Tuesday, 26 August 2014

Kesihatan Merundum Lagi

Training yang aku jadualkan untuk EBC aku sudah mulai ada masalah apabila aku sering kali jatuh sakit sejak belakangan ini. Dah seminggu aku tak joging dan bersenam dek kesihatan yang kurang memuaskan. Sepatutnya sekarang telah memasuki minggu yang keempat tempoh latihan aku namun, aku agak tertinggal. 

Aku mengalami masalah kelesuan dan kerap demam. Malah masalah demam ni seolah-olah tidak mahu kebah. Sekejap sihat sekejap demam. Kadang-kadang panas kadang-kadang sejuk. Badan lembik dan tidak bermaya. Selera makan hilang. Aku tersangatlah risau dengan keadaan aku ni. Bukan lama lagi dah aku nak ke sana. Persiapan fizikal tidak memuaskan, for sure persiapan mental aku banyak terkesan.

Nasiblah ada beberapa orang kawan yang memberikan semangat. Kawan-kawan office tak payah cakaplah, takde yang membantu even dari segi mental. Selalu buat orang down lagi ada. Maybe sebab minat tak sama agaknya kan...

Aku betul-betul kena kuat semangat. Lagipun aku tak boleh depend dengan sesiapa pun nanti masa trekking. Mujurlah ada tiga sahabat yang sudi membantu. Syukur, mereka banyak membantu aku dari segi persiapan alat-alat kelengkapan diri.

Alhamdullilalh..

4 comments:

  1. Bertabahlah!! Semoga cepat sembuh dan boleh pegi training laju2..

    Mungkin sekarang cuaca tak menentu so senang jatuh sakit kot. Do the simple but yet useful routine, mcm minum air kosong banyak-banyak, makan buah-buahan dan sayur-sayuran banyak2.. dan lain-lain yang saya percaya awak lebih tahu! ;)

    N paling penting, jangan stress2.. :) sebab saya rasa stress pun penyumbang susah nak baik dari sakit. Be happy! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you very much for your advice. Sgt berguna nasihat awk. :)

      Delete
  2. hi there dik,
    been introduced by afif TTB on this blog.
    ok..sincerely..akak baca aktiviti di sini..akak jadi semput (kikiki)..

    too much energy been injected here..

    berharap cepat sembuh dan strike your goal!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi akak.. thank you so much for your support. Sy ni biasa2 je kt luar sana jauh lebih ramai otai2 yg hebat2 belaka.. InsyaAllah, akak juga...goodluck ya

      Delete