Berjaya atau tidak planning aku ni, bergantung kepada banyak perkara. Antaranya yang paling utama adalah DUIT, kedua FITNESS, ketiga DUIT, keempat pun DUIT. So nampak sangat duit memainkan peranan yang sangat penting untuk menjayakan misi pengembaran ke Kathmandu ni. Tapi aku tak boleh mudah putus asa kerana setiap masalah itu pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Jangan anggap masalah itu sebagai masalah, anggaplah ia sebagai satu cabaran untuk mencapai impian yang masih tergantung di udara. Sekiranya tiada aral yang melintang, nampaknya tahun 2013 adalah tahun yang berjimat cermat lah bagi aku. Boleh ke orang yang boros seperti aku ni berjimat cermat?? Grrr...
Well, sebagai permulaan untuk mencapai impian yang sangat jauh tu, aku kena buat budget terlebih dahulu. Kalau tidak, memang hanguslah impian itu.
Flight KL-Kathmandu : RM 1200.00 (tak boleh lari dari amount ni kalau tak tak boleh pergi)
Total Package 16 hari : RM 2400.00 (masih mencari pakej yg lagi murah, maybe akan join
foreign group utk jimatkan kos. Yg ni pun tak boleh lebih dari RM3000.00)
Hiking Attire : RM 2000.00 (termasuk jacket baru, boot baru, thermal pants, glove,
snow cap, etc)
Pocket Money : RM2000.00 (termasuk duit pengangkutan di KL, makan, tips, hotel,
insurance, shopping di Kathmandu, ubat, dan lain-lain. Cukup ke ah?
Hurmmm...takpe, ni baru budget. Nanti bila ada perubahan, tgk mcm mn.)
So, total keseluruhan RM7,600.00. Kira RM8,000.00 lah senang cerita. Banyaknyeeeerrr. Huhu. Macam mana ni? Boleh ke aku ni simpan duit sebanyak tu dalam tempoh 10 bulan? Sebulan RM1,000.00? Menangislah aku. Makan pasir lah gini. Mana nak cari RM1,000.00 sebulan. Aduh, terhantuk kepala macam ni. Tapi takpe, rilek dulu. Maybe ada cara lain untuk dapatkan duit. Agak-agak bonus tahun ni dapat tak? Kalau dapat bolehlah guna untuk beli tiket flight skurang-kurangnya. Ringan sikit beban tu. Doa lah dapat bonus. Amin...
Bukan senang untuk kumpulkan duit sebanyak itu apatah lagi aku ni jenis yang sangat boros, tambah lagi gaji bukannya besar pun. Cukup makan je. Kos tu pulak bukannya 100% tepat. Aku pasti mesti akan terlebih punya. Ting tong ting tong, mesti nak pakai duit.
Tapi apapun, kena berusaha dan semangat kena tinggi. Jangan mudah mengalah. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Hello - how do i contact you? I am interested to go.
ReplyDeleteHi Rooney, i am still in the process of planning. Give me your fb, easy to cntc. Thanks
ReplyDelete