Sepanjang perjalanan dari Ringlet, kepala aku pening semacam sahaja. Nasib baik ada Kak Zu yang sanggup dan rela memandu. Tambahan pula jalan dari Tanah Rata sangat berliku-liku dan banyak tanah runtuh di sepanjang perjalanan. Rasanya nama Tanah Rata boleh ditukar kepada Tanah Runtuh kot. :). Aku tertidur sehinggalah kami sudah tiba di Lata Iskandar. Aku yang masih separuh sedar memandang air terjun itu dari jauh. Cantiknya. Aku jatuh hati dengan air terjun ini.
Kami bertiga menuju ke arah lata. Aku singgah membeli cempedak goreng di gerai yang ada di situ. Perut sudah mula lapar. Kami menghabiskan cempedak dan kemudian bergambar sakan. Terdetik di hati ini, mahu saja aku terjun dan mandi untuk segarkan badan yang kepenatan. Tapi masa tidak mengizinkan. Plus, aku sudah tidak ada baju salin lagi. Selepas lebih kurang setengah jam mengnikmati keindahan alam semula jadi di Lata Iskandar, kami bergerak turun. Ini sahaja yang aku boleh share
tentang Lata Iskandar. Aku berniat dalam hati, next xpdc G.Irau, aku
akan singgah dan mandi di sini.
|
Gerai kraf tangan di sepanjang jalan |
|
Signage Lata Iskandar |
|
I love you |
|
Kak Zu & me.. |
No comments:
Post a Comment