Showing posts with label Semporna. Show all posts
Showing posts with label Semporna. Show all posts

Monday, 7 December 2015

Trip Mabul dan Bohey Dulang Semporna April 2016 (4D3N Mabul Island)

Hai, lama sangat tak update blog ni.
Okay tak nak cerita panjang, just nak bagitau that  aku ada buat trip ke Mabul dan Bohey dulang bulan 4 nanti. Masih ada 10  kosong lagi so far. Siapa2 takde geng nak pergi, single mingle ladies and gentlemen.. boleh mesej me tau. Kami akan pergi 5 pulau: Mabul, Kapalai, Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan. Cantik tau tempat ni. Jom lah.....

Kebetulan pulak time kitorg pergi tu ada  pesta boat regatta lepa!! Boleh la tengok orang-orang bajau laut hias boat yang lawa-lawa tu uols....Jom join weols ni.. Kita kasi gegar mabul. 

Meh nak share  itinerary


MABUL BACKPACKERS TRIP + REGATTA LEPA

Trip                        : 4D3N Mabul + Bohey Dulang EXTRA Regatta Lepa!!
Date                       : 22 – 25 April 2016

Flight Details         :
22 April AK5744                 KUL-TWU            07:00 AM - 09:50AM
25 April AK5749                 TWU-KUL            15:40PM - 18:30PM

Itinerary
Day 01                   : KL > Tawau > Semporna Town
                               Sunset Teatime
Day 01                   : Mabul + Kapalai Snorkelling
                               Sunset Mabul
Day 03                   : Bohey Dulang + Mantabuan + Sibuan Island
Day 04                   : Semporna town
                               Tawau > KL

Price                      : RM550.00 per pax (Kids primary school RM350.00 per pax)
Deposit                  : RM150.00 per pax (Kindly pay your deposit as soon as possible as
                              the place is very limited. You cannot refund deposit if you
                              cancel your booking & balance need to be cleared before March 31st)
                                 

Cost Include       : Airport transfer, boat transfer, ground transfer, lodging (backpacker style),
permit, jetty fee, lunch at island, snorkel set
Cost Exclude      : All dinner, personal equipment, and other cost not mentioned above.

** you can book your own ticket from Air Asia
** if you need my assistant for booking, kindly What’s App me personally 

My HP number 017 2361632




Tuesday, 18 June 2013

Semporna Day 01 - 30012013

Menjejakkan kaki di Airport Tawau membawa aku ke sebuah ceritera yang meninggalkan kenangan antara yang paling manis dalam hidupku. Kedatangan aku selama seminggu di sini cukup indah dan menyuntik perasaan gembira walaupun aku bersendirian sepanjang percutian ini. Mesti orang tertanya-tanya kan apa yang gembira sangat jalan-jalan seorang diri ni. Hurmm..

Ketibaan aku tepat jam 6.50 petang di Airport Tawau disambut baik oleh Kak Afzan, temanku yang tinggal di Pekan Semporna. Melalui kaunter Imegresen, Abang Imegresen tu tanya aku, " Awak ni orang ape?" Huhu. Ye la kan...muka macam Melayu, mata plak agak sepet, fasih pulak bercakap Melayu, tapi nama dalam IC pelik semacam je. Tapi macam biasalah, di mana-mana sahaja aku pergi mesti orang akan tanya, "You orang ape? Bangsa ape? Chinese or Malay?" Haha. Jam 7.00 pm kami bertolak ke Semporna. Aku memandu kereta Proton Saga FLX milik Kak Afzan dari airport sehingga ke Pekan Semporna kerana beliau jarang memandu ketika malam.

