Friday, 12 September 2014

Gunung Nuang via Janda Baik

30 Aug & 06 Sep 2014

Gunung Nuang sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebuah gunung yang popular dan mencabar. Terdapat dua trek yang boleh diakses iaitu Pangsun dan Janda Baik.

Pangsun jauh lebih sukar dan panjang manakala Janda Baik lebih mudah dan pendek treknya. Namun begitu kedua-keduanya mempunyai kekurangan dan kelebihannya tersendiri. Tak semua orang mempunyai persepsi yang sama. Dua kali mendaki melalui Pangsun membuatkan aku sedikit fobia dengan trek balak yang sangat panjang. Tapi pengalamannya cukup menarik.

Janda Baik punya lebih kurang separuh dari trek Pangsun. Aku lebih menyukai Janda Baik. Trek yang sentiasa mencanak, landai hanya sedikit, tetapi canak yang tidak keterlaluan. Trek ini bagus untuk training kaki. Mula-mula planning awal aku mahu melakukan training di tangga Batu Caves sahaja, tapi almaklumlah, aku ni cepat bosan dengan benda yang repetitive. So aku memulakan latihan (dah terlewat sedikit dari jadual sebab selalu sakit) di Nuang via Janda Baik. Anda boleh cari lokasi parking kereta Janda Baik di GPS N3.26646 E101.90060

Menjalani latihan di sini sedikit sebanyak membantu aku membina stamina yang semakin kurang dengan bertambahnya usia aku ni. Hehe. Tambahan pula aku dah jarang joging, balik keje ada saja benda yang setel. So nak tak nak, kena cari tempat jugak untuk latihan. EBC tak lama lagi dah. Tak boleh main-main dan manja sgt diri. Trek ini bagus untuk training. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya, mula-mula kita trek dari kebun dan lalang, mengambil masa lebih kurang 25 minit dan 45 minit sehingga ke sungai dari check point parking kereta. Ini boleh dikatakan warm up dahulu sebab belum betul2 mencanak.

Lepas tu, barulah pendakian sebenar. Trek mencanak dan ada sedikit landai tapi landai memang tak banyak. So, kaki kita taklah rasa kejap naik turun. Tak manja. Trek ni dia kasi up sikit-sikit. Kaki boleh belajar untuk lebih kuat dan tahan lasak. Hurmmm..merepek aku ni. Hahaha 
Bagi aku, Janda Baik bukan sahaja menjanjikan trek yang bersih, mudah, dan canak, malah menhidangkankan sesuatu yang lebih indah. Pemandangan sepanjang pemanduan ke tempat letak kereta cukup cantik. Udara cukup segar dan mendamaikan. Walaupun sudah jam 9.00 pagi masih sejuk dan berkabus. Cuaca dingin menghilangkan lelah bekerja sepanjang minggu dengan asyik menghadap komputer. Dan semasa trekking, kita akan melalui kebun-kebun sayur yang cantik dan memukau mata. I love it! ♥

Last two week, aku mendaki bersama Nizam dan bertemu group sahabat lama dia puncak. Last week aku mendaki pula bersama sahabat dari Melaka. Perjalanan roughly mengambil masa 3 jam naik dan hampir dua jam turun mengikut stamina masing-masing.

bersama Paklah, dari Johor

Me at peak
 Last week, one of us mengalami kekejangan kaki yang tahap serius, perjalanan kami mengambil masa lebih lama. Bukan senang nak mendaki dengan kaki yang diserang kekejangan. Kalau injured confirm-confirm tau sakit, tapi kejang kaki lagi menyiksakan sebabnya dia serang secara gradually. Kejap-kejap otot tarik. Kesian sahabat kami. Tapi kami semua berjaya sampai puncak dengan jayanya dan meraikan kejayaan kami dengan nasi lemak sedap dan teh o specail. Hehehehhe.
Aku dan bersama Amras dan Naz

sahabat dari Melaka

kami berempat


8 comments:

  1. Terbaek.. Makasih ya bee menjadi guider Dan sahabat kami.. Cuaca cukup mendamaikan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah projek terjah ni berjaya even langsung xder preparation... ni dah tahap saru ngan kejer n rindu ngan bau2 hutan...tenang n nyaman...itulah jika Allah SWT izinkan apa yang kita buat akan berjalan lancar...Tq bee coz sudi join sekali..hihi..bila pk2 balik dah redah sorg2 mmg patah balik...hahahah...gud luck amras n bee.Semoga kalian berjaya menakluki ABC n EBC...amboo xdapat join tp cukupla sekadar tukang support..mungkin satu hari nanti InshaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Naz & Amras..trip terjah Nuang kita ni best boleh share byk perkara antara 1 sama lain.. susah senang sama2 gitu kan..jnji semua berjaya sampai puncak walaupun byk cbran..kan?

      Thanks atas doa anda. Sy jnji pd diri sendiri, sy akan cuba mana mampu shj, 17 hari di sana seorang diri rasanya sgt mencabar.. InsyaAllah, sy cuba mana mampu dan semangat kawan2 bersama sy..

      Delete
    2. Salam Besh Shimatado,
      Saya nak tanya trek janda baik ni ada tmpt camp site x?
      TQ. -mr.Byne-

      Delete
    3. ada tapi kat bawah. sorry lambat sgt balas dah lama xbuka blog ni.huhuhu

      Delete
  3. belum pernah panjat gunung nuang..... nanti nak ajak geng2 pergi ke sini sebagai preparation untuk misi KK tahun depan.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuang is a good place for training.. Both hulu langat dan janda baik bagus.. pergi lah nanti..KK bila?

      Delete
  4. Mohon beriklan diruang tuan ya.

    TEBING TINGGI BACKPACKER
    MOUNT GUIDE SERVICE
    nuang via janda baik/pangsun
    Will arange:
    -permit
    -police report
    -nature guide
    -1st aid kit
    -tent rental

    ANDY 017-9997790
    wataps/sms/cal

    ReplyDelete