Dah lama sangat rasanya aku tak menulis. Busy dengan banyak perkara. Tapi hari ni terdetik nak menulis.
Aku akan berangkat ke Nepal pada 23 October nanti. InsyaAllah, doakan keselamatan aku di sana ya. Tanggal 04hb Ogos aku memulakan latihan aku. Latihan yang tak seberapa. Almaklumlah, dah dua bulan tak bersenam langsung. Last aku keluar peluh adalah pada pendakian Gunung Rinjani dahulu.
Berbalik pada latihan aku, aku hanya melakukan latihan joging sahaja. Sebagai permulaan aku hanya buat 2km sahaja dan akan berkadar langsung dengan masa. Dua hari berturut-turut aku buat 2km sahaja. Dan insyaAllah minggu depan aku nk buat 4km pula.
Taman tempat aku tinggal ni agak menarik. Satu pusingan dah 2km. Cukuplah 1 round for time being. Aku akan tingkatkan sedikit demi sedikit base on kemampuan aku.
Aku dah ada jadual latihan sehinggalah bulan 10 nanti. Aku akan cuba yang terbaik untuk mengikut jadual latihan yang aku buat. Sebenarnya aku pun ambil contoh dari internet juga. Berguna jadual dia. Nanti ak share jadual dia.
Ini adalah larian aku selama 2 hari. Esok aku joging lagi.
Aku tahu aku bukanlah seorang atlete mahupun marathoner. Aku hanya seorang manusia biasa yang mempunyai impian yang tinggi dan aku yakin aku mampu mencapainya. Aku akan cuba setakat mana aku mampu selagi aku masih bernyawa. Semangat aku kuat. Itu lebih penting dari kekuatan fizikal.
I know I can really do it. Goodnight.
No comments:
Post a Comment