Jalan yang sempit dan banyak lori yang lalu lalang membuatkan aku lebih berhati-hati semasa pemanduan. Tambahan pula jalan amatlah gelap sekali. Betul-betul kena fokus pada pemanduan sopan santun aku ni. Nasiblah jugak aku bawa spek mata comel aku tu. Nampaklah jalan raya. First time drive di sini lagipun. Bahaya sentiasa menanti sekiranya tidak berhati-hati. Tiba di Semporna jam 8.15 malam, kami terus menuju ke sebuah kedai makan yang terletak menghadap ke arah lautan iaitu Seaview Seafood Restaurant Semporna yang terletak bertentangan dengan Dragon Inn Resort. Menurut Kak Afzan, ini adalah cawangan kedua restoren ini selepas restoren pertama mereka yang terletak di sebelah Hotel Seafest.
Menu makan malam kami adalah tomyam seafood, telur dadar dan sayur campur. Rating restoren ini bagi aku adalah 3.0. Walaupun tadi dalam flight aku dah makan, tapi perut aku ni macam meminta-minta makanan saja. Makan sajalah kan. Apa nak risau. Bukan aku gemuk pun. Haha. Kedudukan restoren yang betul-betul di sebelah laut memberikan suasana yang nyaman dengan tiupan angin yang sangat kuat, sejuk dan mendamaikan. 

Selepas makan, aku dan Kak Afzan pergi ke Guardian dan Giant kerana aku mahu membeli barang-barang keperluan sepanjang tempoh aku berada di sini. Banyak juga aku borong... coklat, biskut, meggi cup 4 bungkus, pencuci muka, moisturizer mist, ubat gigi, dan beberapa barang lagi.

Aku sebenarnya agak sibuk untuk mengarang diari perjalanan aku semasa di Semporna selama tujuh hari, namun aku akan cuba menyiapkan secepat yang mungkin. Al maklumlah, kenangan di sana masih lagi segar dalam ingatan aku. Masih terbayang-bayang lagi suasana di sana. Ikuti coretan perjalanan aku sepanjang seminggu aku berada di Pekan Semporna dan Pulau Mabul.

Jadual aku seperti di bawah:

30hb Jan 2013 - Flight KL (LCCT) to Tawau Airport
31hb Jan 2013 - Open Water Course (OWC) theory at Mabul Island - Daytrip
01hb Feb 2013 - OWC Confined Water 1, 2 & 3 + OW 1 & 2
02hb Feb 2013 - OWC Confined Water 4 & 5 + OW 3 & 4
03hb Feb 2013 - Fun Dive at Sipadan Island
04hb Feb 2013 - Relaxing at Mabul & Walk around the island
05hb Feb 2013 - Flight Tawau to KL

**Note:Aku saja buat daytrip pada hari pertama OWC di Mabul. Tapi aku cadangkan lain kali kalau sesiapa yang hendak ambil OWC, stay lah di lodge supaya lebih convenience dan anda boleh tumpukan perhatian. BAru boleh cover kelima-lima chapter tu. 

Berikut adalah sedikit maklumat yang aku dapat rumuskan untuk dijadikan panduan.

Pulau-pulau Di Semporna
  1. Pulau Mabul
  2. Pulau Sipadan
  3. Pulau Mataking
  4. Pulau Kapalai
  5. Pulau Mantabuan
  6. Pulau Sibuan
  7. Pulau Maiga
  8. Pulau Pom-pom
  9. Pulau Bum-bum
  10. Bohey Dulang 
  11. Lain-lain
Pengangkutan Di Semporna
Anda boleh guna perkhidmatan van pengangkutan atau teksi. Teksi mungkin mahallah jugak tapi kalau van murah saja RM15.00. Anda boleh menunggu van di sebelah KFC Semporna. Van akan bertolak ke Tawau agak kerap jugak. Paling awal 6.30 pagi or 7.00 pagi lebih kurang. Begitu jugak jika anda mahu ke Semporna dari Tawau. Dari airport anda boleh ambil teksi or naik bas ke bandar untuk naik van di sana. Teksi agak mahal lebih kurang RM180.00 rasanya if aku tak silap.

Jika anda ingin merayau-rayau di sekitar Semporna contohnya nak ke Tampi-tampi ke, Pakalangan ke, Bukit Tengkorak ke, angda boleh gunakan perkhidmatan prebet sapu yang ada di merata-rata pekan. Paling banyak adalah di sekitar Pasaraya Milimewah. 

** Kalau aku ada bagi salah info, tolong betulkan ya.

Tempat-tempat Menarik Di Semporna 
  1. Semporna Proboscis River Cruise
  2. Bukit Tengkorak Hill
  3. Regatta Lepa Festival (usually will be held on the last weekend of April after salary time)
  4. Tampi-tampi
  5. Pakalangan
  6. Tun Sakaran Marine Park (consist of 8 cluster of island - Bodgaya, Bohey Dulang, Sebangkat & Selakan, Maiga, Mantabuan, Sibuan, Church and Kapikan. Aku pernah ke Pulau Maiga dulu sekali. Apa yang bestnya kat sana adalah pemandangan yang cukup cantik. Kita akan melalui pusat penanaman rumpai laut yang begitu luas sekali. Geram aku tengok.hehe. Teringin gila nak panjat bukit di Bohey Dulang sebab pemandangan atas puncak tu pergh superb lah!!
Hotel & BB Di Semporna
Island Name Type Location
Mabul Water Bungalow Resort Water
Sipadan Water Village Resort Water
Sipadan Mabul Resort (SMART) Resort Water
Sipadan Dive Centre Resort Land
Seaventure Dive Resort Resort Sea
Scuba Junkie Resort Land
Borneo Divers Mabul Resort Resort Land
Uncle's Chang Homestay Land
Summer Friends Homestay Land
Sphere Divers Homestay Land
Seahorse Sipadan Scuba Lodge Homestay Land
Scuba Jeff Homestay Land
My Scuba Diver's Mabul Homestay Homestay Land
Mabul Backpacker or Sipadan.DOT.com Homestay Land
Billabong Homestay Land
Big John Homestay Land
Arung Hayat Sipadan Adventures Homestay Land
Mataking The Reef Dive Resort Resort Land
Kapalai Sipadan-Kapalai Dive Resort Resort Water

