Selepas aku puas berjalan di market, aku keluar dan mencari port untuk berehat. Sekarang ni badan dah tak setough dulu. Cepat penat dan lesu. Mungkin sebab body weight aku drop rasanya.
Mata aku tertancak pada seorang ibu bersama anak perempuan kecilnya, mungkin berusia sekitar 2 - 3 tahun. Si ibu menjual sedikit barang-barang perhiasan dan cenderahati. Aku singgah sebentar di situ, duduk bersama mereka, berbual mesra dan mendengar cerita kakak yang serba sederhana.
Aku memberikan buah mangga yang aku beli tadi kepada anak kecilnya. Aku memperkenalkan diri dari Malaysia, dan kakak itu sangat teruja. :-)
|
Menara Jatujak Park |
|
Taman yang cukup bersih dan dijaga rapi. Bersih sangat taman ni. |
Kemudian aku berangkat ke hujung taman, di tepi tasik buatan di sebelah timur taman. Menemani aku adalah ribuan burung merpati yang tanpa segan silu datang mencari makanan. Kelihatan pasangan-pasangan bercinta, keluarga sedang beriadah, tidak ketinggalan juga sahabat handai yang agaknya baru lepas shopping di market, penat dan berehat di sisi kolam. Macam aku.
|
Tasik di taman |
Sambil mendengar lagu-lagu dari telefon bimbit aku, aku melihat sekeliling. Mengambil gambar burung jinak itu dan memerhatikan gerak geri lucu burung-burung itu. Ada yang berebut mengambil makanan, ada yang terbang sana sini, ada yang sedang memikat burung lain, ada juga yang mamatuk sesama sendiri. Aku jadi enjoy pulak tengok burung-burung merpati tu sehinggakan aku tak perasan aku berada di situ tanpa pedulikan sesiapa selama satu jam setengah. Gila.Bila aku sedar, rupanya ramai orang kat belakang aku duduk atas tikar.
|
Tahu burung ni tengah buat apa? Nak menarik perhatian pasangan tu! |
|
Seorang wanita sedang memberi makan burung-burung merpati |
|
Elop baby!!! Cute sangat beratur nak minum air. Betul-betul sebelah aku. Geram tengok |
|
Tauke sewa tikar tengah gulung tikar. Haha |
|
Pemandangan taman yang sangat cantik |
Note: anda boleh sewa tikar di taman Jatujak dan tinggalkan tikar tu bila nak berangkat. Tapi kena bayar dulu masa nk sewa. hehe
nice capture.. burung tu beratur nak minum air.. :D
ReplyDeletekalau di pakistan.. dah lama kene tangkap pastu kene sembelih :P hahahaa..
Comel sgt kan...mcm sayeeeeee...hahaha
Delete