Tak salah bermimpi jika kita tahu bagaimana caranya untuk menggapai mimpi-mimpi itu...
Jika mimpi indah itu diselitkan bersama usaha yang konsisten dan stabil, tiada apa yang mustahil untuk digenggam. Aku berani bermimpi semula setelah banyak air mata jatuh dan putus asa kerana dugaan hidup yang tak pernah putus. Keazaman dan nekad penting bagiku kerna tanpanya, aku sudah pasti bukan diri aku seperti sekarang. Aku tidak kaya, tidak mewah, tapi aku masih boleh mendapat apa yang aku mahukan. Aku usaha sendiri tanpa siapa-siapa. Jatuh bangun aku, hanya aku sahaja yang tahu. Tiada siapa di dunia ini yang faham dan boleh memahami jiwa aku.
Hurrrmmm... ada tak siapa-siapa yang nak pergi Everest Base Camp (EBC) dengan aku pada Oct 2013 nanti? Aku merancang untuk buat trekking di sana at least first and last in my life. Setakat ini aku hanya merancang seorang diri. Aku sudah ada tour guide namun masih giat lagi mencari tour lain yang sesuai. Bukan senang untuk cari tour yang bagus apatah lagi aku seorang perempuan. Banyak cabaran nanti. Mungkin bagi sesetengah orang, Oct 2013 masih terlalu jauh, tapi sekiranya betul-betul serius, setahun adalah jangka masa yang pendek sahaja. Bukan lama sangat pun. Masa ini boleh digunakan untuk survey flight ticket yang murah. Hari itu, paling murah adalah MYR900++. Sekarang MYR1200++.
Aku berdoa agar impian aku yang sukar ini menjadi kenyataan. Tidak mustahil!
Aku mencari seorang teman atau lebih, yang betul-betul serius untuk trekking selama hampir dua minggu di sana. Aku tak kisah untuk ke sana seorang diri. Walaupun bahaya, tapi bahaya tetap ada di mana-mana. Kan? Asalkan kita lebih berhati-hati dan lebih peka dengan keadaan sekeliling, semuanya akan berjalan dengan baik. Doakan. Tapi kalau ada yang berminat, boleh hubungi aku. Namun, aku menetapkan beberapa ciri 'teman' yang aku perlukan iaitu: pertama: seorang yang sangat berdikari - sebab aku tak mahu dia membebankan aku kerna aku akan cuba untuk tidak membebankannya, kedua: informative - sebab dia tak perlu banyak soal dengan aku tentang benda yang boleh diGoogle, ketiga: yang betul-betul nekad, tak mahu yang sekejap nak sekejap tak nak.
Di bawah adalah beberapa gambar yang aku googled di internet yang membuatkan semangat aku sentiasa berkobar-kobar. Sooner or later, i will be there!
No comments:
Post a Comment