Sunday, 24 February 2013

Aku, Mereka dan Pulau Mabul Februari 2013

Siapa cakap bercuti seorang diri itu sunyi dan tidak menjanjikan kepuasan? Mungkin mereka di luar sana akan bercakap 'ya' kerana mereka tidak pernah melakukan sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Namun tidak bagi aku. Bercuti bersendirian memberikan aku banyak pengalaman yang cukup berharga. Ini antara pulangan yang pasti anda dapat sekiranya anda cuba meletakkan diri anda di luar kotak! Yang penting kena pandai bergaul dan lebih penting lagi kita harus sentiasa merendah diri. Jangan bongkak dan besar diri sebab kita berada di tempat orang. Okay? Check it out!
  1. Bercuti seorang diri boleh meningkatkan self-esteem kita kerana kita akan lebih yakin dengan tindakan kita. Semua keputusan adalah terletak di bahu kita.
  2. Bercuti bersendirian akan membuatkan kita lebih berdikari. Nak makan pukul berapa, nak mandi pukul berapa, nak buat apa, nak pergi mana semuanya kita buat keputusan sendiri. Betul tak? Nak bujet duit paling penting. Nanti tak cukup duit susah. Planning yang cekap adalah cara yang terbaik.
  3. Cepat dan tak perlu menunggu siapa-siapa. Kalau beramai-ramai, aku percaya, pergerakkan aku akan jadi lembih lambat, nak menunggu A mandi la, tunggu B make up la, tunggu C buang air la. Kalau sendiri senang, dapat jimatkan masa tiga kali ganda. Ingat, masa ketika travel adalah sesuatu yang cukup bernilai. Jangan buang masa! Sebab mungkin itulah saat pertama dan terakhir kita singgah di tempat tersebut.
  4. Dan ini yang paling best, bergaul dengan lebih ramai orang! Pada pendapat aku, bila kita travel, cukup menarik apabila kita dapat mengenali ramai kawan baru. Mendengar cerita orang tempatan boleh membantu kita mendapatkan ilmu secara tidak langsung dan secara langsung. Kita dapat belajar banyak benda termasuklah budaya mereka, rutin, makanan, cara hidup, dan sebagainya. Pergaulan tidak terhad kepada group kita sahaja. Mana tahu suatu hari nanti, kita boleh meminta bantuan daripada mereka.
  5. Lebih fokus. Apabila kita mahu melakukan sesuatu aktiviti, kita dapat menumpukan lebih perhatian kepada keadaan sekeliling. Kepekaan adalah key kepada keselamatan kita kerana bahaya ada di mana-mana.
  6. Lebih enjoy tanpa gangguan. Walaupun bercuti sangat sibuk dan sentiasa ke sana ke mari, kita juga memerlukan waktu personal kita sendiri. Contohnya, melihat pemandangan matahari turun dengan suasana yang tenang. Hehe.
Namun begitu, aku percaya setiap orang mempunyai cara mereka ynag tersendiri untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan dalam hidup. Lain padang lain belalang bukan? Jom lihat gambar-gambar yang aku sempat snap sepanjang aku berada di Pulau Mabul yang sangat best ini! One day, I will come back here again. I love Mabul so much!
Top from left: Shanti and me, Adib and me (love this boy so much), Keiko and me. Bottom: Boy Jay (first time i met him on my last day), Nicholas, Shanti Burhan and me. Final snap before I leave Mabul


Top at left: Fita and Atha. The rest were the best moments i can share with uols

Be friend with anybody. See, Wang Lie treated me the best food ever in my life, CRAB. She said i am so kind because i help her. Hehe. Thanks Wang Lie. Thanks to Kak Afzan too because let me stay at her house for two days before & after Mabul.


Poeple surrounding me during my journey

Keiko Iwashita, my Open Water Course instructor.

Sipadan Island!! except three guy selling crab at the bottom to the left

 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pekan Semporna, sila lawat website ini: Semporna 50an


Thursday, 14 February 2013

Hatiku Di Semporna...

Selepas seminggu aku berkunjung ke pulau-pulau di Semporna, hati aku sungguh terpikat dengan keindahan alam semula jadi, kejernihan air laut, dan keunikan masyarakat Bajau dan Suluk serta budaya yang diamalkan oleh mereka. Aku terasa seperti berada di satu dunia yang amat jauh daripada igauan aku. Kegembiraan berada di sini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya sesiapa yang pernah mengunjungi tempat ini sahaja yang tahu betapa kagumnya aku melihat bumi Semporna ini. Terdapat beberapa keadaan juga yang mengganggu percutian aku sebenarnya, namun, kena pejam mata sahajalah. Kalau betul-betul hendak enjoy dengan apa yang dirancang, benda-benda kecil mesti ditolak tepi. Nanti aku akan cerita lebih. Sebab sekarang sangat busy dengan tugasan di pejabat. I will come back with a great story to be told.

Thursday, 27 December 2012

Semporna, 1 month to go...

Hari ini hari gaji. Baru je dapat dah lebih separuh digunakan untuk bayar semua hutang termasuklah hutang kereta, sewa rumah, dan hutang-hutang lain. Deposit untuk Open Water Course pun dah bayar. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. So, nak tak nak, memang kena betul-betul berjimat. Haha. Matilah aku. Hari-hari kena masak la gamaknya. Tapi tak apalah, aku nak sesuatu, mesti kena korbankan sesuatu. Nak sangat kann siapa suruh. Mulai Dec ni hingga Oct tahun depan adalah bulan berjimat. Hurmmm rasakan Bee...
Wiki: Semporna Town