Saturday, 12 April 2014

Training Di Batu Caves, Gombak, Selangor

Suasana awal pagi bi kaki bukit Batu Caves

Pemandangan dari atas
Training di Batu Caves sememangnya banyak membantu. Sesuai untuk mendaki ke Kinabalu. Pendakian turun dan naik akan menggalakkan otot-otot kaki bekerja lebih. Aku hanya mampu buat 5 kali pusingan sahaja. Semput habislah. Balik rumah kaki terasa berdenyut-denyut. :)

Paling penting ialah warm up sebelum panjat kerana nanti akan sakit kaki yang teruk. Dan kalau boleh bawa air mineral 500ml tu sekali. 

Hati-hati semasa mendaki kerana tangganya yang pendek-pendek dan orang ramai di situ. Masa turun, kalau boleh ikut tepi berhampiran tempat pegang tangga. In case apa-apa jadi, nak pitam ke, boleh pegang tangga. 
 
 Ini bukanlah kali pertama aku ke sini, tapi sampai sekarang aku masih tak tau jumlah sebenar anak tangga. Berkali-kali aku kira tapi setiap kali kira mesti tak sama. Adui. Hahaha
 

3 comments:

  1. Berkali2 kira pasti tak sama? hahahaa... Kata tengah training.. memang la susah nak mengira time tu.. :P

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Baru perasan lepas tu ada tulis kat tengah2 tangga.

    ReplyDelete