Showing posts with label Gunung Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Gunung Kinabalu. Show all posts

Saturday, 15 February 2014

Hiking / Climbing Mt Kinabalu (Hardcore) - Daypack ~~ Tips and preparation

Beberapa tips dan persedian untuk melakukan pendakian Gunung Kinabalu secara daytrip. This is one of the things I am gonna do for myself but I am just scared that Sabah Park wont allowed me do this since I am skinny, people might think that I would not capable to do Kinabalu daytrip. But I have confident with  myself, I know I can do it. I have to gain weight and workout more to build some muscle. InsyaAllah..

This is website you can read about people who have done Kinabalu daytrip:

http://www.wanderlust.co.uk/magazine/blogs/blog-of-the-week/how-to-climb-mout-kinabalu-in-a-day?page=all

Trip           : Mount Kinabalu Low's Peak
Duration    : Whole day
Difficulty   : 4.5 /5
Limitation  : Only 4 person allowed everyday

* Please take note that::

- Maximum Group Size of 4 Persons Only!
- Maximum One Day Climb Permit Available Per Day = Four (04) Permits Only.
- This route ascent and descent via Timpohon Trail
- Most suitable for those that are extremely fit and athletic
- This tour brings you to Low’s Peak Summit (4095.2M) in one day
- You are not required to stay overnight at Laban RataThis package allows you to travel light

- Hardcore climb permits are only released by the Sabah Park authority 1 week before your climb date. However we can arrange to pre-book for you in advance but there is no guaranteed confirmation given until 1 week before. Pre-booking hardcore climb permits with us allows a 80% chance for guaranteed confirmation.

Sample itinerary:

07:00hr Our guide will arrange for all necessary registrations, assign you a mountain guide and apply for your ID TAG.
Remember to wear your ID TAG at all times.
You'll then be transferred to starting point – Timpohon Gate – where your journey and quest to the summit of Borneo’s highest mountain begins!
The trek will pass by different vegetation zones from Oak and Chestnut to mossy and eventually to alpine type of vegetation.
Cut off time to reach Laban Rata rest house @ 3272m by 10 am.
Continue on passing by Sayat-Sayat Hut (final check point) and proceed on through the rock face plateau to summit the Low’s Peak @ 4095.2m by 1 pm.
After summit Low’s peak, you are allowed to stay for about 15 minutes before the descending back to the Timpohon Gate.
Congratulations, you can now collect your Certificate of Achievement!

1800 Back to KK excellently

Things You Should Prepare For Mountain Climb:

  • Waterproof backpack to store your items
  • Trekking or running shoe with good grip
  • Small towel
  • Disposable raincoats
  • Refillable water bottle (0.5 - 1 Litre)
  • High energy food such as chocolates, nuts, biscuits, sweets, energy bars
Things You Wish To Bring:

  • Medication such as headache tablets or altitude sickness tablets
  • Tissue paper / Toilet roll
  • Sun block lotion, lip gloss, plasters
  • Insect repellent / Mosquito Oil
  • Camera with water proof bag
  • Sandals / Slippers
  • Plastic bag

Important Note For All One Day HardCore Climbers:

1 Climbers MUST arrive Laban Rata Resthouse by 10:00hrs and Low's Peak Summit by 13:00hrs (Latest Cut-Off time).
* All time restrictions are given by Sabah Parks Authority which one day hardcore climbers have to comply.
2 Sabah Park Rescue Rangers have the final say on a situation should the summit climb (Laban Rata - Low's Peak) be cancelled due to bad weather or safety reasons, such refund will not be eligible.
3 Do take note that your passport will be required for verification during registration at the Kinabalu Park office. Please bring it along with you.
4 There are only four (04) one day climb permits issued by Sabah Parks Authority each day, therefore an early booking is recommended.





























Sunday, 15 September 2013

Tiga Kali Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah, Borneo, Malaysia

Cerita di sebalik Kinabalu...

