Saturday 18 May 2013

Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkuk 18052013

Last minute plan. Aku terima call dari kawan aku then terus setuju tanpa fikir panjang, dengan syarat minyak kereta dan makan dia tanggung. Haha.

Starting point pendakian bermula lebih kurang 100 meter dari simpang nak ke Fraser Hill. Kalau hendak ke Fraser atau nak ke Raub, anda akan nampak pondok-pondok kecil seperti tandas, surau, wakaf, dan kedai di tepi jalan. Anda boleh parking di situ dan berjalan ke permulaan trek dengan melalui jambatan berwarna coklat. Trek sangatlah bersemak samun, mungkin dek dah lama orang tak mendaki kot. Banyak pokok tumbang dan buluh patah. Daun memenuhi trek membuatkan kami mudah hendak tergelincir. Agak kurang enjoy bila keadaan trek macam tu, apa pun kami still mendaki dengan sabar. Tapi overall, trek ni okay. Tak susah mana. Apa yang menarik di sini, tiupan angin yang sejuk membuatkan kami selesa mendaki. Sejuk je rasa. Sepanjang jalan macam ada aircond plak. hehe.

Nama : Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkuk
Difficulty : Easy
Rate : 2.8 / 5.0 (ada plak point2.hehe)

Semasa dalam pendakian, aku digigit 3 ekor kutu dan seekor pacat. Risau gila aku bila kutu hinggap kat badan. Takut dia masuk kat tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Grrr. Nasib baik sempat nampak. Aku malas nak cerita panjang lebar, aku just nak share sedikit gambar yang sempat aku rakamkan. Here we go!
 


A very sunny day... nice moment

A moment to remember..

Life isn't long.. do whatever you want to do...so that you won't regret when time pass..

Steady man steady...

4 comments:

  1. tak tahu jugak akan kewujudan gunung nie.. boleh try nie.. :D

    ReplyDelete
  2. Me pun first time..klu nak pergi boleh terus stay kt Fraser Hill rilek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah balik malaysia.. boleh la tanya dgn lebih lanjut :D
      Fraser Hill pun tak pernah pergi hahahaa.. :P

      Delete