Monday, 24 June 2013

Aku Hanya Insan Biasa

Aku hanya insan biasa yang melakukan kesilapan dalam hidup... Sesungguhnya kesilapan itu adalah sebuah guru yang terbaik... Ia mengajar aku untuk lebih tabah dalam menghadapi dugaan yang bertubi-tubi mendatangi aku... Aku jatuh dan aku bangun sendiri tanpa sesiapa... Aku menangis dan tak siapa yang tahu... Aku tak pasti ke mana arah tuju aku selepas ini, dan siapakah diri aku dalam masa 5 tahun akan datang, atau apa status hidup aku ketika itu, namun, jauh di sudut hati, aku semakin takut untuk melaluinya...

Tuesday, 18 June 2013

Semporna Day 01 - 30012013

Menjejakkan kaki di Airport Tawau membawa aku ke sebuah ceritera yang meninggalkan kenangan antara yang paling manis dalam hidupku. Kedatangan aku selama seminggu di sini cukup indah dan menyuntik perasaan gembira walaupun aku bersendirian sepanjang percutian ini. Mesti orang tertanya-tanya kan apa yang gembira sangat jalan-jalan seorang diri ni. Hurmm..

Ketibaan aku tepat jam 6.50 petang di Airport Tawau disambut baik oleh Kak Afzan, temanku yang tinggal di Pekan Semporna. Melalui kaunter Imegresen, Abang Imegresen tu tanya aku, " Awak ni orang ape?" Huhu. Ye la kan...muka macam Melayu, mata plak agak sepet, fasih pulak bercakap Melayu, tapi nama dalam IC pelik semacam je. Tapi macam biasalah, di mana-mana sahaja aku pergi mesti orang akan tanya, "You orang ape? Bangsa ape? Chinese or Malay?" Haha. Jam 7.00 pm kami bertolak ke Semporna. Aku memandu kereta Proton Saga FLX milik Kak Afzan dari airport sehingga ke Pekan Semporna kerana beliau jarang memandu ketika malam.

Jalan yang sempit dan banyak lori yang lalu lalang membuatkan aku lebih berhati-hati semasa pemanduan. Tambahan pula jalan amatlah gelap sekali. Betul-betul kena fokus pada pemanduan sopan santun aku ni. Nasiblah jugak aku bawa spek mata comel aku tu. Nampaklah jalan raya. First time drive di sini lagipun. Bahaya sentiasa menanti sekiranya tidak berhati-hati. Tiba di Semporna jam 8.15 malam, kami terus menuju ke sebuah kedai makan yang terletak menghadap ke arah lautan iaitu Seaview Seafood Restaurant Semporna yang terletak bertentangan dengan Dragon Inn Resort. Menurut Kak Afzan, ini adalah cawangan kedua restoren ini selepas restoren pertama mereka yang terletak di sebelah Hotel Seafest.
Menu makan malam kami adalah tomyam seafood, telur dadar dan sayur campur. Rating restoren ini bagi aku adalah 3.0. Walaupun tadi dalam flight aku dah makan, tapi perut aku ni macam meminta-minta makanan saja. Makan sajalah kan. Apa nak risau. Bukan aku gemuk pun. Haha. Kedudukan restoren yang betul-betul di sebelah laut memberikan suasana yang nyaman dengan tiupan angin yang sangat kuat, sejuk dan mendamaikan. 

Selepas makan, aku dan Kak Afzan pergi ke Guardian dan Giant kerana aku mahu membeli barang-barang keperluan sepanjang tempoh aku berada di sini. Banyak juga aku borong... coklat, biskut, meggi cup 4 bungkus, pencuci muka, moisturizer mist, ubat gigi, dan beberapa barang lagi.

Aku sebenarnya agak sibuk untuk mengarang diari perjalanan aku semasa di Semporna selama tujuh hari, namun aku akan cuba menyiapkan secepat yang mungkin. Al maklumlah, kenangan di sana masih lagi segar dalam ingatan aku. Masih terbayang-bayang lagi suasana di sana. Ikuti coretan perjalanan aku sepanjang seminggu aku berada di Pekan Semporna dan Pulau Mabul.