Teringat kenangan mendaki Gunung Kinabalu dahulu. Yang pertama tahun 2010, masih naif dan daif. Terasa kelakar sangat bila tengok balik sisa-sisa gambar yang masih ada (gambar semua hilang sebab laptop kena curi! aduish). Masa tu baru je lepas habis semester terakhir UPM. Orang lain sibuk cari kerja, aku sibuk berjalan. Takde langsung perasaan nak cari pekerjaan masa tu. Terkontang-kanting ke Sabah seorang diri, stay rumah kawan selama dua minggu. Kadang makan kadang tak. Bosan teramat sangat sebab kawan kerja dan tidur je sepanjang hari. Hari last sebelum mendaki, aku pergi joging di padang Semporna. Semua orang pandang pelik sebab di Semporna tu aku rasa aku seorang je yang joging. Kelakar. Dah la padang dia penuh dengan taik anjing. Nasib tak terpijak.

Kali kedua tahun 2012. Dua tahun selepas itu. Takde lah rasa teruja sangat sebab dah pernah naik dulu. Tapi yang bestnya sebab kali ni naik melalui Mesilau compare yang dulu naik Timpohon. Kelakarnya masa ni, aku jadi perhatian jugaklah, sebab orang lain datang by group tp aku sendiri. Tapi aku okay je sebab dah biasa jalan sorang2. Cuma, paling aku tak boleh lupa adalah masa tidur kat Mesilau tu. Aku dalam bilik seorang diri. Takut gila. Hahaha. Nak tutup lampu pun tak berani. Al maklumlah, bilik aku kat sebelah hutan. Ada katil double decker plak tu. Suasana sunyi lagi buat seram. Adoi. Siap tidur selimut sampai kepala. Budak2 bilik depan siap bagi pesan kt aku, kalau ada apa2 jadi, minta tolong je. Kali ni best sebab aku siap buat Via Ferrata sekali. Not so bad lah.

Kali ketiga, 2013. Best sebab kali ni aku tak berkeseorangan. Aku bawa team aku seramai 14 orang, semua lelaki pulak tu. Yang dasyatnya, macam2 perangai ada. Macam2 penyakit ada. Haha. Semua dah berusia pulak tu. Aku ni kira anak and adik2 lah. Tapi best nya semangat yang ditunjukkan dia orang memang salute lah. Ada yang slow ada yang laju, tapi semangat tetap maintain. Hujung2 je dah layu sikit. Sebab energy dah kurang. Trip yang sangat padat dan rilek. Syukur, semua okay.

So, lepas ni tak tau lagi nak naik lagi ke tak Kinabalu ni. Tak tahu lagi mampu ke tak nak panjat gunung lagi. Macam nak, sebab enjoy sangat Kinabalu ni. Pemandangan cantik, suhu sejuk, romantik, dan mendamaikan. Yang pasti lepas balik Kinabalu, mesti makan banyak gila. Hurm.. tapi kalau nak naik Kinabalu lagi, rasanya nak naik dengan orang tersayang pulak lah. Asyik sorang je tak best. Nak pulak ada orang jaga. Haha

Itu sahaja cerita Kinabalu!
My Kinabalu moment... ~~ Another moments to remember~~~

 

Thursday, 18 July 2013

Gunung Kinabalu June 2013 Yang Penuh Cabaran

Pendakian aku buat kali ketiga ini cukup berbeza dengan dua pendakian aku sebelum ini. Antaranya adalah, ini adalah kali pertama aku mendaki secara berkumpulan dan kesemua ahli kumpulan aku terdiri daripada golongan kaum Adam, dan hanya aku seorang sahaja yang wanita dan aku adalah ketua rombongan, kononnya lah kan...

Okay, aku tak nak berputar-putar, kali ini aku nak share tentatif program kami dengan lebih detail.

28 Jun 2013

5.30 pm
Aku check in di Kinabalu Park. Setelah selesai urusan pendaftaran dan mengambil kunci, kami semua berjalan kaki ke Rock Hostel. 6 bilik kesemuanya. Aku bilik standard seorang diri, dan yang lain ada yang bilik twin sharing dan quad sharing. Suhu mulai dingin.

