Tuesday, 18 June 2013

Semporna Day 01 - 30012013

Menjejakkan kaki di Airport Tawau membawa aku ke sebuah ceritera yang meninggalkan kenangan antara yang paling manis dalam hidupku. Kedatangan aku selama seminggu di sini cukup indah dan menyuntik perasaan gembira walaupun aku bersendirian sepanjang percutian ini. Mesti orang tertanya-tanya kan apa yang gembira sangat jalan-jalan seorang diri ni. Hurmm..

Ketibaan aku tepat jam 6.50 petang di Airport Tawau disambut baik oleh Kak Afzan, temanku yang tinggal di Pekan Semporna. Melalui kaunter Imegresen, Abang Imegresen tu tanya aku, " Awak ni orang ape?" Huhu. Ye la kan...muka macam Melayu, mata plak agak sepet, fasih pulak bercakap Melayu, tapi nama dalam IC pelik semacam je. Tapi macam biasalah, di mana-mana sahaja aku pergi mesti orang akan tanya, "You orang ape? Bangsa ape? Chinese or Malay?" Haha. Jam 7.00 pm kami bertolak ke Semporna. Aku memandu kereta Proton Saga FLX milik Kak Afzan dari airport sehingga ke Pekan Semporna kerana beliau jarang memandu ketika malam.

Jalan yang sempit dan banyak lori yang lalu lalang membuatkan aku lebih berhati-hati semasa pemanduan. Tambahan pula jalan amatlah gelap sekali. Betul-betul kena fokus pada pemanduan sopan santun aku ni. Nasiblah jugak aku bawa spek mata comel aku tu. Nampaklah jalan raya. First time drive di sini lagipun. Bahaya sentiasa menanti sekiranya tidak berhati-hati. Tiba di Semporna jam 8.15 malam, kami terus menuju ke sebuah kedai makan yang terletak menghadap ke arah lautan iaitu Seaview Seafood Restaurant Semporna yang terletak bertentangan dengan Dragon Inn Resort. Menurut Kak Afzan, ini adalah cawangan kedua restoren ini selepas restoren pertama mereka yang terletak di sebelah Hotel Seafest.
Menu makan malam kami adalah tomyam seafood, telur dadar dan sayur campur. Rating restoren ini bagi aku adalah 3.0. Walaupun tadi dalam flight aku dah makan, tapi perut aku ni macam meminta-minta makanan saja. Makan sajalah kan. Apa nak risau. Bukan aku gemuk pun. Haha. Kedudukan restoren yang betul-betul di sebelah laut memberikan suasana yang nyaman dengan tiupan angin yang sangat kuat, sejuk dan mendamaikan. 

Selepas makan, aku dan Kak Afzan pergi ke Guardian dan Giant kerana aku mahu membeli barang-barang keperluan sepanjang tempoh aku berada di sini. Banyak juga aku borong... coklat, biskut, meggi cup 4 bungkus, pencuci muka, moisturizer mist, ubat gigi, dan beberapa barang lagi.

Aku sebenarnya agak sibuk untuk mengarang diari perjalanan aku semasa di Semporna selama tujuh hari, namun aku akan cuba menyiapkan secepat yang mungkin. Al maklumlah, kenangan di sana masih lagi segar dalam ingatan aku. Masih terbayang-bayang lagi suasana di sana. Ikuti coretan perjalanan aku sepanjang seminggu aku berada di Pekan Semporna dan Pulau Mabul.

Jadual aku seperti di bawah:

30hb Jan 2013 - Flight KL (LCCT) to Tawau Airport
31hb Jan 2013 - Open Water Course (OWC) theory at Mabul Island - Daytrip
01hb Feb 2013 - OWC Confined Water 1, 2 & 3 + OW 1 & 2
02hb Feb 2013 - OWC Confined Water 4 & 5 + OW 3 & 4
03hb Feb 2013 - Fun Dive at Sipadan Island
04hb Feb 2013 - Relaxing at Mabul & Walk around the island
05hb Feb 2013 - Flight Tawau to KL

**Note:Aku saja buat daytrip pada hari pertama OWC di Mabul. Tapi aku cadangkan lain kali kalau sesiapa yang hendak ambil OWC, stay lah di lodge supaya lebih convenience dan anda boleh tumpukan perhatian. BAru boleh cover kelima-lima chapter tu. 

Berikut adalah sedikit maklumat yang aku dapat rumuskan untuk dijadikan panduan.

Pulau-pulau Di Semporna
  1. Pulau Mabul
  2. Pulau Sipadan
  3. Pulau Mataking
  4. Pulau Kapalai
  5. Pulau Mantabuan
  6. Pulau Sibuan
  7. Pulau Maiga
  8. Pulau Pom-pom
  9. Pulau Bum-bum
  10. Bohey Dulang 
  11. Lain-lain
Pengangkutan Di Semporna
Anda boleh guna perkhidmatan van pengangkutan atau teksi. Teksi mungkin mahallah jugak tapi kalau van murah saja RM15.00. Anda boleh menunggu van di sebelah KFC Semporna. Van akan bertolak ke Tawau agak kerap jugak. Paling awal 6.30 pagi or 7.00 pagi lebih kurang. Begitu jugak jika anda mahu ke Semporna dari Tawau. Dari airport anda boleh ambil teksi or naik bas ke bandar untuk naik van di sana. Teksi agak mahal lebih kurang RM180.00 rasanya if aku tak silap.

Jika anda ingin merayau-rayau di sekitar Semporna contohnya nak ke Tampi-tampi ke, Pakalangan ke, Bukit Tengkorak ke, angda boleh gunakan perkhidmatan prebet sapu yang ada di merata-rata pekan. Paling banyak adalah di sekitar Pasaraya Milimewah. 

** Kalau aku ada bagi salah info, tolong betulkan ya.

Tempat-tempat Menarik Di Semporna 
  1. Semporna Proboscis River Cruise
  2. Bukit Tengkorak Hill
  3. Regatta Lepa Festival (usually will be held on the last weekend of April after salary time)
  4. Tampi-tampi
  5. Pakalangan
  6. Tun Sakaran Marine Park (consist of 8 cluster of island - Bodgaya, Bohey Dulang, Sebangkat & Selakan, Maiga, Mantabuan, Sibuan, Church and Kapikan. Aku pernah ke Pulau Maiga dulu sekali. Apa yang bestnya kat sana adalah pemandangan yang cukup cantik. Kita akan melalui pusat penanaman rumpai laut yang begitu luas sekali. Geram aku tengok.hehe. Teringin gila nak panjat bukit di Bohey Dulang sebab pemandangan atas puncak tu pergh superb lah!!
Hotel & BB Di Semporna
Island Name Type Location
Mabul Water Bungalow Resort Water
Sipadan Water Village Resort Water
Sipadan Mabul Resort (SMART) Resort Water
Sipadan Dive Centre Resort Land
Seaventure Dive Resort Resort Sea
Scuba Junkie Resort Land
Borneo Divers Mabul Resort Resort Land
Uncle's Chang Homestay Land
Summer Friends Homestay Land
Sphere Divers Homestay Land
Seahorse Sipadan Scuba Lodge Homestay Land
Scuba Jeff Homestay Land
My Scuba Diver's Mabul Homestay Homestay Land
Mabul Backpacker or Sipadan.DOT.com Homestay Land
Billabong Homestay Land
Big John Homestay Land
Arung Hayat Sipadan Adventures Homestay Land
Mataking The Reef Dive Resort Resort Land
Kapalai Sipadan-Kapalai Dive Resort Resort Water

No comments:

Post a Comment