Persinggahan aku ke Labuan adalah sesuatu yang cukup bermakna dalam hidup aku. Ini adalah kerana terpijaknya kaki aku ke Labuan, bermakna aku telah melengkapkan peta jelajah 1 Malaysia. Mungkin Labuan bagi orang tiada apa-apa, namun bagi aku, ia nya cukup istimewa. Aku sangat gembira dengan kedatangan aku ini. Walaupun cukup singkat, tapi BEST! Thanks aku ucapkan kepada sahabat mendaki gunung aku, Hafiz kerana sudi bawa aku keliling Labuan dlm beberapa jam.
06:00 am
Check out hotel dan jalan kaki ke stesen bas bandaran yang terletak di depan Mahkamah KK. Setibanya di situ aku membeli tiket dan terus naik bas. Perut terasa lapar. Aku turun bas beli nasi goreng di depan kaunter bas. RM3.00 dan air RM1.00. Nak kata sedap tu tak seberapa lah, cuma boleh lah sekadar alas perut. Huhu. Oh ya, aku beli tiket ke Menumbok. Di stesen bas menjual tiket2 bas jarak jauh seperti Menumbok, Sepitang, Beufort, Brunei dan lain-lain.
06:55 am
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Walaupun agak bosan menaiki bas, tapi hatiku teruja mana tidak nya, pemandangan sepanjang jalan sangalh indah dan menenangkan. Suasana awal pagi yang sejuk, bukit bukau di sekeliling jalan, melihat pelaja2 sekolah menunggu bas untuk ke sekolah, menggamit kenangan zaman remaja aku dahulu.
My dry backpack |
My Shoes..hehe. |
09:00 am
Tiba di Jetty Menumbok. Sebaik sahaja memijakkan kaki ke Pekan Menumbok yang kecil ini, aku terbayang kampung aku. Damai sekali. Pekan yang kecil tetapi menjadi tumpuan para pelancong serta tempat persinggahan untuk ke Labuan. Pekan kecil ini sunyi tetapi sibuk dengan jadual ulang alik bot ke Labuan.
Menumbok Jetty |
Menumbok Jetty |
Sebenarnya ini adalah alternative way to Labuan in case yang tertinggal ferry dari bandar KK. Aku lebih prefer lauluan Menumbok kerana mahu merasai suanasa yang berbeza, lain dari yang lain. Dan aku tidak menyesal sama sekali.
KK to Labuan Ferry Schedule: click here
Ferry Labuan to Menumbok: click here
Extra info how to go to Labuan: click here and here
Summary pengangkutan ke Labuan
1. By Sea
Menaiki ferry. Boleh rujuk link-link yang aku letak kat atas.
2. By Land
Menaiki bas ke Menumbok kemudian menaiki speed boat ke Labuan. Anda dikehendaki menunjukkan kad pengenalan diri semasa membeli tiket. Bas dari KK ke Menumbok mengambil masa kira-kira 1 jam setengah hingga 2 jam bergantung dengan trafik dan cuaca. Speed boat Menumbok ke Labuan pula hanya mengambil masa kira-kira 15minit hingga 25 minit sahaja.
Namun, harus diingat, sekiranya anda mahu buat lawatan day trip macam aku buat, bas Menumbok ke KK yang paling last ialah pada jam 4.30 petang. So, anda harus bertolak dari Labuan selewat-lewatnya pada jam 4.00 petang. Tapi better awalkan sebab jika boat ada masalah, anda akan tertinggal bas dan terpaksalah mengambil teksi atau van. Harganya agak mahal iaitu kira-kira RM30 seorang atau bergantung kepada berapa penumpang yang ada. Jika tiada penumpang, anda terpaksa membayar harga satu teksi/van. Macam aku, walaupun aku beli tiket boat jam 2.15 pm, tapi sebab ada masalah boat, aku terpaksa tunggu di jetty Labuan sehingga hampir jam 4.00 pm. Resah tu bukan main lagi dah, takut takde pengangkutan nak balik ke KK. Haha.