7.00 pm
Bas datang mengambil kami untuk pergi dinner di Balsam Cafe kerana hujan. Jika tidak hujan, kami sepatutnya berjalan kaki. Kami menikmati dinner dalam keadaan yang cukup sejuk. Aku dah mula menggigil dah. Lepas itu, kami berjalan kaki pulang ke hostel. Kami lepak-lepak di ruang tamu sebelum masing-masing masuk tidur. 

Badan aku mula tidak sedap. Panas, sakit kepala dan lemah. Aku agak risau jika esok masih badan aku masih lemah. Takut jika tidak mampu mendaki dengan baik.

29 Jun 2013

6.00 am
Aku bangun seawal 3.30 pagi. Aku tidak boleh tidur dan kepala aku sakit. Kebimbangan makin menghantui aku sebab takut tak boleh mendaki. Aku tak boleh memejamkan mata sehinggalah jam 5.30 pagi. Aku mandi dan mengemas beg. Air nya sejuk tidak terkata. Kami semua berkumpul dan terus bergerak ke Balsam Cafe untuk breakfast. Selepas breakfast, kami ke kaunter untuk check in beg yg kami tidak mahu bawa ke Laban Rata. Kinabalu Park mengenakan cas RM10.00 bagi satu beg.

8.00 am
Aku menguruskan hal pengangkutan dan guide. Setelah selesai bayaran tersebut, kami berkumpul di depan Kinabalu Park. Masing-masing nampaknya tidak sabar untuk memulakan pendakian. Sambil menunggu guide datang, kami bergambar di situ berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang malu-malu kucing. Kejap dilindungi awan tebal, kejap terlihat dengan jelas Donkey Ear Peak dan lain-lain.

8.30 am

*Editing time....


Sunday, 16 June 2013

Gunung Kinabalu via Mesilau February 2012

Dah setahun lebih sejak aku mendaki Gunung Kinabalu pada 06 February 2012, baru hari ni tergerak hati utk aku menulis tentang pengalaman aku di sana. Tak banyak beza pendakian pertama dan kedua aku. Kedua-duanya berseorangan, belajar banyak perkara, berkenalan dengan pelbagai golongan manusia. Kedua-dua tersimpan cerita panjang yang membawa aku ke sana. Haha. Cuma bezanya, perjalanan aku kali ini adalah sempena hadiah hari jadi aku yang ke-26. Ini merupakan hadiah untuk diri aku sendiri. Dan bezanya lagi, trek aku kali ini adalah melalui Mesilau berbanding Timpohon buat pertama kalinya.
Check in Mesilau Nature Resort
Mesilau, bagi aku, adalah satu trek yang tidak sesukar mana. Kita akan melalui dua kali turun naik dan kemudian bertemu di persimpangan antara laluan Mesilau-Timpohon. Tapi pancit juga aku masa tu. Almaklum sajalah, takde training langsung, main redah saja. Badan pulak lemau semacam je. Lembik je.

Aku mula mendaki pada jam 8.30 pagi. terdapat 4 group pendaki ketika itu, iaitu Team Air Asia, team KL-kot, team couple mat saleh, then, team aku, :P. Aku mendaki bersama guide aku si cute lagi muda, Rizwan atau nama glamour dia Jay Chou. Terasa bengang dengan orang yg menumpang guide aku, seorang Chinese man dari KL, aku jalan buat dek je dengan dia. Aku terasa seperti dia sedang mengekori aku kerana sejak di Kota Kinabalu lagi dia ikut aku. Bayangkan, dia tahu aku tinggal hotel mana, aku jalan kaki dari hotel ke stesen bas tanpa sedar dia sedang ikut aku. Katanya mahu pergi Kinabalu Park untuk ambil barang yang tertinggal, tapi finally, dia follow aku mendaki di Mesilau. Nasib baik lah, malam sebelum mendaki tu, dia stay kat tempat lain. Seram pulak aku dengan lelaki itu. Haa...buat kalian perempuan yang travel seorang diri, gunakanlah six sense anda untuk lebih peka terhadap semua orang di sekeliling kita. Aku agak terlambat sebab hanya sedar apabila driver van mengatakan bahawa lelaki itu hanya asyik pandang aku semacam. Huhu. Tapi syukurlah, aku dah selamat. Lepas ini, aku kena lebih berhati-hati. Ya, berhati-hati.
Mesilau Peak dari trek, Jay Chou my guide
Pendakian aku berjalan dengan lancar. Biarpun tak selaju mana, aku happy sebab aku berjaya sampai di Laban Rata sebelum jam 4.00 petang, tidak seperti yang diwar-warkan oleh guide aku yang hanya nak menakutkan aku, sekiranya aku sampai lambat, aku tidak dapat pergi briefing Via Ferrata di Pendant Hut. Aku tiba di Laban Rata lebih kurang jam 3.00 petang
 
