Sunday, 15 September 2013

Aku Rindukan Kedinginan Malam Di Cameron Highland

Lately, aku terasa mahu ke CH sangat. Bila kesunyian dan keseorangan, CH terbayang di fikiran aku. Aku benar-benar mahu ke sana untuk melepaskan tekanan yang bersarang dalam jiwa. Mencari-cari weekend yang sesuai, namun, bulan November sahaja yang okay. Cuti Deepavali dan Awal Muharam. Dan pastinya, CH akan sesak dengan teruk sebab cuti panjang. Tapi hati ini meronta-ronta hendak ke sana. Rindu kesejukan malam yang menggigit diri. Rindu kesegaran udara nyaman di pagi hari. Rindu melihat daun-daun segar dan pemandangan indah yang cukup menenangkan. Rindu dengan suasana romantik di sana. Rindu dengan gunung ganang yang terbentang luas di depan mata. Rindu dengan cactus berwarna warni. Rindu dengan ubi kayu fresh yang direbus terus dari ladang. argh, aku pasti akan ke sana, biarpun sendiri. Cameron Highland, nantikan kehadiran aku di sana. Please, temani aku wahai CH...

Cameron Highland

4 comments:

  1. Cuba lah pergi normal weekend.. it should be fine.. jumaat malam sampai petang ahad.. ok la.. Just cadangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu jugak yg difikirkan tu..tp skg mcm busy je..haha. Last pergi pun masa mendaki dulu.

      Delete
    2. Busy nak ke Cambodia ker?.. hahahaa...
      boleh plan untuk 2014.. :D

      Delete