Sunday 15 September 2013

Tiga Kali Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah, Borneo, Malaysia

Cerita di sebalik Kinabalu...

Teringat kenangan mendaki Gunung Kinabalu dahulu. Yang pertama tahun 2010, masih naif dan daif. Terasa kelakar sangat bila tengok balik sisa-sisa gambar yang masih ada (gambar semua hilang sebab laptop kena curi! aduish). Masa tu baru je lepas habis semester terakhir UPM. Orang lain sibuk cari kerja, aku sibuk berjalan. Takde langsung perasaan nak cari pekerjaan masa tu. Terkontang-kanting ke Sabah seorang diri, stay rumah kawan selama dua minggu. Kadang makan kadang tak. Bosan teramat sangat sebab kawan kerja dan tidur je sepanjang hari. Hari last sebelum mendaki, aku pergi joging di padang Semporna. Semua orang pandang pelik sebab di Semporna tu aku rasa aku seorang je yang joging. Kelakar. Dah la padang dia penuh dengan taik anjing. Nasib tak terpijak.

Kali kedua tahun 2012. Dua tahun selepas itu. Takde lah rasa teruja sangat sebab dah pernah naik dulu. Tapi yang bestnya sebab kali ni naik melalui Mesilau compare yang dulu naik Timpohon. Kelakarnya masa ni, aku jadi perhatian jugaklah, sebab orang lain datang by group tp aku sendiri. Tapi aku okay je sebab dah biasa jalan sorang2. Cuma, paling aku tak boleh lupa adalah masa tidur kat Mesilau tu. Aku dalam bilik seorang diri. Takut gila. Hahaha. Nak tutup lampu pun tak berani. Al maklumlah, bilik aku kat sebelah hutan. Ada katil double decker plak tu. Suasana sunyi lagi buat seram. Adoi. Siap tidur selimut sampai kepala. Budak2 bilik depan siap bagi pesan kt aku, kalau ada apa2 jadi, minta tolong je. Kali ni best sebab aku siap buat Via Ferrata sekali. Not so bad lah.

Kali ketiga, 2013. Best sebab kali ni aku tak berkeseorangan. Aku bawa team aku seramai 14 orang, semua lelaki pulak tu. Yang dasyatnya, macam2 perangai ada. Macam2 penyakit ada. Haha. Semua dah berusia pulak tu. Aku ni kira anak and adik2 lah. Tapi best nya semangat yang ditunjukkan dia orang memang salute lah. Ada yang slow ada yang laju, tapi semangat tetap maintain. Hujung2 je dah layu sikit. Sebab energy dah kurang. Trip yang sangat padat dan rilek. Syukur, semua okay.

So, lepas ni tak tau lagi nak naik lagi ke tak Kinabalu ni. Tak tahu lagi mampu ke tak nak panjat gunung lagi. Macam nak, sebab enjoy sangat Kinabalu ni. Pemandangan cantik, suhu sejuk, romantik, dan mendamaikan. Yang pasti lepas balik Kinabalu, mesti makan banyak gila. Hurm.. tapi kalau nak naik Kinabalu lagi, rasanya nak naik dengan orang tersayang pulak lah. Asyik sorang je tak best. Nak pulak ada orang jaga. Haha

Itu sahaja cerita Kinabalu!
My Kinabalu moment... ~~ Another moments to remember~~~

 

24 comments:

  1. perghhhh....Hebat! saya orang sabah belum sampai lagi puncak gunung...baru sampai kaki gunung je....hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde hebat lah nanie..biasa je. Awk pg la..org Sabah murah, kmai mahal sikit cas dia.

      Delete
  2. oh ho... sampai untuk kali ketiga.. memang salute la..
    agak scary la duduk seorang dalam bilik dalamhutan macam tu.. nasib baik ok :D

    Next time if ada plan lagi naik Gg Kinabalu.. habq mai na.. nak ikut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Skg ni awk duduk kt mana. Sy takde plan lagi.klu awk ada plan bgtau la..sy boleh follow..haha

      Delete
    2. Saya sekarang duduk kat ampang.. insyallah 23 Oct ni akan buat solo trip lagi hehehee.. tapi dalam negara jer la.. Miri - Brunei - Labuan - Kota Kinabalu..
      Tapi trip ni xde plan ank naik Gunung Kinabalu.. just nak explore sabah je dulu.. nest time insyallah..
      ok nanti kita plan sama2 :D

      Delete
    3. Goodluck tau.best tu 4 tempat terus pergi.. berapa hari spend kat sana? Takpe, nnt kalau ada plan nk naik kinabalu, awk bgtau sy, mana tau sy boleh follow...
      Sy pun tak pernah pergi Miri..nnt jgn lupe share..sure menarik tu!!

      Delete
    4. all total 25 days.. macam mana tak tahu lagi hahaha.. :P
      tiket semua dah ada.. just kene keep study and study jer..
      nanti mesti share insyallah :D

      Delete
    5. Waaaaaaaa. (sambil mulut terngaga....)hahhaha.
      Sure best!!!! cepat2 pergi cepat2 share k... tak sabar lak nk dgr cte awak... confirm best.

      Delete
    6. tengah tunggu cerita Cambodia awk dulu hahahha :P

      Delete
  3. wah!! excitedd! sy pon plan nk climb gunung ni tp takde geng. awk tanak pg dah ke? kalo ade plan,nk follow tau!

    ReplyDelete
  4. semua 3x panjat kinabalu ni pakai tour operator yg sama ker? mind to share info? ingat nak climb via mesilau lah this year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Never took tour agent basically.. Semua direct Kinabalu Park.. penah naik timpohon la ni kan... overall pun tak mahal sgt RM600++ for Malaysian except Sabahan..

      Delete
  5. Sy pon nk pegi b4 june 2014 boleh join ke hihi.. Teror la naik sampai 3 kali

    ReplyDelete
  6. assalam, jom kita pegi bulan mac 2014! hihi.. last year dah ikut timpohon.. this year nak relaks sket nak ikut mesilau sambil merakamkan pemandangan yg dikatakan CANTIK sgt tu... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tu? rasanya tak smepat la bulan 3...ni dah nak masuk bulan 3 dh ni... hehe

      Delete
  7. Saya pun nak naiK bln 8 2014.
    Ada Capa yg blh jadi gaide
    sMs Saya 013 206 2792

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brp org awk pergi? Dh book? InsyaAllah klu takde aral..

      Delete
  8. Hai hai hai...besh shimatado...baru terbaca blog awk..bila nk pegi mt kinabalu lg?bgtau eh...nk ikut...nk pegi tp x de geng

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah June 2015. Dlm proses planning skg ni.. roughly dh ada 7 org..

      Delete
    2. Inform sy date yer...nk joint jgk tp nk tau date dulu.boleh email sitimia80@gmail.com

      Delete