Wednesday, 23 October 2013

Day 02 VCT ~~ Place of Interest in Ho Chi Minh Part 2, Historical Journey Of Saigon City a.k.a HCMC

Vietnam~Cambodia~Thailand Backpacker
Updating in progress
Hari kedua di Bandar HCM.

Bangun pagi dengan badan yang lebih segar dan perut yang sangat lapar. Haha. Dari atas katil, aku sempat berborak dengan roomate aku dari China, Jenny dan Rachel. Peramah dan paling best, dua wanita comel ini berhenti kerja semata-mata travel. Mereka travel south east asia selama 45 hari dan akan kembali ke China selepas melawat Malaysia nanti. My country. Hehe

Aku turun ke reception, Xamen tu belum turun lagi. Aku dah siap mandi. Sambil tunggu si mamat tu bersiap aku, godek2 hostel untuk esok hari di Phnom Penh dan aku terus booking di Mad Monkey Backpacker. USD7.00 sahaja. Sejam kemudian (lama gila bersiap mengalahkan perempuan), kami breakfast roti Gardenia yang aku bawa dengan coklat Nuttela. Nikmatnya rasa. Haha.

Xamen pergi ambil motor di parking semalam. Tapi motor tu dah diangkat dan disimpan dalam rumah kedai sebab pagi-pagi ada pasar tempat parking tu. Punyalah susah nak keluarkan motor dari situ sebab owner kedai takde dan terhalang oleh kakak jual buah di kedai tu. Last-last bila aku pergi, aku minta tolong kakak jual buah jambu tu alihkan jambu dan buah-buahan dia, dan angkat motor keluar dari kedai, settled. Inilah jadi bila Bee mula tunjuk belang. Aku foreigner, diorang ikut cakap aku senang je. Hahahahah. Say beeeee :P Tapi sebagai tanda penghargaan, aku belilah buah jambu kat akak tu. Hehe.

# Interesting Place >> Saigon Notre-Dame Basilica
Lepas pusing-pusing cari jalan, kami jumpa tempat ni. Penat bertanya pakcik-pakcik tepi jalan yang tengah main daun terup sambil minum, sampailah juga. GPS ada pun tak boleh pakai. Haha. First time tengok bangunan lama ni, aku jatuh cinta. Aku suka designnya dan warna cukup menarik. Saigon Notre-Dame Basilica atau nama lainnya Basilica of Our Lady of The Immaculate Conception merupakan gereja utama di bandar Ho Chi Minh dan ianya menjadi salah satu landmark yang cukup popular di situ.
Bergambar kenangan
Action sebenarnya nak ambil gambar 'artis' kat belakang tu tengah buat video klip ape ntah
Dinding Saigon Notre-Dame Basilica
Dibina antara tahun 1863 hingga 1880 pada zaman kegemilangan koloni French dan pengamal agama Kristian yang kuat ketika itu, bangunan yang berwarna perang bata itu dibuka kepada umum pada 11 April 1880 mempunyai dua menara loceng setinggi 58 meter. 

# Interesting Place >> Saigon Central Post Office
Bersebelahan dengan Saigon Notre-Dame Basilica ni adalah sebuah pejabat pos yang sangat cantik. Konsep bangunan ini adalah neo-classical dan dibina oleh Gustave Eiffel antara tahun 1886 hingga 1891. 
Pejabat pos yg cukup cantik
Bersama Xamen, sahabat aku
Di dalam pejabat pos ini terdapat dua peta yang dilukis dan diwarnai sempena peta selatan Vietnam-Cambodia dengan slogan Lignes telegraphiques du Sud Vietnam et Cambodge 1892 (tapi dalam gambar yg aku ambil dia tulis 1936, huhu mungkin ini tarikh peta ini dilukis semula kot) di sebelah kiri, manakala Saigon di sebelah kanan dengan slogan Saigon et ses environs 1892. Kedua-dua peta ini terletak betul-betul di atas pondok-pondok telefon warna merah hati.

Di semua pondok telefon, terdapat jam yang menunjukkan waktu di negara-negara utama di dunia. 

Bila sampai di sini, perkara yang pertama yang akan dilakukan adalah menghantar poskad kepada orang-orang yeng tersayang di kampung halaman. Banyak kaunter pengeposan ada di sini, tapi jangan pergi ke salah kaunter sudah, macam aku, sampai makcik kaunter marah aku sebab salah kaunter, dan maklumlah, bunyi loceng makan tengah hari dah memanggil. Haha.
# Interesting Place >> Municipal Theater
Kami singgah di sini hanya untuk bergambar. Masa itu abang-abang technician tengah set up wiring untuk event malam tu kot. Lepas ambil gambar terus jalan.
Bergambar di depan teater.
Lepas tu, kami pergi ke Golden Dragon Water Puppet Theather untuk membeli ticket water puppet show untuk malam tu. Tiket kami ialah pada jam 6.30 pm. Hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya, dan perjalanan kami terhenti seketika. 

Sempatlah singgah di Sony Exhibiton di bandar sebelum meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya. Lepak-lepak tengok gadget terbaru dari Sony.

