Monday, 14 October 2013

Melawat Killing Filed a.k.a Padang Pembunuhan, Phnom Penh, Kemboja

Terletak lebih kurang 18 kilometer dari Bandar Phnom Penh, kedudukan geografi yang agak pedalaman, adalah lokasi yang cukup strategik untuk pembunuhan. Itulah persepsi aku apabila menjejakkan kaki aku di Killing Field ini. Cuaca tidak mengizinkan aku bergerak pantas kerana hujan sangat lebat melanda bumi Phnom Penh ini. Dengan hanya menaiki tuk-tuk, aku diberikan payung kecil untuk melindungi badan aku daripada basah. Tuk-tuk yang aku naiki ini tidak mempunyai penghadang seperti  tuk-tuk yang lain. It’s okay. Aku suka hujan sebenarnya, so aku tidak kisah sangat. Asalkan aku tidak basah lencun sudah.

Tiba di Killing Field, banyak pelancong dari pelbagai negara berada di situ. Masing-masing dengan keluarga dan sahabat handai. Kaunter tiket terletak di dalam pagar. Bumbung kaunter tiket agak bocor sehinggakan air hujan menitis ke atas aku. Aku membeli tiket di situ.

>> Harga tiket masuk: USD3.00
>> Harga peralatan audio: USD3.00
>> Jumlah: USD6.00
Hujan baru reda setelah aku dah habis tawaf Killing Field
Choueng Ek merupakan padang pembunuhan paling terkenal di Kemboja. Terdapat lebih daripada 300 padang pembunuhan lain di seluruh negara. Aku tidak sempat melawat Muzium Genosid Tuol Sleng di bandar Phnom Penh kerana hujan lebat dan kesuntukan masa. Amat rugi sebab tak dapat pergi, tapi nak buat macam mana, mungkin next time boleh datang lagi sekali.hehe.

Aku sarankan, jika mahu melawat Killing Field, adalah lebih baik anda menyewa audio story teller. Anda boleh pakai headphone tersebut dan mendengar cerita-cerita sejarah mengenai Killing Field ini. Apa yang bagusnya adalah audio ini mempunyai pelbagai bahasa. Dan pastinya aku memilih Bahasa Melayu. Senang faham. Jangan ketawa pula sebabnya bahasanya agak skema. Haha. 
Peta lokasi yang disertakan dalam pamplet Pusat Genosid Choeung Ek
Semasa melawat KF ini, anda akan dibekalkan dengan peta lokasi setiap check point. Menariknya, penceritaan audio boleh dipilih berdasarkan check point dalam peta. So, katalah anda kini berada di check point no 3, anda boleh pilih audio no 3 untuk mendengar mengenai sejarah yang berlaku.

Amat sedih dan meruntun jiwa sebenarnya bila datang sini. Satu pengalaman yang berharga bagi aku walaupun tidaklah faham sepenuhnya kisah di sebalik sejarah Khmer Rouge. Pembunuhan sesama manusia tanpa belas kasihan, kekejaman Khmer Rouge terhadap penderitaan penduduk yang dipaksa bekerja tanpa rehat dan makan, serta banyak lagi cerita sedih yang anda boleh tahu di sana.

Sepanjang lawatan aku ke KF, hujan tidak berhenti walaupun renyai-renyai. Aku yang hanya memakai selipar jamban berwarna hitam agak licin, dan aku meminta kebenaran pihak museum untuk berkaki ayam. So, berjalanlah aku di segelinap KF dengan membawa payung dan tidak berkasut. Haha.

Tiba di satu check point di mana tempat gigi dan tulang ditanam, aku terkejut sangat, sebabnya aku nampak tulang!! Then, aku terus terpandang kaki aku yang tak berlapik apa-apa. Oh mak kau, geli geliman rasanya. Aku terbayang macam-macam masa itu. Geli, busuk, darah, lender dan macam-macam, padahal benda ni telah lama berlaku. Haha.

Suasana sejuk membuatkan aku berasa seram sejuk. Aku berjalan seorang diri di kawasan pembunuhan, tempat di mana manusia disembelih dan dipenggal kepala, mayat dicampak-campak dalam lubang, gigi dicabut, eeeiiii…memang seram sangat rasanya. Aku dahlah bukannya jiwa kental sangat pun. Meremang bulu roma aku.

*Note   : Anda boleh sewa tuk-tuk untuk ke sini. Banyak tour agent yang boleh dapat di Bandar dengan pelbagai harga. Aku menyewa tuk-tuk selama satu hari untuk melawat semua tempat.

