Saturday, 16 November 2013

Ada Apa Dengan Myanmar?

Pertama kali aku tengok majalah masa dalam flight ke Tawau dulu, aku terbaca pasal Inle Lake. Dan aku terus jatuh hati pada keindahan yang ditonjolkan dalam majalah tersebut. Masa tu aku masih terbayang betapa mustahilnya untuk aku ke tempat menarik seperti itu. Aku tak pernah berminat dengan Myanmar sebaliknya aku lebih berminat dengan Hanoi,  dan Guilin compare dengan Myanmar sebab nothing. Tapi sejak aku kenal Inle @ Inlay, aku terpikat dan terus Inle dimasukkan dalam wishlist aku. 



Yep, aku dah booking flight ke sana by the way. Seminggu di sana. Sedihnya hanya Yangon sahaja yang ada penerbangan dari sini. Dari Yangon @ Rangoon, mengambil masa minimum 16-20 jam perjalanan menaiki bas. Ougfh, sure penat. Huhu. But it's okay. Masih di awal perancangan. Insyaallah, kiranya takde aral, aku akan ke sana menikmati suasana kehidupan atas air, mencari rezeki atas air, semuanya atas air. (kg aku pun ada tasik besar sebenarnya.hehe.)

Well, susah nk cakap. Tunggu dan lihat je. Goodnite

Friday, 15 November 2013

Melawat Kuching, Sarawak Oct 2011

Rasanya inilah kali pertama aku travel seorang diri. Tanggal 07 Oct 2011 aku ke Kuching Sarawak sebab tiket hanya RM58.00 sahaja pergi dan balik masa tu. Eh, taklah, kali pertama aku travel seorang adalah Kinabalu 2010. Namun, di sinilah bermulanya minat mendalam untuk travel secara backpack ke mana-mana. 

Kunjungan aku ke Sarawak sangat kebetulan dengan rakan baik aku dari sekolah menengah, Anja dan tunangnya, dan seorang lagi kawan baik masa PLKN dulu, Asyraf serta kawannya, Kupang. Pertemuan tiga penjuru tersangatlah kebetulan. Kami semua berjalan bersama-sama sepanjang dua hari setengah di Kuching.

Actually ada lagi gambar yang lain, tapi ini sahaja yang dapat aku lampirkan sebab yang lain semua dalam laptop (yg kena rompak).huhu. 

Aku melawat Kampung Budaya, Pantai Damai, Pasar Satok, Kek Lapis Dayang Salhah, Topshop Seafood, muzium (ada dua muzium aku pergi tapi tak ingat pulak), dan Waterfront. 

Penginapan aku memang terletak betul-betul di Waterfront, so lepak kat depan situ sampai lewat. 
Kenangan di Kg Budaya Sarawak di mana aku dijemput naik ke pentas semasa persembahan berlangsung. Menggeletar tangan. Abg tu sengaja buat gimik bagi semua org gelak tengok aku menggigil kat atas pentas. Aku ni stage-phobia.Hahaha. Glamour la jugak hari tu aku. Penonton penuh dewan, aku seorang pulak tu kena panggil.
Sebagai ganjaran, aku disuruh menyumpit di atas pentas. Gaya pegang pun dah salah. Semua belon tak kena. LAst-last abg tu tarik aku pergi dekat dengan belon, suruh aku tiup. Siot. Hahaha. Semua orang gelakkan aku.
Kat luar rumah tradisional kaum Iban kot, aku dah tak ingat dah.

Bersama Anja, rakan sekelas masa sekolah menengah dulu. Bertahun-tahun tak jumpa then terjumpa di Sarawak

Thursday, 14 November 2013

Mendaki Sambil Makan Angin Di Gunung Jerai, Yan, Kedah (My Homeyy)

Saja nak share trip aku ke Gunung Jerai, Yan, Kedah masa aku pergi dulu pada 14 February 2011. Dah lama dah. Trip yang mulanya untuk pergi shopping berakhir dengan panjat gunung dengan pakai selaur jean. Haha. Kesian adik beradik aku yang lain. Kena buli dengan aku. Dia orang bukan main suka lagi aku bawa jalan-jalan, last2 bertungkus lumus mendaki. Cousin aku yang beranak satu pun bukan gagah lagi. Tak putus asa. 