Jadual aku seperti di bawah:

30hb Jan 2013 - Flight KL (LCCT) to Tawau Airport
31hb Jan 2013 - Open Water Course (OWC) theory at Mabul Island - Daytrip
01hb Feb 2013 - OWC Confined Water 1, 2 & 3 + OW 1 & 2
02hb Feb 2013 - OWC Confined Water 4 & 5 + OW 3 & 4
03hb Feb 2013 - Fun Dive at Sipadan Island
04hb Feb 2013 - Relaxing at Mabul & Walk around the island
05hb Feb 2013 - Flight Tawau to KL

**Note:Aku saja buat daytrip pada hari pertama OWC di Mabul. Tapi aku cadangkan lain kali kalau sesiapa yang hendak ambil OWC, stay lah di lodge supaya lebih convenience dan anda boleh tumpukan perhatian. BAru boleh cover kelima-lima chapter tu. 

Berikut adalah sedikit maklumat yang aku dapat rumuskan untuk dijadikan panduan.

Pulau-pulau Di Semporna
  1. Pulau Mabul
  2. Pulau Sipadan
  3. Pulau Mataking
  4. Pulau Kapalai
  5. Pulau Mantabuan
  6. Pulau Sibuan
  7. Pulau Maiga
  8. Pulau Pom-pom
  9. Pulau Bum-bum
  10. Bohey Dulang 
  11. Lain-lain
Pengangkutan Di Semporna
Anda boleh guna perkhidmatan van pengangkutan atau teksi. Teksi mungkin mahallah jugak tapi kalau van murah saja RM15.00. Anda boleh menunggu van di sebelah KFC Semporna. Van akan bertolak ke Tawau agak kerap jugak. Paling awal 6.30 pagi or 7.00 pagi lebih kurang. Begitu jugak jika anda mahu ke Semporna dari Tawau. Dari airport anda boleh ambil teksi or naik bas ke bandar untuk naik van di sana. Teksi agak mahal lebih kurang RM180.00 rasanya if aku tak silap.

Jika anda ingin merayau-rayau di sekitar Semporna contohnya nak ke Tampi-tampi ke, Pakalangan ke, Bukit Tengkorak ke, angda boleh gunakan perkhidmatan prebet sapu yang ada di merata-rata pekan. Paling banyak adalah di sekitar Pasaraya Milimewah. 

** Kalau aku ada bagi salah info, tolong betulkan ya.

Tempat-tempat Menarik Di Semporna 
  1. Semporna Proboscis River Cruise
  2. Bukit Tengkorak Hill
  3. Regatta Lepa Festival (usually will be held on the last weekend of April after salary time)
  4. Tampi-tampi
  5. Pakalangan
  6. Tun Sakaran Marine Park (consist of 8 cluster of island - Bodgaya, Bohey Dulang, Sebangkat & Selakan, Maiga, Mantabuan, Sibuan, Church and Kapikan. Aku pernah ke Pulau Maiga dulu sekali. Apa yang bestnya kat sana adalah pemandangan yang cukup cantik. Kita akan melalui pusat penanaman rumpai laut yang begitu luas sekali. Geram aku tengok.hehe. Teringin gila nak panjat bukit di Bohey Dulang sebab pemandangan atas puncak tu pergh superb lah!!
Hotel & BB Di Semporna
Island Name Type Location
Mabul Water Bungalow Resort Water
Sipadan Water Village Resort Water
Sipadan Mabul Resort (SMART) Resort Water
Sipadan Dive Centre Resort Land
Seaventure Dive Resort Resort Sea
Scuba Junkie Resort Land
Borneo Divers Mabul Resort Resort Land
Uncle's Chang Homestay Land
Summer Friends Homestay Land
Sphere Divers Homestay Land
Seahorse Sipadan Scuba Lodge Homestay Land
Scuba Jeff Homestay Land
My Scuba Diver's Mabul Homestay Homestay Land
Mabul Backpacker or Sipadan.DOT.com Homestay Land
Billabong Homestay Land
Big John Homestay Land
Arung Hayat Sipadan Adventures Homestay Land
Mataking The Reef Dive Resort Resort Land
Kapalai Sipadan-Kapalai Dive Resort Resort Water

