Sunday, 10 November 2013

Broga Hill: A Leisure Trekking

Broga Hill: 19022012
Alang-alang tadi aku post pasal Bukit Broga second visit, ni aku post sekali first visit aku ke sana. First time aku datang sini adalah selepas panjat Gunung Kinabalu. Hehe. So, rasa macam makan kacang poi lah orang Kedah habaq. (Kacang poi itu adalah sejenis kacang berbentuk bulat, berwarna coklat cream, dan kacangnya berwarna purple). Haha. Mesti ada yang muntah baca post aku ni.

Program ni khas aku buat untuk teman-teman ofis yang beginner hiker atau first timer. Malam itu, hujan turun dengan lebat dan aku menjangkakan trek akan licin namun tidak melemahkan semangat kami untuk meneruskan rancangan kami. Kami bertolak dari Shah Alam jam 4.00 pagi ke Semenyih. Masing-masing bawa torchlight. Impian untuk meilhat matahari terbit sememangnya tidak berjaya.

Broga Hill: Pose model lalang kejap. Hehe
Kawan-kawan dan pakcik-pakcik
Kecian Broga Hill botak sebelah sebab terbakar. Sedih tengok
Hah, tadi aku sebut pasal kacang poi, so ni aku share sikit gambar kacang poi. Kalau ramai yang tak tau, inilah dia rupanya kacang poi. Nama kat tempat lain aku tak pasti pulak.Aku copy gambar dari internet saja. Emak aku used to farm kacang poi jugak masa aku sekolah rendah dan menengah dulu. Memang best time nak cabut pokok dia dari batas tanah berbentuk bulat. 

Mudah dimakan. Picit je dah keluar isi. Sebab tulah kalau apa-apa saja yang mudah, orang Kedah akan cakap macam kacang poi. Hehe.


Kacang Poi: sedap lemak-lemak rasanya
Pokok Kacang Poi

4 comments:

  1. Kacang poi tak pernah tahu.. tapi dulu kat africa .. village people ada kasi mkn kacang.. bentuk serupa tak tahu la poi or not :P
    tapi yang penting sedap hehehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap lemak2 rasanya.. isi lembut je..maybe sama kot.. awat tak bawa balik.haha

      Delete
    2. masa tu tgh travel hitchhike.. tak fikir dah nk simpan ke nak bawa balik ker hahahahaa :P

      Delete
    3. Maybe sama la tu klu rupa dia sama...

      Delete