Tapi dia orang asyik komplen je dengan aku sebabnya aku asyik cakap "sikit lagi nak sampai dah..." hahaha. Tapi tak sampai-sampai jugak. :P

Saat paling gentar apabila kami diserang sekumpulan monyet warna kelabu. Budak-budak tu semua takut. Aku pun takut jugak sebab ada seekor monyet tu badan nya sebesar budak umur 2 tahun. Macam ketua geng rasanya sebab yang lain tak garang sangat. Rupa-rupanya dia orang nampak kami bawa makanan. So nak tak nak, budak-budak ni dah menyorok kat belakang aku, terpaksa aku pura-pura berani, amik kayyu panjang spare in case apa-apa berlaku, then baling makanan kat monyet-monyet ganas tu jauh-jauh. Then, cepat2 jalan tak pandang belakang. 
 
Bila sampai kat resort atas gunung, masing-masing dah macam katak kena lanyak tayar kereta.. Nasib baik aku ada ambil nombor driver van, so aku pun call pakcik tu datang ambil kami kat atas. Kesian semua orang layu dan lapar tak mampu nak jalan turun ke bawah lagi dah. 

Note: Sorry gambar tak clear kerna gambar ni dh resize byk kali.

Me posing konon cute ..
Me.. Syyyytt..semua orang pancit...

My little bro & me. Adik perempuan tak dapat ikut sebab kena pergi tuisyen.

My cute-cute family
From left: Bee, Linda & Bee
Posing kat kona maut (bak kata org Kedah)
Muka-muka Siam nak kena hantar balik Thailand.haha
Masa ni adalah paling best sebab dah tak jauh lagi dah
 Sekian

Wednesday, 13 November 2013

Few Hours Trip to Labuan ~~ Place To Visit In Labuan (Tempat Menarik Di Labuan)

Labuan: 30082013
Kunjungan aku ke Labuan hanyalah untuk beberapa jam sahaja kerna aku tidak punyai masa yang panjang di sini. Daytrip pun dah cukup untuk melengkapkan semua tempat tapi tu la.. terburu-buru lah. Aku mahu bermalam tapi masa tidak mengizinkan. Takpe, may be next time. Hafiz membawa aku ke beberapa tempat. Terima kasih Hafiz! 

# World War II Memorial  Park
Tempat wajib datang. Sebab cantik! Sangat terurus dan bersih. Tak ada satu sampah even sehelai daun kering pun kat sini. Masa aku pergi, aku nampak ada seorang uncle memang jadi penjaga kat sini.

# Surrender Point & Peace Park
Aku sebenarnya tak sempat melawat kedua-dua tempat ni. Ini adalah tempat wajib kiranya anda melawat Labuan ya.. 

# Labuan International Ferry Terminal
Off aku akan datang sini sebab inilah pengangkutan aku dari dan ke Labuan. Perkhidmatan teratur dan memuaskan.

# Labuan Chimney & Tunnel
Ini adalah mini muzium. Kecil dan bersejarah. Antara tempat wajib jugak datang bila berkunjung ke Labuan.



# Bird Park
Masa aku datang dia tutup pulak.. Baru nak tengok burung.

# UMS International Campus
Aku saja datang sini sebab aku rasa tempat ni popular. Rindu pulak zaman belajar kat U dulu. Macam-macam kenangan ada. Rindu nak pergi kelas dan tengok muka lecturer yang cute dan hensem. Haha. 


# Financial Park
Mesti pelik kenapa aku datang sini. Haha. Kat sini ada satu kedai Skypark namanya. Kedai ni menurut kawan aku, Hafiz, adalah tempat paling popular untuk beli coklat murah. Aku pun apa lagi..Hehe.

# Labuan Marine Museum
Singgah sebentar je kat sini. Untuk tengok-tengok apa ada kat dalam ni. Menarik. Ada ikan, ada dive equipment, kapal, tulang ikan paus, belut, dan ikan dalam aquarium.