Briefing via feratta di Pendant Hut

Selepas short briefing, aku terus ke Laban Rata Resthouse untuk dinner. Selepas dinner aku ke luar balkoni utk menyaksikan matahari turun. Sumpah cantik sangat saat tu. Beberapa kenalan baru turut mengambil gambar bersama. 
Kenalan di Kinabalu, yang kini menjadi kawan. Kami mendaki beberapa bukit dan gunung bersama selepas itu. Rosemarina Ahmad Tajuddin
Sunset at Laban Rata
Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Pusing kiri pusing kanan ada saja serba tak kena. Paha aku sakit dan berdenyut-denyut. Tambahan pula teman sebilik aku tidur berdengkur. Stress aku. Aku hanya terlelap selepas jam 10.00 malam dan bangun untuk mendaki jam 2.00 pagi. Badan lemah sangat dan semangat pun dah kurang. 
Dengan Rose lagi.
Aku sampai puncak lebih kurang 5.15 am sambil ditemani dan dipimpin oleh seorang guide bernama Well. Guide aku ntah ke mana dah kat belakang sana bersama 'lelaki' itu. Lantaklah, ada aku kisah? Haha. Well menolong aku mengambil gambar sepanjang aku berada di puncak. Dia jugaklah yang menemani aku turun ke tempat Via Feratta. Anak buah dia ntah ke mana jugak. Boleh pulak dia temankan aku sepanjang masa. 

Detik Via Feratta, akan aku share bila aku free nanti. Aku ada upload gambar-gambar semasa melakukan aktiviti tersebut. Sila click di sini.

Lepas habis feratta, aku turun dan breakfast di Laban Rata dan rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke kaki gunung. Aku tiba di Kinabalu Park lebih kurang jam 4.30 pm kot rasanya. Aku pun dah tak ingat dah. Menikmati lunch seorang diri membuatkan ramai yang menegur aku. Kenalan Air Asia mengajak aku untuk join mereka buat water rafting keesokan hari tapi aku menolak sebab flight aku tengah hari.

Overall, trip kali ini tak banyak beza dengan tahun 2010 dahulu. Perbezaan usia mungkin lah dulu 24 sekarang 26. Tak sangka jugaklah impian untuk mendaki Kinabalu sejak sekolah menengah tercapai jugak akhirnya. Angan-angan kosong rupanya telah berada dalam genggaman. Tahun 2013, aku akan mendaki Kinabalu buat kali ketiga. Kali ini beramai-ramai.

