlm beberapa jam. 

06:00 am
Check out hotel dan jalan kaki ke stesen  bas bandaran yang terletak di depan Mahkamah KK. Setibanya di situ aku membeli tiket dan terus naik bas. Perut terasa lapar. Aku turun bas beli nasi goreng di depan kaunter bas. RM3.00 dan air RM1.00. Nak kata sedap tu tak seberapa lah, cuma boleh lah sekadar alas perut. Huhu. Oh ya, aku beli tiket ke Menumbok. Di stesen bas menjual tiket2 bas jarak jauh seperti Menumbok, Sepitang, Beufort, Brunei dan lain-lain. 

06:55 am
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Walaupun agak bosan menaiki bas, tapi hatiku teruja mana tidak nya, pemandangan sepanjang jalan sangalh indah dan menenangkan. Suasana awal pagi yang sejuk, bukit bukau di sekeliling jalan, melihat pelaja2 sekolah menunggu bas untuk ke sekolah, menggamit kenangan zaman remaja aku dahulu. 
My dry backpack

My Shoes..hehe.

09:00 am
Tiba di Jetty Menumbok. Sebaik sahaja memijakkan kaki ke Pekan Menumbok yang kecil ini, aku terbayang kampung aku. Damai sekali. Pekan yang kecil tetapi menjadi tumpuan para pelancong serta tempat persinggahan untuk ke Labuan. Pekan kecil ini sunyi tetapi sibuk dengan jadual ulang alik bot ke Labuan.
Menumbok Jetty

Menumbok Jetty

Sebenarnya ini adalah alternative way to Labuan in case yang tertinggal ferry dari bandar KK. Aku lebih prefer lauluan Menumbok kerana mahu merasai suanasa yang berbeza, lain dari yang lain. Dan aku tidak menyesal sama sekali.

KK to Labuan Ferry Schedule: click here
Ferry Labuan to Menumbok: click here
Extra info how to go to Labuan: click here and here

Summary pengangkutan ke Labuan

1. By Sea
Menaiki ferry. Boleh rujuk link-link yang aku letak kat atas.

2. By Land
Menaiki bas ke Menumbok kemudian menaiki speed boat ke Labuan. Anda dikehendaki menunjukkan kad pengenalan diri semasa membeli tiket. Bas dari KK ke Menumbok mengambil masa kira-kira 1 jam setengah hingga 2 jam bergantung dengan trafik dan cuaca. Speed boat Menumbok ke Labuan pula hanya mengambil masa kira-kira 15minit hingga 25 minit sahaja.

Namun, harus diingat, sekiranya anda mahu buat lawatan day trip macam aku buat, bas Menumbok ke KK yang paling last ialah pada jam 4.30 petang. So, anda harus bertolak dari Labuan selewat-lewatnya pada jam 4.00 petang. Tapi better awalkan sebab jika boat ada masalah, anda akan tertinggal bas dan terpaksalah mengambil teksi atau van. Harganya agak mahal iaitu kira-kira RM30 seorang atau bergantung kepada berapa penumpang yang ada. Jika tiada penumpang, anda terpaksa membayar harga satu teksi/van. Macam aku, walaupun aku beli tiket boat jam 2.15 pm, tapi sebab ada masalah boat, aku terpaksa tunggu di jetty Labuan sehingga hampir jam 4.00 pm. Resah tu bukan main lagi dah, takut takde pengangkutan nak balik ke KK. Haha.

** Tapi kalau nak lebih selamat, anda kena tanya pengusaha bas terlebih dahulu sebelum anda ke Labuan. Kadang-kadang kalau bas dah penuh, bas takkan tunggu. Lebih selamat lagi kalau anda ambil no telefon syarikat bas, atau buat tempahan awal. Apa-apa, rajin bertanya, biarlah orang nak kata kita ni pelik ke menyusahkan ke, janji kita ada maklumat yang berguna untuk diri kita dan rakan2. :)

3. By Airways
Yang ni plaing senang kalau nak jimat masa. Dari KL direct pun ada, Dari KK ke Labuan pun ada. Pilih je mana mahu.