# International Sea Sport Complex
Menarik di sini adalah pusat sukan air terkemuka. Semua jenis sukan air ada. Tapi masa aku datang takde la sukannya. Hehe.

# Pantai Pancur Hitam
Sepanjang Jalan Pancur Hitam ni tersangatlah mendamaikan hati. Serius. sejuk dan mendinginkan je. Redup jalan sepanjang jalan tu. Kalau dapat naik basikal atau motor time tu, sure best. Or jadikan tempat wedding photoshoot pun okay. Pokok-pokok di kedua-dua belah jalan besar dan tak panas. I Like!



# Restoren Ape AKu Tak Ingat Plak
Aku singgah makan tengah hari kat sini. Restoren ni sangat selesa. Aku try laksa Sarawak. Memang sedap sangat. Lebih sedap dari yang aku makan di Kuching dulu.

# Kampung Air / Water Village
Kampung ini adalah tarikan utama juga di sini. Anda boleh lihat kehidupan masyarakat di sini yang tinggal di atas air, di mana rumah mereka dibuat dengan kayu yang tinggi-tinggi. 

# Gambar Lain-lain


Anda boleh rujuk di sini: semua ada >>  http://wikitravel.org/en/Labuan

Note: Tajuk color biru ialah tempat yang tak sempat aku pergi. 

Map yang aku copy dari internet.
 

Sunday, 10 November 2013

Gunung Irau: Malaysia Lord Of The Ring

Gunung Irau: 09032013 
Kami tiba di permulaan trek (di pondok) jam 05.00 pagi lebih kurang. Jalan ke sini sememangnya cukup mencabar dengan laluan yang sangat curam, jalan berkabus dan gelap. Kami pasang sheet di pondok dan baring. Niat untuk tidur tergendala apabila Kamila dan Rose sangat bising buat kacau. Haha. Final, aku masak maggi sebab teramat lapar.
Sebelum pendakian, group photo dulu.. my beloved friends... Mohamad Asri Abas, Rosemarina Ahmad Tajuddin, Mohd Shamrulhisam Yaacob, Kamila Ahmad Raduan, Tuan Ahmad Faizal Tuan Abdullah ..
Ceria-ceria di permulaan pendakian
Beginilah kasut bila panjat Irau
Pemandangan puncak Irau dari Mini Irau
Awal pendakian, aku memang pancit. Tapi bila dah lama sikit, aku okay. Biasalah, jarang bersenam.

Kami sampai di Mini Irau lepas dua jam pendakian. Trek agak mencabar kerana akar-akar kayu banyak. Selut pun dalam. Kalau tak jaga kaki, boleh terselit dalam akar. View sepanjang trek memang cantik. Lumut-lumut basah ada sehingga di atas pokok. Amat mengagumkan. Terasa macam kat dunia lain pun ada.

The Lord of the Ring versi Cameron Highland
Dari Mini Irau, kami tiba lebih kurang 45 minit di puncak Irau. Sampai je terus lepak dan makan-makan bekalan yang ada. Penat juga kaki. Naik gunung mana yang tak sakit kaki kan.. Borak-borak dan bergambar di atas puncak.

Group kami adalah group yang pertama sekali tiba di puncak. Ada beberapa group yang tiba selepas itu.

Beginilah keadaannya bila ada kawan-kawan macam mereka ini. Ada saja idea nak kenakan orang. Kecoh satu kampung. Tak peduli dah siapa ada di sekeliling kami tu. Haha.
Comot kami semua. Hilang penat mendaki.
Batu petanda kawasan.
Makanan kami di atas puncak gunung. Hanya makanan ringan saja. Tangan aku sangatlah kotor, tapi dah tak peduli dah masa tu sebab lapa punya pasal. Sekeping roti then tak boleh makan lagi. Huhuhu. Yang lain makan berselera sungguh.
Perjalanan turun lebih mencabar bila perut aku sudah berbunyi kuat. Tenaga langsung tak ada dan mata terasa gelap. Nasib masih semangat masih kuat. 