Tuesday, 30 August 2011

Pendakian Solo Gunung Kinabalu 2010

 A throwback
Sudah lama berimpian untuk menakluki gunung tertinggi di Asia Tenggara kini telah menjadi sebuah kenyataan. Penantian selama beberapa tahun akhirnya bertukar realiti. Perasaan puas dan seronok yang tidak terhingga sukar diceritakan, namun sesiapa sahaja yang mejejakkan kaki di Puncak Kinabalu tahu apakah perasaan yang dirasakan. Apatah lagi setelah melaui saat-saat sukar mengumpul wang belanja dan bayaran pendakian untuk merealisasikan impian ini.
Seperti yang kita sedia maklum, Gunung Kinabalu adalah gunung yang prominen yang paling tinggi di Asia Tenggara yang mempunyai ketinggian 4095.2 meter dari paras laut. Gunung ini terletak di Kinabalu Park, iaitu sebuah taman tropika yang mempunyai khazanah alam yang sukar ditemui di tempat lain. Masih terpelihara flora dan faunanya, keindahan di situ sungguh tidak ternilai. Dengan kesejukan udaranya, ditambah dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan, pasti akan meninggalkan kenangan indah buat pengunjung yang datang.
Pada awal rancangan serius saya untuk mendaki gunung setahun yang lalu, ramai juga rakan yang berminat untuk mengikut saya. Namun, kebanyakannya mempunyai masalah kewangan dan mereka diam begitu sahaja. Saya juga mempunyai masalah yang sama, namun semangat saya cukup tinggi untuk menjejakkan kaki di puncak Kinabalu. Saya melakukan kerja sambilan kerana saya masih lagi menuntut ilmu. Kerana semangat berkobar-kobar, apabila mendapat gaji bulan September 2009, saya menempah tiket penerbangan pergi balik ke Sabah. Saya menempah pula pakej mendaki di Kinabalu Park yang diuruskan sepenuhnya oleh Sutera Santuary Lodges pada Januari 2010. Tempahan perlu dilakukan seawal enam bulan sebelum pendakian sekiranya kita mahu mendaki. Ini adalah kerana jumlah pendaki adalah terhad. Bayaran boleh dilakukan 50% seminggu selepas tempahan dan 50% lagi dua bulan sebelum mendaki.
12 Jun 2010
Oleh kerana saya menetap di Semporna, Sabah di kediaman sahabat saya, maka saya terpaksa mengambil bas dari Bandar Semporna ke Kinabalu Park. Jam seawal 730 pagi saya sudah bertolak dan tiba di Kinabalu Park pada pukul 330 petang. Perjalanan itu sungguh memenatkan. Kepala terasa pening kerana jalan raya yang berliku-liku seperti mahu ke Cameron Highland. Khidmat bas Dyana sungguh memuaskan hati. Air mineral, ubat mabuk, plastic, dan makanan ringan juga disediakan di dalam bas.



Tiba di Kinabalu Park, saya tercengang-cengang sendiri kerana pertama kali sampai di sini dan saya tidak mempunyai kawan dan juru pandu. Namun, taktala melihat bangunan di Kinabalu Park yang cantik itu, hati saya terasa berdebar-debar untuk melangkah. Pendakian hampir tiba! Itulah debarannya. Setelah saya check-in saya masuk ke bilik yang dikongsi dengan pendaki yang lain.

Saya amat bertuah kerana teman sebilik saya masih belum menempah jurupandu untuk mendaki. Memandangkan saya berseorangan, saya mengajak mereka berdua untuk berkongsi guide kerana lebih murah. Saya lebih bertuah lagi apabila rakan saya adalah orang tempatan dan mereka mempunyai kenderaan sendiri. Oleh itu, saya menumpang mereka dari hostel ke kaki gunung tanpa menggunakan khidmat pengangkutan Kinabalu Park.

Suhu pada waktu malam di Kinabalu Park sudah memberikan gambaran suhu sebenar di puncak nanti. Perasaan tidak sabar menguasai diri untuk mendaki pada keesokan harinya. Apabila bangun pagi, saya, Sherly dan Alex (teman sebilik) menjamu selera di Balsam Café. Ketika ini, kelihatan puncak gunung Kinabalu yang tersergam indah. Kami masing-masing tidak sabar untuk meneroka pendakian yang telah dirancang.
Pemandangan pada pukul 630 pagi di kaki gunung

13 Jun 2010

Setelah mendapatkan guide, kami bertolak ke Timpohon, iaitu tempat permulaan pendakian kami. Di Gunung Kinabalu, terdapat dua starting point yang berlainan, Timpohon dan Mesilau. Menurut bacaan di internet dan mendengar sendiri daripada mulut guide kami, Mesilau adalah lebih mencabar berbanding Timpohon. Malah pemandangannya lebih cantik dan jarak ke puncak adalah lebih 1km dari Timpohon. Namun bagi saya, mana-mana trail sekalipun, tetap mempunyai cabaran masing-masing. Trail Timpohon lebih mudah kerana sudah lebih 30 tahun ia dibuka untuk pendakian umum berbanding Mesilau yang hanya beberapa tahun dibuka.

