Sunday, 2 March 2014

Everest Base Camp ~ Costing, Training & Fitness Plans

Aku sememangnya sangat excited nak pergi Everest Base Camp ni. Dulu plan kosong je tanpa apa-apa. Tapi sekarang nak tak nak, dah kena plan betul2 sebab tiket dah beli. Last time, few friend yg tak pernah kenal contact aku lepas tahu aku nak pergi sana. But at that time, aku belum betul2 plan lagi. Bezanya kali ini, aku WAJIB plan betul2 dah. Tak boleh main2. 

Kos & Planning EBC:

Return flight tiket KL-KTM: aku beli ketika Air Asia. MAS pun ada atau Thai AIrways pun ada. Alhamdulillah aku dapat RM734 sahaja termasuk luggage masa balik. Masa pergi aku tak ambil luggage.

Trekking trip: Ini yang paling penting sebab  salah pakej akan efek semua benda. Aku tengah cari bets price untuk trip aku. Aku ada kenal guide dekat sana dia bagi USD750 tapi tak termasuk Lukla-KTM domestic flight. Aku cari jugak yang lain. Kebetulan aku ada kenal group Putrajaya yang sedang buat program mendaki Mt Everest under Persatuan Rekreasi Putrajaya. Hope kawan aku boleh tolong dapatkan best price untuk aku. Minta2 la..

Attire & Equipment: Ini penting! Kalau tak cukup dan tak sesuai, boleh mengundang padah. Sebabnya time aku trekking nanti adalah permulaan nak winter. So suhu dia lebih sejuk compared trekking time Apr, May & June. My friend suggest untuk pergi sehelai sepinggang shj nnt semua beli kat sana sebab murah dan banyak pilihan. Ada yang fake dan ori. So kena pandai pilih. Ada few things yang aku akan beli dari sini jugak. Packing Listing tengah buat sekarang dan aku dah start beli 1 barang penting. Nak beli seklai gus memang pokai la nanti. So, satu bulan satu barang.

Training & Fitness: Hah! Ini juga penting! Memandangkan aku ni ada masalah dengan BMI aku, atau lebih spesifik lagi aku ni underwieght. Haha. So aku kena dapatkan berat yang ideal sebelum aku ke sana. Minimum 5kg dan maksimum 13kg. Bukanlah tak boleh ke sana, tapi kena prepare fizikal dan mental yg cukup memandangkan ini adalah solo trip. Apa-apa jadi, aku kena tanggung sendiri. Yang lain serahkan padaNya. 

Aku ada 8 bulan untuk build muscle dan fitness. InsyaAllah, dua bulan aku nak naikkan berat, dua bulan untuk maintainkan berat dan empat bulan lagi untuk stamina dan kardio training. Tak tahu lah macam mana. Aku hanya mampu merancang je.

March & April: Gain weight
May & June: Maintain weight
July - October: Fitness & stamina (July bulan puasa, so kena expect berat turun balik time tu. So, August adalah bulan paling tough)

Aku harap sangat aku dapat jejakkan kaki ke sana. InsyaAllah.



13 comments:

  1. Bangga nyer.. u dah nak naik Everest.. will pray for u.. All the best Bee..
    Insyallah moga semua urusan dipermudahkan Allah ... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan everest afif..cuma base camp je..siapa2 pun boleh..InsyaAllah niat baik, hrp dipermudahkan...

      Delete
    2. Yeah but to go Kathmandu tu... memang cabaran.. amin moga dipermudahkan.. always pray for u... Malaysia Boleh..!!!! eh aku pulak semangat lebih hehee :p

      Delete
    3. Malaysia boleh! Hope Bee pun boleh!! Thanks Afif...

      Delete
  2. ada kawan pernah g sana. 7hari pegi/7hari balik, tak mandi, and cuaca sejuk gile, memang kena gain lemak banyak2, oleh tu kena g makan ayam penyet wong solo ni. hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe arif..balik EBC confirm2 akan kurus lagi..naya ooo. haha. 14 hari tak mandi bakal menjadi sejarah tu..mai la klu nk makan..

      Delete
  3. semoga dipermudahkan semua urusan, diberikan kesihatan yg baik dan Berjaya mencapai misi!
    Bangga sama kamu Bee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. Thanks ada doa dari awak... Sy hrp semuanya berjalan dgn lancar.. Jom la ikut sy..

      Delete
  4. Semoga semuanya dipermudahkan dan berjaya dlm misi. Nak minta tolong buat log....tahun depan ada hajat untuk kesana gak.

    ReplyDelete
  5. Can I join your trip to EBC? My plan was April 2015. Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Are you a solo hiker? Can I join you. Since I'm going next season alone. If agree. We can make it together. Thanks.

      Delete