Sunday, 16 June 2013

Gunung Kinabalu via Mesilau February 2012

Dah setahun lebih sejak aku mendaki Gunung Kinabalu pada 06 February 2012, baru hari ni tergerak hati utk aku menulis tentang pengalaman aku di sana. Tak banyak beza pendakian pertama dan kedua aku. Kedua-duanya berseorangan, belajar banyak perkara, berkenalan dengan pelbagai golongan manusia. Kedua-dua tersimpan cerita panjang yang membawa aku ke sana. Haha. Cuma bezanya, perjalanan aku kali ini adalah sempena hadiah hari jadi aku yang ke-26. Ini merupakan hadiah untuk diri aku sendiri. Dan bezanya lagi, trek aku kali ini adalah melalui Mesilau berbanding Timpohon buat pertama kalinya.
Check in Mesilau Nature Resort
Mesilau, bagi aku, adalah satu trek yang tidak sesukar mana. Kita akan melalui dua kali turun naik dan kemudian bertemu di persimpangan antara laluan Mesilau-Timpohon. Tapi pancit juga aku masa tu. Almaklum sajalah, takde training langsung, main redah saja. Badan pulak lemau semacam je. Lembik je.

Aku mula mendaki pada jam 8.30 pagi. terdapat 4 group pendaki ketika itu, iaitu Team Air Asia, team KL-kot, team couple mat saleh, then, team aku, :P. Aku mendaki bersama guide aku si cute lagi muda, Rizwan atau nama glamour dia Jay Chou. Terasa bengang dengan orang yg menumpang guide aku, seorang Chinese man dari KL, aku jalan buat dek je dengan dia. Aku terasa seperti dia sedang mengekori aku kerana sejak di Kota Kinabalu lagi dia ikut aku. Bayangkan, dia tahu aku tinggal hotel mana, aku jalan kaki dari hotel ke stesen bas tanpa sedar dia sedang ikut aku. Katanya mahu pergi Kinabalu Park untuk ambil barang yang tertinggal, tapi finally, dia follow aku mendaki di Mesilau. Nasib baik lah, malam sebelum mendaki tu, dia stay kat tempat lain. Seram pulak aku dengan lelaki itu. Haa...buat kalian perempuan yang travel seorang diri, gunakanlah six sense anda untuk lebih peka terhadap semua orang di sekeliling kita. Aku agak terlambat sebab hanya sedar apabila driver van mengatakan bahawa lelaki itu hanya asyik pandang aku semacam. Huhu. Tapi syukurlah, aku dah selamat. Lepas ini, aku kena lebih berhati-hati. Ya, berhati-hati.
Mesilau Peak dari trek, Jay Chou my guide
Pendakian aku berjalan dengan lancar. Biarpun tak selaju mana, aku happy sebab aku berjaya sampai di Laban Rata sebelum jam 4.00 petang, tidak seperti yang diwar-warkan oleh guide aku yang hanya nak menakutkan aku, sekiranya aku sampai lambat, aku tidak dapat pergi briefing Via Ferrata di Pendant Hut. Aku tiba di Laban Rata lebih kurang jam 3.00 petang
 
Briefing via feratta di Pendant Hut

Selepas short briefing, aku terus ke Laban Rata Resthouse untuk dinner. Selepas dinner aku ke luar balkoni utk menyaksikan matahari turun. Sumpah cantik sangat saat tu. Beberapa kenalan baru turut mengambil gambar bersama. 
Kenalan di Kinabalu, yang kini menjadi kawan. Kami mendaki beberapa bukit dan gunung bersama selepas itu. Rosemarina Ahmad Tajuddin
Sunset at Laban Rata
Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Pusing kiri pusing kanan ada saja serba tak kena. Paha aku sakit dan berdenyut-denyut. Tambahan pula teman sebilik aku tidur berdengkur. Stress aku. Aku hanya terlelap selepas jam 10.00 malam dan bangun untuk mendaki jam 2.00 pagi. Badan lemah sangat dan semangat pun dah kurang. 
Dengan Rose lagi.
Aku sampai puncak lebih kurang 5.15 am sambil ditemani dan dipimpin oleh seorang guide bernama Well. Guide aku ntah ke mana dah kat belakang sana bersama 'lelaki' itu. Lantaklah, ada aku kisah? Haha. Well menolong aku mengambil gambar sepanjang aku berada di puncak. Dia jugaklah yang menemani aku turun ke tempat Via Feratta. Anak buah dia ntah ke mana jugak. Boleh pulak dia temankan aku sepanjang masa. 

