Wednesday, 24 July 2013

Never been to Singapore? Kenapa tidak hujung minggu ini?

Sejak isnin lepas, aku terfikir-fikir apa aktiviti aku untuk weekend ni. Al maklumlah, Jumaat PH pulak. Tiga hari cuti semasa bulan Ramadhan macam bosan pulak kalau duduk rumah seorang diri tak buat apa-apa, tambahan pulak baru lepas gaji dan tengah 'lampu merah'. So, aku mula godek-godek lah internet searching pasal negara jiran kita, iaitu Singapore. Menarik juga kalau just pergi jalan-jalan tengok tempat orang di hujung minggu. Mungkin budget agak tinggi sebab Singapore 2.5 rate compare dengan currency kita. But why not kan... boleh jimat kat tempat lain. Tiket tren paling murah RM34.00 sehala. Jalan-jalan tengok tempat je, tak perlu pg USS ke theme park ke bla bla bla... Usyar2 then balik pun okay kan... Hotel cari yang backpacker cukuplah kan? Tp backpacker sana best. Tak macam backpacker Malaysia. So, godek punya godek, aku terbooking pulak satu backpacker kat sana... Al kisahnyaaaaa....

Besok malam, 25 Julai 2013, aku akan bergegas dari tempat kerja lepas berbuka utk ke KL Central naik tren kat sana. Tak sabar pun ada... Satu lagi kisah Lone Ranger jalan-jalan nak hilangkan stress yang sedang menghimpit kepala..

Singapore, Aku Datang!!!

Thursday, 18 July 2013

Gunung Kinabalu June 2013 Yang Penuh Cabaran

Pendakian aku buat kali ketiga ini cukup berbeza dengan dua pendakian aku sebelum ini. Antaranya adalah, ini adalah kali pertama aku mendaki secara berkumpulan dan kesemua ahli kumpulan aku terdiri daripada golongan kaum Adam, dan hanya aku seorang sahaja yang wanita dan aku adalah ketua rombongan, kononnya lah kan...

Okay, aku tak nak berputar-putar, kali ini aku nak share tentatif program kami dengan lebih detail.

28 Jun 2013

5.30 pm
Aku check in di Kinabalu Park. Setelah selesai urusan pendaftaran dan mengambil kunci, kami semua berjalan kaki ke Rock Hostel. 6 bilik kesemuanya. Aku bilik standard seorang diri, dan yang lain ada yang bilik twin sharing dan quad sharing. Suhu mulai dingin.

7.00 pm
Bas datang mengambil kami untuk pergi dinner di Balsam Cafe kerana hujan. Jika tidak hujan, kami sepatutnya berjalan kaki. Kami menikmati dinner dalam keadaan yang cukup sejuk. Aku dah mula menggigil dah. Lepas itu, kami berjalan kaki pulang ke hostel. Kami lepak-lepak di ruang tamu sebelum masing-masing masuk tidur. 

Badan aku mula tidak sedap. Panas, sakit kepala dan lemah. Aku agak risau jika esok masih badan aku masih lemah. Takut jika tidak mampu mendaki dengan baik.

29 Jun 2013

6.00 am
Aku bangun seawal 3.30 pagi. Aku tidak boleh tidur dan kepala aku sakit. Kebimbangan makin menghantui aku sebab takut tak boleh mendaki. Aku tak boleh memejamkan mata sehinggalah jam 5.30 pagi. Aku mandi dan mengemas beg. Air nya sejuk tidak terkata. Kami semua berkumpul dan terus bergerak ke Balsam Cafe untuk breakfast. Selepas breakfast, kami ke kaunter untuk check in beg yg kami tidak mahu bawa ke Laban Rata. Kinabalu Park mengenakan cas RM10.00 bagi satu beg.

8.00 am
Aku menguruskan hal pengangkutan dan guide. Setelah selesai bayaran tersebut, kami berkumpul di depan Kinabalu Park. Masing-masing nampaknya tidak sabar untuk memulakan pendakian. Sambil menunggu guide datang, kami bergambar di situ berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang malu-malu kucing. Kejap dilindungi awan tebal, kejap terlihat dengan jelas Donkey Ear Peak dan lain-lain.

8.30 am

*Editing time....


Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah

Sejurus selepas bertolak dari airport ( Terminal 2 - AA), aku dan teman2 terus ke Kinabalu Park. Semasa dalam perjalanan, kami singgah di Rumah Terbalik. Sambil menunggu Nizam dan kawan2 yang baru tiba di Terminal 1, kami makan tengah hari dahulu di Mango Garden di sebelah Rumah Terbalik tu. Restoren yang cukup selesa, tak panas, cantik luar dan dalam, tambahan pula layanan mesra dari pekerja-pekerjanya. Design restoren yang menarik, antik dan penuh klasik amat mendamaikan. Menu pilihan juga agak menarik. Tata susun meja dan peralatan seperti hotel. Memang berbaloi makan di sini. Makanan agak murah jika dibandingkan dengan keselesaan restoren. Cuma yang kurangnya, serve agak lambat. Tapi overall okay.

Aku just nak share sikit gambar. Have a look ya! Have a nice day everybody! Love!

The Art

Pintu masuk Restoren Mango Garden

Kereta Terbalik plat no Johor.

Rumah Terbalik, Tamparuli Sabah, Borneo

Operating hour The Upside Down House

Harga tiket dipaparkan di kaunter.

Reception Rumah Terbalik. Beli tiket di sini.

Wednesday, 17 July 2013

Baju Raya!!

