Sunday 22 September 2013

Tanjung Biru / Blue Lagoon A Night at Port Dickson

Kunjungan ke PD bukanlah agenda utama aku. Mulanya aku mahu ke Cameron Highland, tapi lepas member aku cakap kalau pergi PD pun not bad dan kurang belanja, so, kami pun decided pergi PD.

Bertolak dari Putrajaya lebih kurang jam 9.00 malam naik kereta comel aku tu. Aku drive. Suhaida di belakang dan Xamen kat depan. Kami stop kejap kat Perhentian Seremban utk jamah makanan dan minum kopi. Aku makan bihun goreng, tengok bihun tu macam tak nak makan, tapi bila makan, habis pulak. Haha. 

Kami sampai Blue Lagoon jam berapa entah. Tapi dah tengah malam la. Kami pasang khemah, angkut semua barang dari kereta, set up everything, kemudian aku apikan arang, dan mula bakar ayam yang diperap khas oleh mak Suhaida. 

Sambil jaga ayam, tunggu ayam masak, Su masak air buat teh o "gula caster". Adhoc plan macam ni semua barang tertinggal. Sudu semua tak bawa, so kacau teh pakai pinggan. Bakar ayam pun Mc Gyver gila. Hentam je apa yang ada asal berjaya. 

Suasana sunyi sangat. Hanya kami bertiga sahaja yang ada kat situ. Walaupun tanpa headlamp, kawasan BL tak lah gelap sangat sebab ada cahaya dari apartment BL kat seberang jalan. Kawasan khemah kami betul-betul di tengah pokok kelapa. Kalau lah bawa hammock, sure best tidur dalam buaian malam-malam macam ni.

Deruan ombak kecil cukup menenangkan. Cuaca cukup baik sekali. Angin menderu perlahan. Suasana agak romantik. Terbayang kalau datang bersama buah hati. Ahak! Tapi tak kurang dengan itu, Xamen menghiburkan kami dengan petikan gitarnya sambil kami berdua sibuk dengan entah apa-apa. Lagu apa ntah dia mainkan. Merepek jugak tuh. Haha. 

Paling best, time aku nak terbuang air. Pusing satu kawasan takde sumber air. Last-last ada satu paip dalam deretan kedai tapi berpagar. Aku terpaksa panjat pagar dan settlekan bisnes aku.

Lepas makan, makan berborak kosong. Lepas tu mata dah mengantuk. Aku dan Su masuk tidur. Xamen pulak kat luar sambil main gitar. Su kejap je dah terlena. Aku pulak tak boleh tidur. Mungkin sebab ada nyamuk dan badan panas serta melekit-lekit. Sambil-sambil tu aku menyampuk jugak Xamen main gitar kat luar. 

Pusing kiri pusing kanan, jam dah 6.30 pagi. Sikit pun aku belum lena lagi. Mata mengantuk tapi tak boleh nak lelap. Tapi aku rasa sempat terlelap lebih kurang 15 minit lepas tu. Kat luar dah bising dengan suara sekumpulan pengunjung yang datang. 

Aku keluar dari khemah. Lepas tu, Xamen ajak aku breakfast kat kedai yang baru dibuka membiarkan Su yang masih tidur dibuai mimpi. Haha. Makan roti bakar sekeping dan teh o panas di pagi hari cukup best. Cuma yang tak bestnya sebab mata ni berat sekali nak buka. 

Lepas tu, Xamen ke khemah dan aku berjalan kat pantai seorang diri. Aku cari port best untuk baring dan melihat pemandangan laut terbentang luas. Perasaan aku ketika sangat tenang. Beban yang tertanggung serta tekanan sejak beberapa hari lepas sedikit demi sedikit hanyut dipukul ombak yang menghentam batu-batu dna pantai. Berbeza dengan semalam, kepala aku diserang migrain, berat dan sakit. Walaupun tak tidur, pelik, sakit tu terus hilang. 

Tak lama selepas itu, kami mandi di bilik air dengan bayaran RM1.00 (datang pantai tapi tak mandi laut. haha), dan terus menuju ke Melaka. Xamen drive pulak. Beberapa minit perjalanan, aku terlelap seketika. Badan dah segar, cepatlah aku tidur. Haha. Su pulak tak payah cakap, tidur je keje. Haha.

Kami membeli coconut shake di Alai, dan tapau nasi kemudian makan di sisir pantai di sebelah tempat Eye On Malaysia yang dulu. Ramai jugak pelancong dari luar datang kat situ padahal takde ape pun kat situ. 

Finally, gerak balik ke Putrajaya dan aku tiba di Shah Alam jam 4.30 petang. Mandi-mandi dan terus tidur. Bangun saja dari tidur, jam menunjukkan 6.30. AM ke PM aku confius. Rupa-rupanya 6.30 am!! 14 jam aku tidur!! Cukup dasyat. Gila.

Note: Short trip ni sangat membantu aku melepaskan stress dan migrain yang pertama kali menyerang aku. Syukur...

8 comments:

  1. tengah nak buat business boleh lagi panjat pagar hahaha.. hebat.. :P

    memang best jalan2 macam nie.. rileks kan fikiran.. 16 jam tido tu.. nikmat..

    Kalau letak sau dua gambar mesti lagi best baca :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasai..takde gmbr sekeping pun..kamera tak bawa n hp lak abeh bateri..

      Delete
    2. oh nak di jadikan cerita kan.. memang.. pernah juga alami keadaan mcm tu..atleast boleh google kot picture tempat2 tu :D

      just pendapat la.. :D

      Delete
  2. next time kita pi kg sy lg adventure tido kat ladang kelapa sawit....hahaha ada bran

    ReplyDelete
  3. Hi..kat BL tue mmg xder public toilet ke? Tgh dok merancang untuk hujung bulan ni.

    ReplyDelete