# Interesting Place >> Cu Chi Tunnel
Perjalanan dari Ho Chi Minh ke Cu Chi Tunnel yang terletak hampir 50km pada jam 2.15  petang yang mengambil masa lebih dari sejam dari bandar, dengan tidak tahu jalan dan hanya bergerak dengan berpandukan GPS dari handphone yang kejap ada kejap takde, adalah sesuatu yang tak pernah dibuat orang. Selalunya orang akan melawat Cu Chi pada awal pagi kerana lawatan di tunnel itu sendiri akan ambil masa sehingga 5 jam.
Tengok je laa papan tanda tu..
Hurmm..maybe next time, maybe not...haha
Terasa jauh teramat sangat masa tu, punggung memang tak payah cakap, sakit sangat dah sebab asyik duduk atas skuter 125 tu. Kami singgah beli air kelapa di tepi jalan dengan harga 7000 Dong sebiji. Sampai depan pintu Cu Chi pada jam 4.00 petang cepat-cepat turun motor dan berdiri. Penat teramat sangat. Hahaha. Kerja gila.

Tunnel Cu Chi ditutup pada jam 5.30 petang. Kami sememangnya tidak sempat untuk memasuki terowong itu, just jalan-jalan kat luar je. 

Galeri senjata
Lorong ke terowong
Dalam galeri
Terdapat restoren terapung di sebelah kanan, dan ada beberapa pokok asam jawa sebelum ke restoren tu. Aku apa lagi, masam-masam ni memang favorite, melompatlah aku untuk menggapai asam jawa muda untuk diratah. Sedap!
Di restoren terapung
Rasa nak terjun je dalam tu..
Restoren nama ape ntah aku lupa plak..
Lepak-lepak kasi hilang penat, kemudian pada jam 5.00 petang kami terus bergerak pulang sebab nak kejar puppet show jam 6.30 pula. 

# Interesting Things >> Water Puppet Show
Kami tiba dari Cu Chi 6.20 petang. Masa ni dah gelap dah sekeliling. Sampai je sini, terus pergi parking, then, masuk hall terus. Lega rasanya dapat duduk dalam hall yang dingin tu. Penat teramat sangat dah rasa. Huhu.
Water Puppet Show, musik dimainkan secara langsung oleh keenam-enam peserta yang berada di kiri dan kanan pentas

Depan pintu masuk
Show start dengan gendangan musik dan nyanyian daripada peserta persembahan. Show yang cukup menarik sekali. Persembahan yang simple tetapi amat unik. Ia menampilkan elemen-elemen tradisional dan budaya yang terdapat di Viet Nam. Ini secara langsung dapat memperkenalkan apa yang mereka miliki kepada dunia umum dan berbangga dengan budaya yang mereka ada.

Persembahan yang mengambil masa lebih kurang 50 minit berakhir dengan penampilan enam peserta di belakang tabir yang muncul di sebalik kolam tayangan. Lelaki kesemuanya. Mereka mendapat tepukan yang gemuruh atas persembahan yang dilakukan.

# Shopping di Ben Tanh Night Market
Shopping time! Aku beli souvenier di pasar malam ni. Kena pandai tawar menawar baru betul-betul dapat murah... Penjual siap cakap bahasa Melayu lagi... " Sayang ini cantik sayang..." pandai dorg pujuk aku... Ceh. Last-last aku terbeli jugak sehelai dress maxi satu. 
Beli fridge magnet sikit, tu je lah. 

Then, aku ternampak buah-buahan yang unik (takde pulak gambar). Kecik-kecik macam cherri pun ada mcm tomato kecik pun ada, tapi bentuk lebih bulat dan firm, warna oren merah-merah. Aku beli sebungkus 30000 Dong. Sedap sangat. Macam buah belimbing.
 
Lepas shopping, kami pulang ke Pham Ngu Lao street bersihkan diri. Kemudian jalan-jalan sekejap di sepanjang Pham Ngu Lao street tu tengok orang lepak dan tgk live band. Ramai gila manusia.

# Massage di Pham Ngu Lao
Badan terasa penat tak terkata. Mata mengantuk teramat sangat. Tapi masih ada hati nak layan massage. So, tadah je lah badan kat kakak tukang urut tu. Aku ambil massage oil. Disebabkan mengantuk dan penat, aku terlelap jugak lah masa mengurut tu. Tapi overall, tak sedap kakak tu urut. Huhuhu.

Tamat perjalanan pada hari kedua.

Hari ke 3 di Ho Chi Minh >> 

5 comments:

  1. Replies
    1. Seronok dpt jalan2 tak perlu fikir soal kerja..hehehe.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tengok baju tradisional wanita vietnam tu.. seolah-olah gabungan baju cheongsam dan baju kurung melayu jer.. hehehe

      Delete
    2. Yes betul tu Bumi Hijau.. kat dalam dia selaur sbenarnya..yg kaki besar tu.. and baju dia belah tepu sampai ke paha tap sebab ada seluar so tak nmpk seksi.. teringin nak beli jgak tapi tak tau nk pakai kt mana..hehe . kain dia mmg cantik

      Delete