Bergambar sebelum mendaki

Lebih kurang pukul 830 pagi kami memulakan pendakian kami. Sambil berborak antara kami, saya mengambil gambar alam sekeliling. Kaki sedikit penat. Maklum sajalah kurang latihan dan otot baru hendak panas dan adapt dengan pergerakan badan yang melawan gravity bumi. Kami berhenti rehat di pondok yang disediakan. Sepanjang perjalanan kami, sebanyak tujuh pondok yang akan dilalui sebelum kami tiba di tempat penginapan kami iaitu Laban Rata. Di setiap pondok, terdapat tandas, tempat rehat dan air. Kita boleh menggunakan air itu untuk minum dan berehat sebentar untuk mendapatkan tenaga semula.
Pondok pertama – Kandis

Kawasan Gunung Kinabalu sememangnya amat terpelihara dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan asli dan binatang yang begitu mesra dengan kehadiran manusia. Di setiap pondok yang disediakan, anda pasti terhibur dengan gelagat tupai liar yang datang untuk memakan makanan kita. Perasaan penat hilang apabila melihat tupai-tupai itu seolah-olah bermain tarik tali dengan kita.


Perjalanan semakin mencabar apabila pendakian semakin lama. Suhu semakin sejuk dan kaki mulai kekurangan tenaga. Namun, kami tidak berputus asa kerana ingin cepat sampai di puncak. Saya mengeluarkan makanan ringan yang dibawa untuk mengisi tenaga dan mengelak daripada terlalu memikirkan kepenatan yang dirasai. Teman saya mengalami kepenatan dan kami mengurangkan kelajuan pendakian kami.

Flora yang terdapat di Kinabalu

Bergambar dengan dua adik beradik yang baru turun dari puncak

Kami tiba di Laban Rata agak lewat. Lantas, kami pergi ke restoran untuk menjamu selera. Saya sungguh berselera dan makan dengan banyak sekali. Ramai pendaki yang sedang menjamu selera di situ. Suasana agak kecoh mungkin kerana masing-masing sedang bercerita tentang pengalaman masing-masing di sepanjang lebih separuh perjalanan ke puncak Kinabalu. Ramai juga pendaki lain bertegur sapa dengan saya bertanyakan adakah saya ok. Setelah kekenyangan, saya naik ke bilik, dan berehat. Jam telah menunjukkan pukul 630 petang, dan badan saya terasa sakit lebih-lebih lagi di bahagian paha. Sempat lagi saya menghubungi kawan-kawan saya di Semenanjung untuk memberitahu keadaan saya.

Pemandangan dari Restoren Laban Rata
14 Jun 2010
Saya bangun dari tidur pada jam 200 pagi kemudian saya supper di restoren. Setelah melakukan regangan badan, kami memulakan sisa pendakian untuk ke puncak. Suhu amat sejuk ketika itu. Setengah jam pendakian, saya mengalami sedikit kesesakan nafas. Badan berpeluh biarpun keadaan amat sejuk kerana saya memakai tiga lapis baju dan satu baju panas tebal. Kaki sangat lenguh dan saya seakan-akan tidak terdaya lagi untuk mendaki. Saya mula mengawal nafas saya dan berjalan perlahan-lahan serta tidak banyak berhenti di sepanjang perjalanan. Dengan itu, saya sudah tidak merasa penat lagi dan kaki semakin kuat. Apabila sudah kelihatan puncak gunung, perasaan saya berkobar-kobar untuk menjejakkan kaki di sana.