Detik Via Feratta, akan aku share bila aku free nanti. Aku ada upload gambar-gambar semasa melakukan aktiviti tersebut. Sila click di sini.

Lepas habis feratta, aku turun dan breakfast di Laban Rata dan rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke kaki gunung. Aku tiba di Kinabalu Park lebih kurang jam 4.30 pm kot rasanya. Aku pun dah tak ingat dah. Menikmati lunch seorang diri membuatkan ramai yang menegur aku. Kenalan Air Asia mengajak aku untuk join mereka buat water rafting keesokan hari tapi aku menolak sebab flight aku tengah hari.

Overall, trip kali ini tak banyak beza dengan tahun 2010 dahulu. Perbezaan usia mungkin lah dulu 24 sekarang 26. Tak sangka jugaklah impian untuk mendaki Kinabalu sejak sekolah menengah tercapai jugak akhirnya. Angan-angan kosong rupanya telah berada dalam genggaman. Tahun 2013, aku akan mendaki Kinabalu buat kali ketiga. Kali ini beramai-ramai.

Saturday, 15 June 2013

Kenapa Aku Suka Travel Sendirian @ Solo ?

Kenapa aku suka travel seorang diri compare pergi beramai-ramai bersama kawan? Ramai orang suka tanya aku soalan ini setiap masa. Kenapa suka tengok wayang sorang2, kenapa makan sorang2, kenapa shopping sorang2, kenapa jalan2 sorang2 bla bla bla bla... Headache aku mcm ni. Dalam otak aku, "Keluar sorang je lah kan, nanti kalau keluar ngn laki korang, mahu jugak kepala aku kena parang ngan korang kan?" Itu jika perempuan tanya, kalau laki tanya plak "Ko nak ikut aku?" Hahaha. Itu jawapan nakal aku tp dalam hati saja lah. Aku pernah sebut tentang tajuk topik ini dalam "Aku, Mereka dan Pulau Mabul", namun aku nak rewrite pula. Haha.

Okay, kali ni aku nk share sedikit kenapa aku ni suka buat apa-apa sendirian berbanding bersama kawan-kawan aku. Tapi sebelum tu, aku nak bagitahu pada semua, yang aku ni masih lagi dikategorikan sebagai newbie dalam dunia travel ni. Tak banyak tempat yang pernah aku lawati, baru dua tiga sahaja. Tapi aku gembira even aku newbie, tapi aku cuba mencari alternatif supaya aku boleh mendapat peluang untuk merasa keindahan di dunia ni. Aku masih mentah dan baru mula belajar untuk melangkah ke tempat-tempat yang aku dah masukkan dalam list aku. Aku tak mengejar lokasi dan kedudukan, namun, aku mencari pengalaman untuk menambah ilmu dalam diri aku.

