Monday 20 January 2014

Bukit Tabur @ Tabuh Telah Ditutup dan Pendakian Dikehendaki Melalui Permit Dari Jabatan Hutan 20 Jan 2014

 
Bukit Tabur
2014 membuka tirai dengan pelbagai kecelakaan. Bukit Tabuh atau lebih dikenali dengan nama Bukit Tabur sering kali muncul di dalam akhbar-akhbar harian kerana kemalangan yang berlaku. Sejak dahulu lagi, Tabur meragut banyak nyawa. Paling popular adalah sepasang suami isteri berstatus Doktor, kedua-duanya mati kerana jatuh ke dalam gaung. 

Minggu pertama tahun ini, seorang gadis jatuh ke dalam gaung di Tabur West apabila beliau tidak dapat mengawal diri dan terlepas ke gaung. Beliau mendaki seorang diri ketika itu. Namun, nasib masih menyebelahi beliau kerana tersangkut di pokok dan berjaya diselamatkan oleh pegawai bertanggungjawab. 

Lebih seminggu selepas itu, seorang lagi gadis jatuh ke dalam gaung, juga berlaku di Tabur West. Beliau juga berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital tetapi malangnya, ajal menjemput beliau di hospital.

Ini adalah pendapat aku, even aku bukanlah pendaki tegar. Aku pernah mendaki Tabur 4 kali, dua east dan dua west. Extreme Tabur aku tak pernah pergi pun. Pendapat aku, Tabur ni adalah bukit yang cukup berbeza dengan bukit-bukit lain. Tak macam Broga atau Apek yang semua orang rasa nak pergi, dia boleh pergi sesuka hati. 

Bukit domestik hanya memerlukan pendakian biasa sebaliknya Tabur memerlukan kekuatan tangan dan kaki serta six sense. Batu marble yang tajam dan licin apabila hujan cukup membahayakan sesiapa sahaja tak kira expert atau tidak.

Teringat pada seorang sahabat (beliau adalah hardcore rock climber dan mountaineering) yang mana beliau pernah berkata, "Aku kalau hujan semalam, hari aku takkan mendaki Tabur. Nahas weh.."

Kepada sesiapa yang mahu mendaki Tabur, sila check item2 di bawah:

1. anda bukanlah first timer mendaki gunung or bukit
2. tidak pergi dalam kumpulan yang ramai kerana kita perlu lebih fokus pada tangan dan kaki. Jika dalam group yang besar, banyak main
3. kasut yang sesuai penting untuk cengkaman yang kuat
4. mempunyai fizikal yang sihat dan kuat. tangan harus kuat untuk menarik badan ke atas dan menampung berat badan, kaki untuk memanjat
5. setiap kali melangkah atau memegang batu, test dahulu, jangan terlalu percaya pada batu (yakni kuat) kerana batu itu mungkin agak rapuh
6. six sense penting untuk mengagak what is the next dan what to do if anything happen. kita tahu malang tidak berbau, tapi kalau boleh elak, kita elak
7. peka terhadap semua benda yang ada di depan mata or belakang
8. ambil langkah yang kecil dan mudah. keselamatan sangat penting kerana tersalah seinci langkah, akan membawa padah 
9. jika hujan pada hari sebelumnya, jangan pergi
10. tabur bukan seperti broga untuk bersuka ria
11. trek tabur sangat nipis dan gaung di kedua-dua belah, jika jatuh memang akan ke gaung.kalau nasib baik, sangkut kat pokok, jika tidak, ke gaunglah alamatnya
12. dont ever underestimated mother nature. 

Itu sahaja dari aku.
Peace

6 comments:

  1. hari itu mmg nk pergi....tp dh dgr kes mcm tur terus g trip lain

    ReplyDelete
  2. First baca ayat dah dengar word "kecelakaan".. ingatkan apa tadi.. :D
    Pernah naik sekali jer dulu lama tak tahu west ke ape ker hahhaaa.. kene naik lagi ni..
    Insyallah akan ingat pesanan di sini jika nak kesana..

    ReplyDelete
  3. https://www.youtube.com/watch?v=R2vBRW5JF3c

    saya sempat terbang di tabur baru baru ini..sungguh cantik!

    ReplyDelete
  4. Salam...
    tumpang tanye...bagaimana nk dptkan permit tu yer?
    bayar di entrance bukit tabur tu @ kne pergi ke pejabat hutan selangor?
    terima kasih...

    ReplyDelete