Saturday 12 April 2014

Myanmar Day 04: Mendaki Gunung Dan Melawat Kawasan Pedalaman Di Inle Lake

28 Dec 2013

Hari terakhir aku di pekan kecil Nyaung Shwe ini rasa sayu plak. Hehe. Plan aku adalah untuk mendaki kerana di keliling Inle Lake merupakan kawasan tanah tinggi. Kiri kanan nampak banjaran yang cukup panjang dan luas.

Pendakian aku bermula agak lewat kerana aku berborak dengan rakan di hostel. Hehe. Dah tak sempat ambil pendakian full day so aku amik half day je dengan salah satu agen yang buka kedai kat tepi jalan tu. Aku bayar USD6.00.

Kedai itu terletak sebelah sebuah kedai aiskrim kampung. Sempatlah aku makan aiskrim buatan orang Burma. Sedap sangat. Serius. Aku tunggu guide trekking aku lama jugak sebab dia ngah jalan kaki dari rumahnya ke pekan. Orang Burma ni baik-baik. Suka tolong orang. Tak kisah faham ke tak bahasa English, tapi keinginan membantu orang tu tinggi. Aku suka!

Sebelum itu, aku bersiar-siar di pasar Nyaung Shwe. Pasarnya kecik, menjual pelbagai makanan dan bahan mentah serta bunga-bunga segar. Paling best banyak bunga matahari. Aku beli kacang sebungkus dengan harga seringgit. Banyak gila,

Kemudian aku makan tengah hari di gerai tepi jalan. Take note ya sebab pekannya terlalu berdebu, so kalau tak tahan dengan debu, jalan makan di tepi jalan. Aku saja nak rasa kehidupan sebenar masyarakat di sana. Lepak dengan orang kampung dna berborak. Sangat best. Aku makan nasi lauk ikan kari. Noted gulai orang Burma ni sangat berminyak. Tapi sedap. Aku dihidangkan kari ikan, ikan bilis goreng cili kering, sup rebung+kacang merah, dan nasi putih. Puas gila makan sebab taste aku pedas-pedas. Meleleh hingus makan. 1500ks sahaja. duit MYR4.50 lebih kurang. Berbaloi dan kenyang. 

Bila perut dah kenyang, mulalah perjalanan mendaki aku. Guide dan aku berjalan sehingga ke pinggir pekan dan menuju ke perkampungan yang berada di kawasan gunung. Penat jugak trekking dengan panas teriknya, debunya. 

Aku melewati beberapa kampung dan sekolah yang cukup daif. Aku singgah di sebuah temple lama di dalam sebuah gua. Hurmm. 

Jalan ke perkampungan yang berada di kawasan gunung
Sepanjang perjalanan, aku dihadiahkan dengan pemandangan yang sangat menarik. Aku dapat melihat kawan pekan nun dari jauh. Pergunungan di sini tidak mempunyai pokok-pokok seperti kita. Gunung kering dan semuanya dilitupi dengan pelbagai jenis tanaman. Orang kampung mengusahakan ladang sendiri.

Ada ladang jagung, bunga matahari, tembakau, tebu, kacang, sayur, dan macam-macam. Pokok asam jawa juga banyak. Guide aku terkejut apabila aku banyak mengenali sayur-sayur hutan dan pokok yang rare. Abang, saya ni orang kampung jugak abang oi! Sungai, hutan itu dah menjadi darah saya. Nampak je manja-manja gitu. Hahahaha.

Aku singgah di sebuah sekolah yang kecil. Kalau kat Malaysia, sekolah itu bersaiz lebih kurang 2 kali ganda rumah rakyat. Betapa kecilnya sekolah mereka. Malah, semua gred berkumpul dalam satu kelas dan hanya dibahagikan dengan papan lapis. Itu pun  nampak kawan-kawan gred sebelah papan tu. Sedih tengok.

Abang mendukung adik bersiar-siar
Pelajar sekolah
Depan sekolah orang kampung tengah memotong kayu api beramai-ramai. Ada "tham boon" katanya. Tham boon itu adalah bahasa Siam bermaksud satu pesta keraian untuk membuat pahala dan bersedekah . Mereka ingat aku orang Siam, seorang lelaki yg boleh berbahasa Siam bercakap dengan aku. Aku lepak bersama mereka hampir 20 minit dan kemudian aku beransur pulang.

Aku trekking di celah-celah semak dan ladang jagung. Memang gatal-gatal badan aku. Haha. Kemudian kami singgah di sebuah kedai kampung untuk minum.

Apabila petang menjelma, guide dan aku pulang ke pekan semula. Berjalan laju-laju sebab nak kejar masa. Bas aku ke Bagan adalah jam 7.00 malam tapi orang akan datang pick up aku dari jam 6.00 - 6.30 petang. 

Sampai hostel aku mandi dan salin baju. Lepak-lepak bersama kawan sementara tunggu pick up. 

Semasa menunggu bas, suhu sangat sejuk. Aku ni pula hanya pakai sweater cotton je. Menggigil lah apa lagi. :)
 
Me & my guide
Bunga matahari di ladang

1 comment:

  1. Makan sampai hingus meleleh-leleh tu yang tak tahan hahahaa.. tapi ok RM 4.50 jer punya banyak dia kasi.. Abg Guide tu jalan kaki dari rumah ke pekan.. bape jauh tu bee?? bagus la orang2 kat sana baik2 .. bagus2.. senang nak berkomikasi walau tak faham.. :D

    ReplyDelete