First, sebab aku rasa aku yakin dengan diri aku. Aku yakin aku boleh berdikari dan boleh buat keputusan sendiri ketika aku berada dalam situasi yang memerlukan keputusan drastik. Aku tak suka pergi mana-mana dengan tourist guide sebabnya sikit perkara yang boleh aku belajar. Tourist guide boleh ceritakan bagaimana sebuah empayar terbina, bagaimana peperangan boleh berlaku, bagaimana terciptanya sebuah sejarah, apa tempat-tempat menarik, dan macam-macam lagi, walhal, semua tu boleh didapati dari buku pun! Tourist guide tak boleh ceritakan bagaimana keadaan bila kita tersangkut dalam hujan dan ketinggalan keretapi, bagaimana merancang waktu dan jadual, bagaimana cara kita mahu membaca peta dan mencari lokasi tempat yang ditujui, bagaimana rasanya apabila sesat dan ke hulu ke hilir bertanyakan pada orang di mana kita berada sekarang, bagaimana rasanya apabila kita berada bersama masyarakat setempat melihat budaya mereka. Melihat positif dan negatifnya masyarakat mereka. Hah!
Source:internet>>> Believe no one but yourself...
Kedua sebab pengalaman travel sendirian adalah lebih berharga. Kita akan kenal diri kita dengan lebih baik. Kita akan belajar banyak tentang diri kita kerana kita sentiasa bersama dengan diri kita dalam apa jua keadaan. Kita bercakap seorang diri, kita berimaginasi sendirian, membuat pertimbangan semasa cuba mencari jalan penyelesaian, dan percayalah, kita akan lebih sayangkan diri kita apabila kita bersendirian. Bayangkanlah ketika kita sedang marah, or penat, siapa yang ada untuk mententeramkan kita? Tiada. Hanya kita sahaja. Hanya diri  kita sahaja yang mampu cool  ourself down, menjadikan kita akan lebih rapat dengan diri kita, kenal sikap diri sendiri dan mampu membuat keputusan yang lebih baik untuk kepentingan diri sendiri dan melengkapkan sebuah perjalanan yang kita plan. 
I love myself
Ketiga, adalah kerana aku belum menemui sesiapa yang boleh cope dengan aku, atau pun , aku boleh cope dengan dia. Teruk kan aku? Haha. Kita semua harus letak dalam fikiran kita, dalam perjalanan sebagai seorang traveler, membuat keputusan adalah sesuatu perkara yang teramatlah penting. Jika kita mempunyai partner atau teman yang tidak boleh membuat keputusan, pengembaraan yang diharap sebagai sebuah kenagan yang indah bakal menjadi sebuah tragedi yang malang. Sekurang-kurangnya, partner itu boleh membantu dalam membuat keputusan atau membantu meringankan beban bukan bergantung kepada kita dan sering bertanya soalan-soalan "pening kepala". Aku memang tak boleh cope kalau ada sahaja yang bertanya itu ini walhal semua tu boleh nampak depan mata dan jawapan memang dah ada. Semua tu buat aku rimas. Aku lebih sukakan seseorg yang cool dan boleh berfikir sendiri, malah boleh membantu aku untuk merancang perjalanan kami. Kita manusia biasa, kita akan ada rasa penat, dan lemah, masa itulah seorang partner memainkan peranan. Tak kisahlah lelaki ke perempuan ke. 
A great partner standing together
 Keempat,

* * Nanti aku sambung. hehe

Monday, 10 June 2013

Pulau Perhentian, Besut, Terengganu 01-03062013

## Day 01 ~~

Dalam kesempitan yang sedang aku lalui, masih juga mampu aku mencuri kesempatan untuk pergi melapangkan fikiran di Pulau Perhentian. Dah lama rasanya keinginan untuk ke sini, namun barulah kali pertama aku dapat menjejakkan kaki ke sini. Syukur sangat walaupun aku hampir membatalkan lawatan yang singkat ke sini atas beberapa faktor fizikal yang menyerang aku tiba-tiba. Oleh kerana dah bayar deposit, maka, terpaksalah aku meneruskan niat untuk ke sana.

Naik bas Sani Express jam 10.25 malam di Stesen Bas Seksyen 17 Shah Alam, bas delay selama sejam, aku tidak dapat melelapkan mata dengan nyenyak sepanjang perjalanan. Sekejap kejap aku bangun. Bas melalui Merapoh, Machang, Pasir Puteh, Jerteh dan terus ke Kuala Besut. Namun, aku berhenti di Jerteh sebab dah janji dengan Kak Wan untuk bersarapan pagi bersamanya. Kak Wan pick up aku di stesen bas jam 7.00 pagi, 15 minit selepas aku tiba. Badan teramat penat, membuatkan aku terlelap nyenyak sehingga jam 10 pagi di rumah Kak Wan. Nasib baik Kak Wan kejutkan. Haha. Datang rumah orang, tidur je keje. 