P/S: If aku salah bagi maklumat, tolong tegur ya..
Pass lawatan masuk ke Killing Field

Audio tool

Setiap check point yang mempunyai tanda/simbol audio. Boleh pilih audio list nombor yang sama dengan gambar untuk mengetahui cerita di sebalik lokasi terpapar.

Stupa peringatan

Pakaian kroni-kroni Pol Pot ketika pemerintakannya pada tahun 1975-1979. Pol Pot memerintah 3 tahun dan beberapa bulan. Dalam pemerintahannya, hampir 30% rakyat atau lebih kurang 3 juta rakyat Kemboja yang tidak bersalah mati sia-sia atas dasar yang Pol Pot laksanakan iaitu "Year Zero" yang mana bandar dikosongkan dan rakyat dikerah ke luar bandar untuk bekerja siang dan malam tanpa rehat dan makan etc...

Suasana dalam muzium

Muzium


Pada penghujung 1980, beberapa kubur ditemui. 86 daripada 129 kubur digali semula dan 8985 mayat ditemui.  Salah satu kubur terdapat 166 mayat tanpa kepala manakala terdapat satu kubur lain di mana lebih dari 100 mayat wanita majoritinya didapati berbogel dan tengkorak anak ditemui bersebelahan. Kubur yang paling besar mengandungi 450 mayat.
Alat-alat yang digunakan untuk pembunuhan

20 mangsa yang tengkoraknya terdapat di Muzium ini

Kubur 450 mangsa kekejaman rejim Pol Pot

Kubur Cina: Serpihan tulang dan gigi

Pondok bersebelahan dengan kubur 166 mangsa yang tidak berkepala. Hujan yang lebat mengehadkan pergerakan, but overall not too bad.

Aku berlatar belakangkan stupa peringatan di Pusat Genosid Choeung Ek. AKu tidak berkasut sepanjang berada di sini.

Tengkorak yang dikumpulkan diletak dalam stupa untuk tatapan pengunjung sebagai proses pembelajaran dan peringatan

View sebelah tasik di sekitar lokasi

Jalan yang luas dan bersih..

9 comments:

  1. Memang sedih.. lebih 300,000 orang mati di bunuh di Killing Filed tu sahaja..
    Dan rekod Pol Pot ialah membunuh lebih 3 juta orang di Cambodia dalam masa tak sampai 3 tahun.. memang kejam.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sedih.. ada kes makcik tu diberi pisang dua biji, then guard tanya dia mana dia curi, makcik tu kata ada org bagi, guard tak caya, then kena penggal macam tu...sadis sgt dgr...

      Delete
    2. ada cerita lain.. sekumpulan 5 org askar Pol Pot melihat seorang ibu yg sarat mengandung.. berkata seorang dari askar..cuba korang teka anak dlm tu laki atau perempuan.. lepas meneka mereka tembak dan potong perut ibu itu just semata nak tgk laki tau perempuan.. mmg sadis ;(

      Delete
    3. Kejam nak mampus.. Manusia berhati binatang..binatang pun lagi mulia..

      Delete
    4. betul tu.. nasib baik Pol Pot perintah selama 3 tahun jer.. kalau 10 tahun tak tahu la.. mungkin tak wujud orang langsung kot kat Cambodia ..

      Delete
  2. Kalau 10 tahun alamatnye xde lgsg la org Cambodia kan.. yg dibunuhnya plak org2 berpendidikan, org belajar tinggi, patut la Cambodia masih berada dalam kemiskinan sebab baru bebas dari jajahan sendiri.. Me rugi sbb tak sempat melawat Tuol Seng penjara tu..hujan lebat aritu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 tahun bukan manusia jer pupus.. binatang pun xde kot ... sebab cara diorang mmg zalim sezalim nyer lah..
      oh Toul Seng Prison tu.. sebuah kawasan university yg di jadikan penjara dan tempat penyeksaan dan pembunuh oleh askar Pol Pot..

      Delete
    2. 3 tahun dah bunuh hmpir 30% populasi org sana, klu 10 tahun, jadi padang jarak padang terukur la gamaknye. then ada tgk video dia kata bkn dia yg suruh pembunuhan tu dilakukan. nasib dah mati Pol Pot tu.

      Delete
    3. Memang lama sangat perbicaraan Pol Pot tu.. sampai tua dan sampai mati perbicaraan dia tak abis.. banyak sgt kes dia.. mati sebelum di jatuh kan hukuman.. tau kan pasal tentera pembunuh Pol Pot tu.. di latih dari kecik tak ade perasaan .. keje membunuh je dia tahu..

      Delete