Tuesday, 23 April 2013

Pengangkutan Hat Yai - Kuala Lumpur

Tahukah anda perkataan Hat Yai adalah diambil daripada kedudukan geografi Bandar Hat Yai itu sendiri? Perkataan Hat dalam bahasa Siam bermaksud 'daratan' dan Yai pula membawa maksud 'besar'.  Secara kesimpulannya, Hat Yai bermaksud Daratan Besar atau Tanah Besar.

Okay, topik aku kali ini bukanlah mengenai sejarah Hat Yai sebaliknya mahu berkongsi dengan anda semua pengangkutan dari Hat Yai ke Kuala Lumpur. Terdapat beberapa pilihan yang anda boleh pilih bergantung dengan minat, masa, wang dan sebagainya. 

1. Filght

Ini adalah pengangkutan yang paling popular sekali masa kini memandangkan terdapat banyak syarikat penerbangan tambang murah spt Air Asia yang menyediakan tiket mampu beli kepada para penumpang. Aku memang peminat AA lagipun kerana itu saja yang aku mampu. Hehe. Kerana AA lah aku kerap jalan-jalan. Thanks AA. Perjalanan HatYai-KL hanya mengambil masa lebih kurang sejam. Kejap je tu dah sampai KL. Kalau nak murah, booking lebih awal adalah lebih afdal! Anda boleh layari laman web AA, click Air Asia. Firefly (milik Malaysia Airlines) jugak beroperasi dari KL ke Hat Yai. Sekarang ni ada pulak Malindo Airlines. Sejak dilancarkan June 2013 dulu, Malindo kini hanya terbang ke tiga destinasi iaitu KL, KK dan Kuching. Mungkin tak lama lagi Malindo akan tambah lebih banyak lagi penerbangan domestik dan luar negara. Kita tunggu dan lihat. Lapangan terbang Hat Yai terletak di Hat Yai, Amphoe Khlong Hoi Khong, Songkhla, Thailand.

2. Keretapi

Untung kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ada menyediakan perkhidmatan terus dari Thailand ke Malaysia. Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba sesuatu yang baru, menaiki keretapi sehingga berbelas jam, anda bolehlah menaiki perkhidmatan ini. Anda tidak perlu ke kaunter KTMB pun, hanya tempah online je. Kan mudah? Anda boleh klik KTMB E-Ticket System untuk tempahan yang pantas. Tapi anda kena mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu untuk memudahkan proses tempahan. Keretapi dari Hat Yai akan bertolak pada jam 1600 dan tiba di KL Central jam 0530 keesokan harinya. Terdapat 4 jenis seat yang ada iaitu katil (vip dan normal - atas n bawah) dan kerusi (vip dan normal).  Tapi takde lah VIP sgt pun.hehe
Suasana keretapi - katil


Pada mulanya aku mahu menaiki keretapi Hat Yai ke KL selepas pulang dari Krabi tapi apakan daya, semua tiket dah habis. Melepaslah peluang aku untuk merasai pengalaman menaiki tren jarak jauh ni. Huhu.Tapi takpe, next time masih ada.

3. Bas

Pengangkutan bas juga tidak terkecuali. Terdapat beberapa syarikat pengangkutan yang mampu memberikan keselesaan kepada penumpangnya. Ni aku nak share beberapa website syarikat pengangkutan bas Hat Yai - KL.

Sri Maju : http://www.srimaju.com/
Alisan Golden Coach : http://alisangoldencoach.com.my/

Anda juga boleh membuat tempahan di laman web ini. http://www.busonlineticket.com/ Amat mudah sekali. Aku dah book tiket bas aku dari Hat Yai - KL guna laman web ni. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit. Senang sangat. Tak perlu pergi ke kaunter untuk beli. Jimat masa dan tenaga. 
Bas Sri Maju
Alisan

Bagi bas Alisan, ada dua jenis iaitu Double Decker dan Executive Coach.

No comments:

Post a Comment