Selepas bersarapan bersama keluarga Kak Wan di Jerteh, Kak Wan membawa aku melawat sekitar Jerteh dan kawasan kampung beliau sebelum menghantar aku ke Jeti Kuala Besut. Setibanya di jeti, aku menemui En Jo, pekerja Matahari Chalet yang akan aku inap sepanjang aku di Pulau Perhentian. Aku memilih chalet ini kerana yang lain dh penuh. Panorama penuh, Mohsin penuh, dan ada beberapa chalet dah penuh. Al maklum sajalah cuti sekolah dan cuti umum. Berdebar-debar sebenarnya hati aku ni sebab aku ada baca mengenai peristiwa-peristiwa kurang baik yang berlaku di pulau tersebut. Kak Wan memberi pesanan kepada En Jo supaya jaga aku dengan baik. Haha. Thanks Kak Wan! Memang aku dijaga dengan baik sepanjang aku di sana pun. Tapi tu lah, aku tidak boleh percayakan sesiapa pun yang aku kenal di sana nanti.

Aku dan En Jo menunggu bot di jeti. En Jo ke sana ke mari, aku pula duduk sendirian melihat gelagat-gelagat manusia. Seronok sebenarnya tengok-tengok orang ni. Perut jadi lapar, aku dengan tanpa segan silu memberitahu En Jo aku mahu pergi lunch dulu. En Jo temankan aku makan. Masa nak bayar, dia bayarkan. Haha. Thanks en Jo. Moga rezeki anda akan melimpah ruah. Segan jugak sebenarnya bila orang yang kita tak kenal langsung bayarkan untuk kita. Boat tergendala sehingga hampir 3 jam kerana ribut dan hujan lebat. Hati aku dah tak senang dah sebab takut tak dapat melakukan apa-apa bila tiba di sana nanti. Namun, syukur, hujan berhenti dan kami pun bertolak ke Pulau Perhentian. Tiba di pulau, aku dan En Jo turun. Sebaik saja kaki memijak pasir pantai, ada pasangan tengah bermadu asmara. Apa lagi, cuci mata lah.Haha. 

Aku check in bilik. Book bilik kipas dapat bilik aircond dengan harga bilik kipas. Siapa yang tak suka kan? Haha. Aku mandi, berehat dan baring di dalam bilik sendirian. Penat sangat sebenarnya sejak naik bas tu. 

Selepas berehat, aku keluar untuk tengok-tengok. En Jo ajak makan bersama kawan-kawannya di bangsal staff berdepan dengan reception area. Mereka dah tapaukan untuk aku sekali. Free lagi. Adoi. Segan gila aku.

Petang itu, aku takde buat apa-apa, cuma berehat dan berehat. En Jo temankan aku untuk ke dive shop bertanyakan tentang masalah dive yang sedang hadapi. Nasib baik aku dibenarkan dive besok. Aku balik bilik dan rehat. Badan aku pula agak kurang sihat. Sakit kepala sejak minggu lepas kejap-kejap datang balik. Mual semacam pun ada. Tambah masa naik bot, ombak agak kuat. Aku tido sehinggalah jam 6.30 petang.

Malam tu, En Jo bawa aku makan di gerai depan chalet. Kawan-kawannya pun turut serta. Aku tak ingat nama mereka, yang aku ingat cuma Shakir saja. Yang lain kurang ingat. Aku sangat segan apabila makan malam pun dibelanja lagi. Dah tiga kali dibelanja, memang aku segan. Kalau kenal aku tak kisah. Ni kenal pun tidak. Tapi orang kata, rezeki jangan ditolak. Syukur...

Selepas makan, mereka semua berjalan di tepi pantai. Aku ikut sekali. Memang ramai gila manusia. Sepanjang pantai ada saja gelagat yang boleh dilihat. Mat saleh memang ramai gila. Majoriti pelancong kat sini adalah mat saleh. Orang tempatan pun boleh tahan jugak.

Sepanjang Long Beach, terdapat bar-bar yang cukup meriah, dipenuhi dengan manusia, minum-minum sambil bercanda, bergurau senda, bermesra malah ada yang bercumbuan tanpa segan silu. Ada jugak pertunjukkan api di bar, ada yang menari dan ada juga yang melihat sahaja. Macam kami semua. Suasana agak happening, music rancak dipasang kuat, pantai yang gelap disinari cahaya lilin dan lampu flouresent, memang menarik untuk bersantai di waktu malam. Terbayang pula, mesti seronok kalau datang dengan orang tersayang. Hehe.