Hampir di puncak

Saya tiba di puncak kira-kira jam 550 pagi. Saya amat seronok kerana penantian saya selama ini sudah tercapai. Suhu semakin sejuk. Akan tetapi, kegirangan mengatasi segalanya. Pendaki-pendaki lain sedang bergambar di papan tanda puncak. Saya menunggu giliran saya. Puncak Kinabalu yang agak sempit tidak boleh memuatkan ramai pendaki untuk bergambar kerana ia amat berbahaya. Terdapat dawai besi yang memagari puncak untuk mengelakkan pendaki terjatuh ke gaung yang amat tinggi dan curam.

Angin amat kuat di atas sana. Dengan memakai windbreaker, ia dapat mengurangkan pergeseran angin yang boleh membuatkan kita bertambah sejuk. Semasa saya membuka sarung tangan untuk menukar bateri kamera, tangan saya seperti beku kerana suhu amat sejuk. Pemandangan dari puncak amat cantik. Awan-awan yang berkepul meliputi bukit bukau memukau pemandangan. Kelihatan batu-batu pergunungan yang kukuh menjadi asas keteguhan puncak gunung. Dengan tiupan angin dingin kami sama-sama melihat keagungan ciptaan Tuhan apabila matahari terbit dari jauh. Masing-masing terpaku dengan keindahan tersebut dan tidak mahu melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan dalam album masing-masing. Jam menunjukkan lebih kurang jam 630 pagi dan langit sudah menjadi cerah.

Puncak Kinabalu


Setelah penat bergambar, kami memulakan langkah turun dari puncak. Kami tidak disarankan berada terlalu lama di atas puncak kerana kemungkinan untuk mengalami hypoterma yang boleh membuatkan kesejukan yang melampau. Pemandangan yang indah dapat dilihat dengan jelas berbanding semasa mendaki ke puncak yang amat gelap.


Puncak selatan






Setelah sarapan pagi di Laban Rata, kami mengemas untuk turun ke kaki gunung. Kaki terasa berat untuk kembali ke kaki gunung. Perasaan belum puas untuk mendaki lagi. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa teman yang dikenali di situ dan mula berjalan turun ke bawah. Ada juga pendaki yang berlari untuk lebih cepat tetapi ia tidak digalakkan kerana boleh membuatkan lutut dan tumit sakit. Kepada pendaki yang mempunyai kekuatan yang lebih, mereka lebih gemar untuk berlari. Sempat lagi saya mengambil gambar-gambar pemandangan yang terdapat di sekitar jalan. 





Saya mengambil sijil pendakian yang berwarna dan membayar RM10. Akhirnya, saya dapat merealisasikan impian saya untuk mendaki Gunung Kinabalu. Pendakian ini sungguh bermakna buat saya kerana banyak kenangan pahit manis sebelum, semasa dan selepas saya berusaha untuk berada di puncak Kinabalu. Barangkali, ramai yang memandang remeh dan menganggap adalah mudah untuk mendaki Kinabalu, tetapi, percayalah, setiap pendakian, pengalaman dan cabarannya amat berbeza. Kita tidak boleh berlagak pandai kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku semasa pendakian. Bayangkan seorang lelaki yang telah banyak mendaki juga tidak boleh sampai ke puncak, renungkan..Dan saya pasti, saya akan kembali ke sini lagi untuk pendakian yang kedua melalui Mesilau suatu hari nanti. 

-TAMAT-
Tips mendaki
·         Jalani latihan yang cukup seperti jogging supaya otot tidak terkejut dengan pendakian yang memerlukan banyak tenaga. Belajar untuk bernafas dengan perlahan dan kawal pernafasan.
·         Bawa makanan ringan seperti raisin, coklat, gula-gula, energy bar, dan kekacang
·         Bawa pakaian tebal, stoking, snow cap, seluar yang menyerap peluh dan tahan sejuk, sarung tangan cotton, beg mendaki yang selesa
·         Tempah pendakian enam bulan sebelum mendaki
·         Bawa wang yang lebih untuk sebarang keperluan
·         Tanam semangat yang tinggi dan tidak mudah mengalah.
·         Rancang perjalanan dengan teliti.