Monday, 30 September 2013

Makanan Halal Di Siem Reap, Kemboja

Bukan senang untuk mencari makanan halal di sini kerana kebanyakan penduduk di sini adalah bukan Muslim. Di Phnom Penh pun agak sukar untuk mendapatkan makanan halal di situ. Bukan tidak ada, tapi susah untuk cari. Di Siem Reap, rata-rata kedai adalah kedai Khmer yang menyajikan makanan berasaskan daging pork , western, dan sebagainya. Kalau ada ayam pun, tetap ada jual makanan yang tidak halal bersama.

Aku tinggal di Garden Village Guesthouse, sedikit ke belakang dari Pub Street, Night Market, dan Old Market yang mana tempat-tempat tersebut adalah kawasan tumpuan pelancong. Jika berjalan dari situ, ianya hanya mengambil masa lebih kurang 5-10 minit bergantung dengan speed lah. Haha.

Malam pertama di Siem Reap, aku menikmati makanan di Muslim Family Kitchen Restaurant yang dimiliki oleh Mat Nor terletak di Steung Thmei Village, Svangdangkum Commune, Siem Reap Town. Dengar macam pelik dan jauh je kan, tapi sebenarnya sangat dekat dari tempat-tempat yang aku sebut tadi. Cumanya, jalan nak ke situ kena ambil simpang so, kalau tak biasa mungkin boleh sesat. But anyway, nanti aku akan letakkan peta untuk ke situ dan maklumat lengkap kedai tersebut bila aku balik Malaysia nanti. Sekarang ni aku baru lepas balik makan dari kedai tersebut. Untuk ke kedai ini dari Garden Village sangat dekat. Hanya 3 minit jalan kaki. Kawasan ini agak gelap sedikit. Tapi ianya selamat.Di hujung kampung terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Neak Mah.

FYI, kawasan ini adalah kawasan penduduk Islam terbesar di Siem Reap. Ada beberapa kedai makan Muslim di situ. Boleh lah cuba nanti.

Menu yang ditawarkan tidak banyak pilihan, namun, haaa... sedap! Aku makan ayam goreng berlada resipi orang Khmer. Memang seap dan pedas hingga meleleh hingus. Sambal belacan dia pun sedap. Menu makanan paling murah USD3.50 manakala minuman USD1.00 ke atas. 
Ayam pedas Khmer memang sedap

Nasi goreng USD4.00

No contact pemilik restoren

Lokasi perkampungan Islam di Siem Reap terletak di bawah dalam map
Suasana kedai makan pada waktu malam
Puas hati makan kat sini sebab layanan darippada pekerja dia dan tukang masak sangat baik. Mereka datang berborak dengan aku sambil temankan aku makan. Mungkin sebab aku datang seorang diri, tapi bagus lah. Masa aku makan, datang seorang wanita bertudung dari Switzerland bersama anaknya, Taj dari Pakistan. Sopan je orangnya.

Sambil-sambil tu mereka pasang lagu Melayu jugak. Kedengaran lagu Anak Kampung. Haha. Okaylah, if ada soalan tentang kedai ni, bolehlah email kat aku. I will try my best to help.

**Additional
 Selain itu, terdapat juga Cambodian Muslim Restaurant di kawasan yang sama. Terletak sebelum kedai yang aku makan tadi. Rupa-rupanya kedai ini adalah milik kawan aku, Yan Soffy. Aku baru tahu setelah aku balik ke Malaysia. Yan adalah seorang yang sangat peramah dan cukup membantu, malah, ketika di Siem Reap, Yan dan kawan-kawannya Lin, serta ramai lagi membawa aku ke kampung mereka untuk menikmati suasana kampung di sana. Yan bekerja di Garden Village Guesthouse tempat aku menginap.
Cambodian Muslim Restaurant milik Yan Soffy

3 comments: