Semalam aku, Rafi dan Dyah telah pergi makan di sebuah restoren makanan Thai yang terletak di Kampung Baru, KL. Perjalanan yang cukup jauh dari Shah Alam ke KL berbaloi sebab masing-masing membawa perut yang kosong. Memang licin kami semua sapu.
Restaurant Lala Seafood Tomyam ini adalah sebuah restoren yang berkonsepkan ala-ala kampung, design teratak kayu, dan sebuah rumah kayu, dengan gemerlapan lampu neon kuning, memberikan suasana yang selesa kepada setiap pengunjung walaupun tempat agak padat dan sentiasa penuh dengan pelanggan yang tak putus datang.
Menu yang disediakan semuanya menarik, tetapi tidak dapat makan semua lah sebab kami cuma bertiga sahaja. Jika anda penggemar makanan Thai yang pedas, masam, dan asli, di sinilah tempat yang anda cari. Memang berbaloi sebab harganya sangatlah murah. Kami makan tomyam seafood, daging bakar yang digoreng halus (sedap sgt daging dia, sebab takde rasa bau langsung), ayam cincang goreng dengan daun ape ntah, kailan ikan masin, sambal belacan, nasi putih. Sayang sekali kerabu mangga dah habis so kami tak dapat makan kerabu. Semuanya berharga cuma RM59.00. Memang murah.
Disebabkan aku tidak membawa kamera, so, tidak dapatlah aku share gambar di sini. Nanti bila kawan aku dh bagi gambar padaku, aku akan update semula. Disebabkan aku memang suka makan makanan yang masam dan pedas, so aku plan akan mencuba di My Elephant pulak.
P/S: Ni gambar yg aku baru dapat dari temanku. Thanks Dyah

No comments:
Post a Comment