Sunday 27 April 2014

Bersediakah aku ke EBC Oct ini?

Soalan yang bermain di fikiran aku few days back. Bersediakah aku untuk ke EBC Oct nanti? Kalau aku jawap sekarang, 15% sahaja bersedia. Selebihnya memang tidak. Aku yakin aku akan sampai sana, tapi persoalannya bersediakah aku?

Fikiran aku diasak dengan pelbagai persoalan dan pertimbangan. Pengaruh kawan-kawan juga menimbulkan kerunsingan. Macam-macam pertikaian ditujukan kepada aku. Aku kenal ngan seorang abang ni, dia pernah pergi EBC dan ABC. Fendi namanya. Aku pernah berjumpa dengannya sekali untuk mendapatkan nasihat. Nizam, seorang sahabat yang bakal ke ABC Oct nanti juga, berkobar-kobar untuk menjalani latihan bersama. Cikgu Kerol, Kak Reen dan rakan-rakan yang pernah ke EBC, Island Peak dan Mera peak juga banyak membantu.

Aku banyak juga membaca mengenai tempat yang aku nak pergi ni. Dua kesimpulan yang dapat aku simpulkan. Pertama, AMS menyerang tak kira siapa. Kedua, aku perlukan lebih isi untuk mengekalkan haba dalam badan. 

AMS merupakan musuh ketat peminat sukan trekking atau hiking di tempat sejuk dan tinggi. Bulan Oct merupakan bulan bermulanya musim sejuk dan suhu dia sana mencecah bawah sifar. Aku yang mempunyai BMI 17.26 atau lebih spesifik lagi, underweight, adakah aku mampu mengatasi masalah kesejukan melampau di sana. 

Rata-rata para sahabat aku menasihati aku untuk menambah berat badan dan makan lebih untuk mengelakkan perkara buruk di sana. Aku sedar akan itu dan aku sedang cuba menambah kuantiti pengambilan makanan aku. 

Soal attire dan equipment, semuanya aku akan beli di Kathmandu. Apa yang aku sudah ada aku akan bawa dari sini, dan selebihnya aku akan beli di sana kerana di sana adalah syurga outdoor. 

Setakat ini aku telah dapatkan guide dengan harga USD900 untuk 14 hari ekspedisi aku di sana. Ini adalah yang termurah setakat ini. Kos ini adalah termasuk airport transfer, hotel, teahouse, domestik flight, yuran taman negara, TIMS, guide tetapi tidak termasuk porter. Aku tidak akan menggunakan khidmat porter sebabnya aku akan minta guide aku bawakan beg aku.

Walaupun aku ada masalah untuk menghubungi guide aku di sana, dia tetap meyakinkan aku bahawa dia akan membantu aku untuk mendapatkan keyakinan semasa aku di sana kelak. Katanya, 99% peratus trekking ke EBC adalah berjaya. Aku berdoa agar semuanya berjalan lancar kerana aku akan spend masa di sana selama 14 hari. Total 17 hari di Nepal. 3 hari selebihnya adalah back up sekiranya cuaca buruk. Apa yang aku tahu, jika cuaca buruk, penerbangan dari Lukla ke Kathmandu akan dibatalkan dan terpaksalah sangkut di Lukla dahulu. 

Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, aku akan buat trip ke Bhote Kosi 2D1N untuk buat bungy jump 160 meter dan water rafting (kalau air tak sejuklah..hahaha). Ini semua hanya rancangan semata-mata. Termakbul atau tidak lain cerita. Sekarang sudah masuk bulan May, hanya ada lima bulan sahaja lagi. Tak lama lima bulan tu. Pejam celik pejam celik, tibalah masanya nanti.

Sekian, goodluck dan semoga perancangan selama dua tahun ini akan berjalan dengan lancar.

Note: hari ni tak ke mana-mana bosan so tulislah diary ini..

6 comments:

  1. semoga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Insya Allah, akak doakan awak Berjaya dalam misi awak. U GO GIRL!

    ReplyDelete
  2. Semoga diberi kekuatan dan akan berjaya ke EBC. Saya bercadang dan sedang plan utk ke sana Nov 2015. Tahun lepas dah keABC. Nak minta tolong kongsi maklumat dan pandangan. Good Luck

    ReplyDelete
  3. Insyallah boleh.. Yakin pada diri.. Kalau nak kene makan banyak tu bukan masalah kot tapi keseronokan.. Apa pun will pray you.. and wish u all the best :D Chaiiyyookkk..!!!!

    ReplyDelete
  4. Insyallah u can do it.....sy percaya kak seorg yg tabah dn kuat semangat,walaupon fizikal bdan xpenting yg penting stamina nk naik ker EBC tur lg penting....GO GIRL!!!!!!!!!!

    ReplyDelete