Sunday, 10 November 2013

Broga Hill: Riadah Ringan Bersama Sahabat (second visit)

Broga Hill : 09112013
Aku tak perlu perkenalkan lagi di mana itu Broga Hill @ Bukit Broga kerana bukit ini sudah cukup terkenal di Klang Valley. Setiap hujung minggu pastinya Broga menjadi tumpuan siapa-siapa sahaja yang mahukan riadah dan kehijauan. Trek yang amat senang dan luas, struktur tanah merah yang lembut dan lembab, lalang menghijau yang cukup memukau, pastinya memberikan kenangan kepuasan kepada setiap pengunjung.

Broga Hill: Fascinating and cool hill to visit
Ketinggian: Tak pasti
Difficulty: Amat senang
Rate: 2.5/10
Tarikan: Lalang yang cantik serta batu-batuan menarik
Jarak Trek: 1.7km
Masa Trek: 30 minit - sejam bergantung kepada faktor fizikal badan, cuaca sama ada hujan atau tidak, dan faktor kesesakan dengan pengunjung.

Kedatangan aku kali ini adalah bukan yang dirancang. Mungkin sebab sudah terlalu lama tidak bersenam, aku ikut saja member aku ke sini. Seronok dapat beriadah bersama rakan-rakan.

Note:

* Terlalu ramai pelajar sekolah yang membanjiri Broga. Trek memang sesak, dan aku kurang gemar kesesakan macam ni. Mungkin kerana Broga amat mudah dan terletak di pinggir bandar, ramai yang ingin ke sini.
* Kami mendaki jam 7.00 lebih
* Di pertengahan trek, perut aku memulas sampai meremang bulu roma. Al maklumlah tiap pagi sure ke toilet. So, nak tak nak terpaksalah cari port untuk project. Ita temankan aku masuk dalam hutan yang jauh sedikit dari trek dan terdapat satu batu besar di situ. Hehe. Terpaksa. 

4 comments:

  1. hahahaa.. bee salah seorang pencemar alam.. meninggalkan sisa toksit di belakang batu tempat org berehat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. terpaksa takde pilihan time tu. tapi port mmg baik sbb jauh dari trek utama..hahaha

      Delete
    2. dulu kat afrika time hiking di Zambia.. pernah gah buat sebab sebelum naik diorang ajak minum teh susu panas.. sampai atas je terus cari port hahaha.. tapi tak pe la ..boleh jadi baja pokok hehehhee.. :P

      Delete
    3. Teh susu plak tu...haha. mmg kompem memulas.. sempat tak cari ke terrr...tengah2 jalan..haha. sy ms panjat gnung datuk pun penah kena sekali..terpksa.h

      Delete