Lepas tu, kami layan live band bersebelahan Panorama & Matahari chalet. Aku tak lama di situ. Bau arak yang menusuk hidung membuatkan aku bertambah sakit kepala. Aku beredar sendirian pulang ke bilik.

Perhentian Island Map copied from web
## Day 02 ~~ 

Bangun pagi, kepala aku sangat sakit. Badan panas dan lemah. Selepas telan panadol, okay sikit. Dan buat kali pertama selepas aku balik dari Semporna, aku memakai pakaian diving untuk turun ke laut. Berdebar-debar sangat rasanya. Perasaan takut air masih ada rupanya aku ni.Jam 9.00 pagi kami turun ke laut. Beratnya nak mengangkat tong gas tu. Macam nak patah tulang belakang aku. Huhu. Di bawah, sedikit maklumat dive aku. En Jo jugak yg bagi. Thanks En Jo. Again.

First Dive
Location             : Curtain rock(teluk panglima abu)
Date                   : 2/6/2013
Time In               : 09:35
Time out             : 10:25
Max Depth          : 16.7 meter
Dive time            : 50 mins
Safety stop         : 5m/ 3 mins
Marine life  : trigger fish, grouper, rabbit fish,nudibranch,dragon nudibranch,sweetlips,blue spotted stingray,puffer fish,bat fish,goat fish
Dive master : Anna Furrer

Selepas dive pertama, aku menyedari banyak lagi latihan yang perlu aku lakukan untuk buoyancy aku. Kaki aku berlaga dengan coral sehingga berdarah. Dah calar balar kaki aku. Kuranglah wang hantaran aku mcm ni. Haha. Tapi takpe, semua tu pengalaman. Practice make perfect. Lama-lama aku pasti berjaya. Asalkan tidak berputus asa. Yes, I will never give up on what I like.
Bilik aku

Longbeach, Perhentian Island, Terengganu, Malaysia

Chill Out Cafe, Long Beach Perhentian Island

The walkaway

Chill Out Cafe



Pulau Perhentian

Sunset Pulau Perhentian dari Jeti tak jauh dari kincir angin

Sunrise Longbeach Perhentian Island, Terengganu Malaysia

Balik mandi, lunch, dan rehat dalam bilik. Kemudian En Jo dan Shakir bawa aku jalan kat pantai. Dorg ni macam protect gila ngn aku. Aku rasa aku dah cukup berdikari dah. Tapi aku sangat berterima kasih sangat dengan mereka berdua ni, banyak sangat temankan aku. Even aku tak perlukan sesiapa, tapi kehadiran mereka sedikit sebanyak membuatkan aku terasa dihargai, sekurang-kurang sebagai seorang adik, at least. Kami bertiga pergi lepak kat Chill Out Cafe. Rilek sangat tempat tu. Cafe yang sangat redup dengan pokok-pokok, music reggae dipasang perlahan, almaklumlah, abang-abang reggae ada kat situ. Cuaca sangat panas, cahaya matahari cukup terik, asal pandang ke laut je silau sangat mata. Kami order minuman yg special. Apa ntah namanya aku dah tak ingat. Damn, aku makin cepat lupa skg. Haha. Kami didatangi oleh kawan-kawan Shakir dan En Jo, tak tahu lah apa yang diborakkan oleh mereka, sebab mata aku tersangatlah berat. Aku gegas bangun dan baring di hammock kat sebelah kerusi aku. Sedar tak sedar, setengah jam lebih jugaklah aku tidur kat situ. Lepas tu, kami bertiga pulang ke chalet sebab jam dah hampir pukul 3, next dive pulak lepas ni.