Hah! Kali ini aku nak tulis pasal baju raya aku. Walhal bukan aku raya pun nanti, tapi beli baju raya mengalahkan orang yang nak beraya. Sakan sungguh aku! Haha. Buat kali pertama kalinya seumur hidup aku, aku membeli baju raya. Tak tau lah kenapa tahun ni macam beria-ia sangat, tapi macam, seronok pulak bila dapat keluar tengok kawan-kawan shopping. Aku pun tumpang sekakilah. Dua pasang jugak aku kebas. Satu hijau turqiose lembut dan satu kuning cair. Hijau kuning macam bendera Kedah pulak.Haha. Kedah pun Kedah lah, aku pun mai dari sana jugak. :)

Baju warna hijau dah ada dalam almari, kuning je belum pergi amik lagi kat kedai. Booking je dulu. Next week baru collect. Kedua-duanya adalah baju kurung moden yang simple dan sweet. Takde corak-corak, plain saja. Boleh pakai lama nanti. Even ramai yg suruh aku beli peplum, tapi aku lebih berminat dengan baju kurung moden. Tak ketinggalan zaman nanti. Dahlah mahal pulak tu, nak pakai sekali je macam membazir. Plus, aku ni bukanlah jenis gila fesyen. Bagi aku simple dan selesa kira okaylah.

Habislah jugak hampir RM500. Pokai la bulan ni aku. Dah tak dapat nak pergi Pulau Perhentian sebelum pulau tu tutup ketika monsun. Dem! Jenuhlah aku dok pujuk diri aku takpe takpe, kali ni je nak pampered myself. Haha. Bila lagi, time stress ni lah boleh manjakan diri sendiri. Kalau takde duit, makan baju pun okay! :P

Hanya Aku dan Diri Aku

Dah seminggu kita berpuasa. Kejap saja aku rasa. Dah masuk minggu kedua. Sepanjang seminggu berpuasa, aku lebih suka menyendiri daripada semua jenis pergaulan. Entah lah kenapa pun aku tak tahu. Adakah sebab Ramadhan atau sebab nak rehatkan minda. Hari-hari berlalu dengan cepat. Kerja dan balik umah awal, makan dan kemudian tidur. Badan macam penat teramat sangat walaupun tak banyak bergerak. 

Kesempatan ini, aku cuba untuk munasabah diri. Walaupun tidaklah sebaik mana, tapi keinsafan tu datang sedikit sebanyak membantu untuk meringankan beban tekanan yang ditanggung. Aku percaya, setiap orang pasti mempunyai masalah tersendiri. Bagaimana nak cope dan adapt dengan keadaan yang akan membezakan. Dunia tak selamanya indah sepanjang masa. Kekadang langit gelap dan kekadang ribut datang. Kuat atau tidak kita menghadapinya, terserah. Tapi, dalam setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Aku cuba untuk tanamkan dalam diri aku, bahawa, di luar sana, lebih ramai orang yang mempunyai masalah yang lebih berat. So, kurang sikit beban bila fikir macam tu.

Aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk diri aku. Berjaya atau tidak, aku serahkan segalanya kepada Dia. Penat berfikir. Dah malas nak fikir. Biarkan saja yang Maha Mengetahui menentukan segalanya. Susah senang perjalanan hidup aku di masa akan datang. Semua tu bukan mudah, tapi nak tak nak, terpaksa menerima semuanya. Mungkin di sebalik kesusahan yang aku rasai sekarang akan ada kesenangan yang tak pernah aku jangkakan. Ada hikmah kenapa semuanya berlaku. 

Manusia tak sempurna. :)

Sunday, 14 July 2013

Semoga Langit Lebih Terang

Ya Allah, kuatkanlah hati aku untuk menjadi seorang insan yang tabah menghadapi ujian dariMu... jadikanlah aku seorang yang bersabar dalam mengharungi liku-liku hidup yang getir ini... Jauhkanlah air mata dari terus mengalir kerana dugaan yang Kau berikan... Sesungguhnya aku insan biasa yang ada rasa menyayangi dan ingin disayangi... Berilah aku petunjuk agar aku dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan lebih tenang... Amin...

Tuesday, 2 July 2013

Desa Fairy Farm, Kundasang, Sabah

Berkesempatan melawat Desa Fairy Farm atau lebih dikenali sebagai Desa Kita oleh orang tempatan, menjanjikan sebuah kelainan kepada pengunjungnya. Terasa seperti berada di New Zealand apabila berlatarbelakangkan pemandangan gunung ganang, padang rumput yang terbentang luas di depan mata. Memang romantik sangatlah tempat ni. Terletak di Kundasang sebelum perjalanan ke Kampung Mesilau, tiket berharga RM4.00 untuk dewasa rasanya adalah sesuatu yang cukup berbaloi. 

Suasana dingin dan angin nyaman bakal memberikan anda sebuah kenangan yang manis di sana. Aku yang pertama kalinya menjejakkan kaki ke sini terpegun dengan keindahannya. View Gunung Kinabalu yang sangat cantik, suasana romantik, rumput menghijau, udara yang segar... waahhh..memang bestlah! 

Sambil tu, anda boleh tengok proses pemerahan susu lembu-lembu yang cute2 ni. Memang best. Kalau nak bawa anak-anak kecil, tempat ni sesuai untuk proses pembelajaran mereka. Biar otak berkembang sikit. hehe. Ni aku nak share sikit gambar semasa aku di sana. Check it out!

Lembu sedang beratur untuk proses pemerahan susu. Lembu pun pandai beratur, manusia?

Back to country style

Bersama CR, Hafiz, Nizam dan Rockey Chan

Sepohon pokok yang cantik

Cantik kan?

Bangsal baja dan peralatan kebun

Kambing diberi makan. Cute sgt kambing ni. I love it even aku tak makan kambing.

Pemandangan yang cukup menarik.