Wednesday, 13 November 2013

Few Hours Trip to Labuan ~~ Place To Visit In Labuan (Tempat Menarik Di Labuan)

Labuan: 30082013
Kunjungan aku ke Labuan hanyalah untuk beberapa jam sahaja kerna aku tidak punyai masa yang panjang di sini. Daytrip pun dah cukup untuk melengkapkan semua tempat tapi tu la.. terburu-buru lah. Aku mahu bermalam tapi masa tidak mengizinkan. Takpe, may be next time. Hafiz membawa aku ke beberapa tempat. Terima kasih Hafiz! 

# World War II Memorial  Park
Tempat wajib datang. Sebab cantik! Sangat terurus dan bersih. Tak ada satu sampah even sehelai daun kering pun kat sini. Masa aku pergi, aku nampak ada seorang uncle memang jadi penjaga kat sini.

# Surrender Point & Peace Park
Aku sebenarnya tak sempat melawat kedua-dua tempat ni. Ini adalah tempat wajib kiranya anda melawat Labuan ya.. 

# Labuan International Ferry Terminal
Off aku akan datang sini sebab inilah pengangkutan aku dari dan ke Labuan. Perkhidmatan teratur dan memuaskan.

# Labuan Chimney & Tunnel
Ini adalah mini muzium. Kecil dan bersejarah. Antara tempat wajib jugak datang bila berkunjung ke Labuan.



# Bird Park
Masa aku datang dia tutup pulak.. Baru nak tengok burung.

# UMS International Campus
Aku saja datang sini sebab aku rasa tempat ni popular. Rindu pulak zaman belajar kat U dulu. Macam-macam kenangan ada. Rindu nak pergi kelas dan tengok muka lecturer yang cute dan hensem. Haha. 


# Financial Park
Mesti pelik kenapa aku datang sini. Haha. Kat sini ada satu kedai Skypark namanya. Kedai ni menurut kawan aku, Hafiz, adalah tempat paling popular untuk beli coklat murah. Aku pun apa lagi..Hehe.

# Labuan Marine Museum
Singgah sebentar je kat sini. Untuk tengok-tengok apa ada kat dalam ni. Menarik. Ada ikan, ada dive equipment, kapal, tulang ikan paus, belut, dan ikan dalam aquarium.




# International Sea Sport Complex
Menarik di sini adalah pusat sukan air terkemuka. Semua jenis sukan air ada. Tapi masa aku datang takde la sukannya. Hehe.

# Pantai Pancur Hitam
Sepanjang Jalan Pancur Hitam ni tersangatlah mendamaikan hati. Serius. sejuk dan mendinginkan je. Redup jalan sepanjang jalan tu. Kalau dapat naik basikal atau motor time tu, sure best. Or jadikan tempat wedding photoshoot pun okay. Pokok-pokok di kedua-dua belah jalan besar dan tak panas. I Like!



# Restoren Ape AKu Tak Ingat Plak
Aku singgah makan tengah hari kat sini. Restoren ni sangat selesa. Aku try laksa Sarawak. Memang sedap sangat. Lebih sedap dari yang aku makan di Kuching dulu.

# Kampung Air / Water Village
Kampung ini adalah tarikan utama juga di sini. Anda boleh lihat kehidupan masyarakat di sini yang tinggal di atas air, di mana rumah mereka dibuat dengan kayu yang tinggi-tinggi. 

# Gambar Lain-lain


Anda boleh rujuk di sini: semua ada >>  http://wikitravel.org/en/Labuan

Note: Tajuk color biru ialah tempat yang tak sempat aku pergi. 

Map yang aku copy dari internet.
 

5 comments:

  1. Labuan memang wonderful place to visit.. tapi tak faham kenapa orang kata " apa la yang ada di labuan tu.." datang dulu than baru tau menarik tau tidak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I like your komen (klu google ni boleh like la kan..) Banyak tmpt kan kt sana..wreck diving pun byk.. mmg kecil tpi not too bad..best jln kt sana redup2.. tak panas..

      Delete
    2. Surrender memorial tu sempat pergi.. amik gambar and terus chow.. bird park pergi pun tutup.. tak tahu kenapa.. eh tak try ke masuk tunnel batu arang kat chemney muzium tu..??

      Delete
  2. Labuan It's a lovely place to spend your weekends.Labuanbajo is a surprisingly nice place to stay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree with you. Its a good place to relax. Love Labuan!

      Delete