Tuesday, 2 July 2013

Desa Fairy Farm, Kundasang, Sabah

Berkesempatan melawat Desa Fairy Farm atau lebih dikenali sebagai Desa Kita oleh orang tempatan, menjanjikan sebuah kelainan kepada pengunjungnya. Terasa seperti berada di New Zealand apabila berlatarbelakangkan pemandangan gunung ganang, padang rumput yang terbentang luas di depan mata. Memang romantik sangatlah tempat ni. Terletak di Kundasang sebelum perjalanan ke Kampung Mesilau, tiket berharga RM4.00 untuk dewasa rasanya adalah sesuatu yang cukup berbaloi. 

Suasana dingin dan angin nyaman bakal memberikan anda sebuah kenangan yang manis di sana. Aku yang pertama kalinya menjejakkan kaki ke sini terpegun dengan keindahannya. View Gunung Kinabalu yang sangat cantik, suasana romantik, rumput menghijau, udara yang segar... waahhh..memang bestlah! 

Sambil tu, anda boleh tengok proses pemerahan susu lembu-lembu yang cute2 ni. Memang best. Kalau nak bawa anak-anak kecil, tempat ni sesuai untuk proses pembelajaran mereka. Biar otak berkembang sikit. hehe. Ni aku nak share sikit gambar semasa aku di sana. Check it out!

Lembu sedang beratur untuk proses pemerahan susu. Lembu pun pandai beratur, manusia?

Back to country style

Bersama CR, Hafiz, Nizam dan Rockey Chan

Sepohon pokok yang cantik

Cantik kan?

Bangsal baja dan peralatan kebun

Kambing diberi makan. Cute sgt kambing ni. I love it even aku tak makan kambing.

Pemandangan yang cukup menarik.

1 comment:

  1. i went here last year, felt like the dairy farm in New Zealand like i saw in the tv commercial - i never been to New Zealand. Did you visit the hot-spring and the hanging bridge? i stayed at Walai Tokou homestay for a night. wahh sejuk giler.. and boleh nampak mount kinabalu from here.. :)

    ReplyDelete