** Tapi kalau nak lebih selamat, anda kena tanya pengusaha bas terlebih dahulu sebelum anda ke Labuan. Kadang-kadang kalau bas dah penuh, bas takkan tunggu. Lebih selamat lagi kalau anda ambil no telefon syarikat bas, atau buat tempahan awal. Apa-apa, rajin bertanya, biarlah orang nak kata kita ni pelik ke menyusahkan ke, janji kita ada maklumat yang berguna untuk diri kita dan rakan2. :)
3. By Airways
** Tapi kalau nak lebih selamat, anda kena tanya pengusaha bas terlebih dahulu sebelum anda ke Labuan. Kadang-kadang kalau bas dah penuh, bas takkan tunggu. Lebih selamat lagi kalau anda ambil no telefon syarikat bas, atau buat tempahan awal. Apa-apa, rajin bertanya, biarlah orang nak kata kita ni pelik ke menyusahkan ke, janji kita ada maklumat yang berguna untuk diri kita dan rakan2. :)
3. By Airways
Yang ni plaing senang kalau nak jimat masa. Dari KL direct pun ada, Dari KK ke Labuan pun ada. Pilih je mana mahu.
First : Congratulation..!! sebab dah berjaya jelajah satu Malaysia.. :D
ReplyDeleteThanks info ke Labuan ni amat berguna.. sebab maybe akan ke Labuan October nanti :D
Terima kasih ye Mr Time Traveller. Actually ada beberapa tempat menarik juga di Labuan untuk dijadikan kenangan dan disimpan dlm album, tapi aritu sy tak sempat pergi semua.
DeleteNanti roger lah ya kalau dh pergi..boleh awak share lebih banyak info!
Actually tgh planning long trip ni.. Miri-Brunei-Labuan-KK..
Deletehow?? tak tahu lagi.. study dah 90%.. just tunggu mana2 tiket murah je sekarang ni..
Insyallah akan kongsi info and pengalaman dengan awk nanti.. :D
Best tu..pergi jgn tak pergi... Air Asia tengah ada free seat ni tengah malam ni..jgn lupa book.
Deletedah beli ticket hehehee..
Deletejika awak ada extra info yg awak tak tulis kat sini.. nak share ngan sy.. amat di alu2kan.. :D
timetravelafif@gmail.com
Awk beli tiket ke mana afif? Sy belum tulis habis lagi, biasalah hangat2 tahi ayam.haha.
DeleteBeli ticket Kuala lumpur to Miri.. dan balik Kota Kinabalu to Kuala Lumpur heheee.. :D
Deleteall in tak cecah pun RM 200.00.. murah tak?? promo AirAsia :D
Murah tu...bwh 200 kira berbaloi2... kita kan backpacker... tiket mahal2 membazir la.. sbb duit tu boleh guna utk travel... paling murah sy pernah dpt 52 pergi balik total...haha.skg dh takde tiket murah mcmtu
Delete( Ada dapat RM 52.00 tu.. tapi bulan April 2014 nanti hahahaha.. )
Deletebetul duit kene save untuk travel.. and untuk emergency.. but backpacker style the best enjoy more money save hahahaha..
saya penah naik van ke kk jam 430 from Labuan. giler mahal.....kena RM35......rasa menyesal....menyesal....menyesal sangat. rasa nak tumbuk2 je van tu....hehhehe. naik bas baru RM15...(awal tahun sblm arga tiket naik)...:)
ReplyDeleteKann..mahal..Sekarang bas dh RM18.00. sy pun hampir tertinggal bas sbb boat lambat aritu.Lpas ni tak tau la naik berapa lagi kalau minyak dah naik harga.haha
Deleteuihhhhh....berdoalah ianyer tak naik lagi...hehehhehh. sbb kadang2 kalo kete tak lepas g menumbok (sbb kehabisan tiket feri kenderaan) terpaksa naik bas....:)
DeleteHahaha.tp okay sikit klu ms balik sbb dlm bas boleh mkn coklat murah.
DeleteSewa Kereta di Labuan. Viva Manual RM55 saja sehari. Tel / SMS / WhatsApp : 010-7776996 Din @ Wan.
ReplyDeletehttp://budgetcarrentallabuan.blogspot.com/