Masa turun, kami tiba di bawah awal. Kami bertiga turun ke Brinchang terlebih dahulu meninggalkan yang bertiga lagi yang belum sampai lagi. Ini adalah kerana, langit sudah gelap dan kami perlu mendapatkan tapak khemah di Kem Sg Pauh, Tanah Rata. Singgah di Brinchang market untuk membeli barang-barang masak makan malam dengan pakaian yg cukup kotor. Hehe.

Lepas beli barang, lama juga kami mencari Kem Sg Pauh, pusing-pusing akhirnya jumpa. Even aku dah pernah pergi tapi aku lupa. Hujan turun membasahi bumi Cameron Highland. Kami hanya dapat menunggu. Bila hujan sedikit reda, kami set up khemah. Bila siap, hujan turun dengan lebatnya lagi. Badan mulai sejuk even berlindung di bawah tent.

Aku bersihkan badan di bilik air Kem Sg Pauh. Toilet sangatlah kotor dan tidak terjaga. Apatah lagi terdapat pelajar sekolah ada kursus di situ.

Selepas kawan-kawan yang lain tiba, kami mula masak. Aku sebagai tukang jaga api arang dan bakar ayam. Yang lain buat kerja masing-masing. Masak spaghetti, buang kulit jagung, potong hotdog, buat air, dan tukang kacau orang. Kecoh sungguh dia orang ni. Happening sangat.

Lepas tu kami makan sambil bergelak ketawa. Nak pecah perut aku dengan gelagat dia orang. Rose memang kuat lawak. Asri pun kuat melawak. Tuan pun bukan main lagi. Yang tak pandai buat lawak hanyalah aku dan Kamila. Shamrul pun not bad kalau mengenakan orang. So, dh nampak siapa yang selalu dikenakan dan mangsa keadaan.


Dinner kami malam tu. Ayam BBQ, spaghetti bolognese dan carbonara, hot dog bakar, jagung bakar, dan teh o laici.
Even makanan kami sedap, tapi aku tak lalu nak makan. Maybe sebab badan terlalu penat dan tak tidur semalaman membuatkan aku hilang selera makan. Lepas makan, dia oramg main Uno. Aku tengok je la sebab mata aku sebenarnya teramatlah berat. Nak tidur tapi semua orang tak nak tidur lagi. :P

10032013
Aku tak dapat tidur dengan nyenyak even semalaman tak tidur. Sebab suhu terlalu sejuk dan kami bertiga, aku, Kamila dan Ros hanya berkongsi satu sleeping bag. Memang berhimpit lah kami bertiga menyelit antara satu sama lain untuk panaskan badan. Aku terjaga seawal jam 4.45 pagi. Sejuk sangat.

Jam 07:00 aku bangun. Yang lain masih belum bangun lagi. Tuan dan Shamrul tidur di luar khemah di bawah fly sheet manakala Asri tidur dalam kereta. Aku mengambil kesempatan ini untuk menikmati suasana pagi yang cukup indah di Sg Pauh ini. Sejuk, tenang, dan sangat mendamaikan. Aku berjalan sepanjang jalan dan melihat pokok-pokok pyrus dipenuhi dengan embun jernih. Pokok-pokok bunga kecil kembang cantik sekali. 

Romantik sangat suasana di awal pagi macam ni. Aku berjalan sehingga ladang strawberi di sebuah kampung. Terdapat sebuah kubur di sebelah kanan. Cuak jugak aku. Kawasan perumahan di situ kecil saja namun, sangat rilek. 

Selepas sejam mengambil udara segar di situ, aku kembali ke kem site.

Inilah breakfast kami. Abaikan pisau tu. Ganas dia orang ni. Hahaha
Lepas breakfast, kami kemas-kemas dan bersiap untuk pulang. Rose, Kamila dan Asri pulang sementara kami bertiga pula bercadang untuk layang teh segar di Bharat Tea dulu.

Pemandangan menarik dan cukup menenangkan di Bharat Tea sambil hirup teh segar dari ladang,
Tamat ekspedisi kami.