Sekiranya anda adalah seorang penggemar bunga-bungaan atau lebih senang cakap, anda memang sukakan bunga, Cameron Highland adalah tempat yang paling baik untuk anda semua membeli atau melihat bunga pelbagai jenis. Kepada bukan penggemar bunga, bagus juga untuk kita sekadar menatapnya kerana bunga boleh menenangkan emosi. Oleh kerana bunga berwarna-warni, banyak pakar luar negara menggunakan bunga sebagai terapi dalam kehidupan seharian kita. Warna-warna yang terdapat pada bunga secara tidak langsung merangsang deria penglihatan, mengurangkan stress, mengawal perasaan marah dan manakala bau-bauan yang pelbagai juga memberikan impak halus dalam kawalan emosi serta boleh merawat penyakit critikal seperti kanser. Haaa..banyak kelebihan bunga tau. Mungkin kita tidak sedar, kenapa kebanyakan perempuan sukakan bunga. Pada pendapat aku, Tuhan dah berikan perempuan dengan pelbagai emosi dan bunga menjadi salah satu terapi semula jadi untuk meneutralkan rangsangan hormon yan tidak stabil. Aku ni tidaklah pandai soal bunga ni, kalau nak lebih tahu tentang terapi bunga, anda boleh click di link ini: Flower Theraphy & Flower Therapy. Banyak info menarik yang boleh kita semua fahami. Aku sukakan bunga tapi aku tak suka beli. Sekadar tengok cukuplah. Bagi aku, bunga ni alam, sama macam hutan, bila tengok bunga atau hutan, jiwa aku tenang dan rileks. :P
P/S: Nanti sambung lagi...i sleep first
P/S: Nanti sambung lagi...i sleep first
No comments:
Post a Comment