Second dive
Location : Shark point
Date : 2/6/2013
Time In: 15:25
Time out: 16:20
Max Depth : 11.7 meter
Dive time : 55 mins
Safety stop : 5m/ 3 mins
marine life: - trigger fish, grouper, rabbit fish,nudibranch,puffer fish,bat fish,goat fish,hawksbill turtle,
Dive master : Wayne Brown


Petang tu, Shakir dan En Jo temankan aku ke kincir angin. Trekking selama 15 minit, kami tiba di situ. En Jo kelihatan kepenatan sebabnya dia tak biasa trekking ni. Sedikit ada perasaan kurang selesa apabila masuk ke dalam hutan bersama dua orang lelaki yang aku langsung tak kenal hati budi mereka. Aku mengambil sebatang kayu sederhana panjang, untuk dijadikan tongkat. If apa-apa, kayu tu boleh jadi senjata aku. Haha. Safety first. Tapi syukur sangatlah, mereka berdua ni adalah di kalangan orang yang baik-baik.

Petang yang sangat tenang dan cantik. Matahari sudah mula turun, keadaan sekeliling dah makin gelap namun sinar matahari di balik pulau masih terang, angin sepoi-sepoi bahasa menepis rerambut aku, air laut yang cukup jernih, pemandangan yang cukup luas, terpampang sebuah keindahan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Suasana yang cukup indah dan romantik ini memberikan aku idea nakal, dan aku amat idamkan tempat ini untuk photoshoot perkahwinan aku suatu hari nanti. I will. Tak perlu ke tempat-tenpat lain, Pulau Perhentian menjanjikan sebuah pengembaran yang serba lengkap. Aku boleh diving dan trekking sambil menikmati pemandangan yang mengagumkan.

Selepas dinner, aku duduk di reception untuk wifi. Shakir dan En Jo ada kat situ, borak-borak dengan aku. Sedar tak sedar pukul 2 jugak aku stay kat situ sehinggalah mata mengantuk, aku pun masuk tidur. 

Note:
1) Setiap kali nak tidur, sila pastikan pintu diselak. Penting untuk keselamatan, lebih-lebih lagi single traveler macam aku. 

## Day 03 ~~

Bangun pagi, kepala aku sakit lagi. Lately selalu sangat sakit kepala. Badan aku lemah sangat. Pening dan mual silih berganti. Lantas, aku telan panadol. Baring sekejap, kemudian cepat-cepat aku kemas beg sebab kejap lagi aku akan naik bot jam 12.00 pm sejurus selepas balik dive. Takut tak sempat. Dah siap packing, aku pergi ke arah pantai. Jam masih menunjukkan 6.45 am. Matahari sudah mula menunjukkan diri. Happy rasanya dapat tengok matahari naik. So charm and cool. 

Third dive
Location : Temple of the sea
Date : 3/6/2013
Time In: 09:40
Time out: 10:45
Max Depth : 17.5 meter
Dive time : 1 Hour 05 mins
Safety stop : 5m/ 3 mins
Marine life: - white eyed moray eel, cleaner pipefish, yellow box fish, trigger fish, zebra lion fish, cleaner shrimp, nudibranch, black blotched porcupinefish, school of snappers, six bonded angelfish, scorpion fish, blue spotted stingray
Dive master : Dee


Lepas dive, aku mandi dan bersiap untuk pulang. Rasa berat pula hati nak balik, mesti aku rindukan tempat ni. Hurmm takpe, nanti aku datang lagi. Bukan jauh pun.

En Jo dan Shakir mengajak aku ke kenduri teman mereka, namun aku dah berjanji dengan Helmiey untuk ke Kota Bharu jalan-jalan kat sana, so tak boleh lah aku pergi. 

Overall, trip yang singkat ini sedikit sebanyak membuatkan aku gembira. 

Belanja keseluruhan:

Tiket bas Sani Express (return)                   RM96.00
Chalet, boat transfer, marine fee & 3 dive   RM480.00
Makan ???                                                  RM00.00
Mineral water, panadol dan gelang kaki     RM8.00
Total                                                            RM584.00 

RM584 sepanjang tiga hari aku di sana, adalah sesuatu yang sangat berbaloi. Terima kasih sangat kepada En Jo dan Shakir kerana semua makan minum aku di sana dibelanja. Terima kasih jugak kepada Wan (aku tak ingat namanya) sebab dinner malam kedua dia yang belanja. Terima kasih kepada semua, walaupun aku langsung tak kenal mereka, tapi mereka menjaga aku dengan baik. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki. Syukur sangat. 

** Travelog Kota Bharu akan aku tulis nanti.