Saturday, 27 April 2013

Mimpi Yang Tidak Sempurna

Tak siapa di dunia ini yang tidak pernah melakukan kesilapan dalam hidup kan? Bagaimana rasanya apabila kita telah membuat satu kesilapan dan kita menyesali perkara tersebut dan mahu kembali ke suasana yang sebelumnya? Pasti sukar. Bagaimana mahu membina semula sesuatu yang telah dirosakkan dengan tidak sengaja? Ada jalankah untuk kita terus memperbaiki diri kita untuk menjadi seorang insan yang lebih baik daripada sebelumnya? Mampukah sepi di hati boleh diisi dengan kata-kata manis yang mampu menyinarkan semula bibit-bibit yang sudah pudar? Bolehkah diulang semula saat-saat indah yang pernah dilalui bersama...saat kita tertawa bersama...saat kita melangkah bersama...saat kita berkongsi segala...cerita tentang kita...semua tentang kita...saat dulu kala...
Mimpi adalah terlalu indah untuk dibayangkan namun percayalah mimpi tidak mampu lari dari realiti ini... Mimpi juga tidak sempurna... Apatah lagi realiti... Pasti ada cacat cela nya. Aku percaya, tiada manusia yang serba serbi lengkap. Sebab itulah, kita ni telah diciptakan berpasang-pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain dan mengisi kekurangan pasangan masing-masing.

Aku hanya mampu berdoa, agar diriku menjadi lebih baik dan berjaya menggapai semua impian yang kumiliki bersama seorang insan yang mempunyai impian yang sama seperti ku... Menggapai mimpi-mimpi yang kami bina bersama... Menuju masa depan bersama... Membina cita-cita...

Ada cerita tentang aku dan dia...
Dan kita bersama saat dulu kala...
Ada cerita tentang masa yang indah...
Saat kita berduka saat kita tertawa...

Besh Shimatado

Tuesday, 23 April 2013

Pengangkutan Hat Yai - Kuala Lumpur

Tahukah anda perkataan Hat Yai adalah diambil daripada kedudukan geografi Bandar Hat Yai itu sendiri? Perkataan Hat dalam bahasa Siam bermaksud 'daratan' dan Yai pula membawa maksud 'besar'.  Secara kesimpulannya, Hat Yai bermaksud Daratan Besar atau Tanah Besar.

Okay, topik aku kali ini bukanlah mengenai sejarah Hat Yai sebaliknya mahu berkongsi dengan anda semua pengangkutan dari Hat Yai ke Kuala Lumpur. Terdapat beberapa pilihan yang anda boleh pilih bergantung dengan minat, masa, wang dan sebagainya. 

1. Filght

Ini adalah pengangkutan yang paling popular sekali masa kini memandangkan terdapat banyak syarikat penerbangan tambang murah spt Air Asia yang menyediakan tiket mampu beli kepada para penumpang. Aku memang peminat AA lagipun kerana itu saja yang aku mampu. Hehe. Kerana AA lah aku kerap jalan-jalan. Thanks AA. Perjalanan HatYai-KL hanya mengambil masa lebih kurang sejam. Kejap je tu dah sampai KL. Kalau nak murah, booking lebih awal adalah lebih afdal! Anda boleh layari laman web AA, click Air Asia. Firefly (milik Malaysia Airlines) jugak beroperasi dari KL ke Hat Yai. Sekarang ni ada pulak Malindo Airlines. Sejak dilancarkan June 2013 dulu, Malindo kini hanya terbang ke tiga destinasi iaitu KL, KK dan Kuching. Mungkin tak lama lagi Malindo akan tambah lebih banyak lagi penerbangan domestik dan luar negara. Kita tunggu dan lihat. Lapangan terbang Hat Yai terletak di Hat Yai, Amphoe Khlong Hoi Khong, Songkhla, Thailand.

2. Keretapi

Untung kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ada menyediakan perkhidmatan terus dari Thailand ke Malaysia. Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba sesuatu yang baru, menaiki keretapi sehingga berbelas jam, anda bolehlah menaiki perkhidmatan ini. Anda tidak perlu ke kaunter KTMB pun, hanya tempah online je. Kan mudah? Anda boleh klik KTMB E-Ticket System untuk tempahan yang pantas. Tapi anda kena mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu untuk memudahkan proses tempahan. Keretapi dari Hat Yai akan bertolak pada jam 1600 dan tiba di KL Central jam 0530 keesokan harinya. Terdapat 4 jenis seat yang ada iaitu katil (vip dan normal - atas n bawah) dan kerusi (vip dan normal).  Tapi takde lah VIP sgt pun.hehe
Suasana keretapi - katil


Pada mulanya aku mahu menaiki keretapi Hat Yai ke KL selepas pulang dari Krabi tapi apakan daya, semua tiket dah habis. Melepaslah peluang aku untuk merasai pengalaman menaiki tren jarak jauh ni. Huhu.Tapi takpe, next time masih ada.

3. Bas

Pengangkutan bas juga tidak terkecuali. Terdapat beberapa syarikat pengangkutan yang mampu memberikan keselesaan kepada penumpangnya. Ni aku nak share beberapa website syarikat pengangkutan bas Hat Yai - KL.

Sri Maju : http://www.srimaju.com/
Alisan Golden Coach : http://alisangoldencoach.com.my/

Anda juga boleh membuat tempahan di laman web ini. http://www.busonlineticket.com/ Amat mudah sekali. Aku dah book tiket bas aku dari Hat Yai - KL guna laman web ni. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit. Senang sangat. Tak perlu pergi ke kaunter untuk beli. Jimat masa dan tenaga. 
Bas Sri Maju
Alisan

Bagi bas Alisan, ada dua jenis iaitu Double Decker dan Executive Coach.

Thursday, 18 April 2013

Ho Chi Minh, Vietnam ~ Planning

Sudah lama rasanya aku tidak menulis di sini dek kesibukan di tempat kerja dan aktiviti hujung minggu di luar. Lebih kurang dua bulan aku tidak mendapat rehat yang cukup lantaran terlalu banyak menghabiskan masa melakukan aktiviti kesukaan aku. Walau bagaimanapun, aku gembira kerana masa aku terisi dengan sesuatu yang berguna dan tidak terabai begitu sahaja.

Memandangkan terdapat beberapa halangan untuk aku meneruskan impian menjejakkan kaki ke Everest Base Camp, Himalaya pada bulan Oktober 2013 ini, aku tetap bertekad untuk mengembara pada hujung bulan sembilan nanti. Sedih juga tak dapat pergi EBC tahun ini, tapi apakan daya, aku hanya mampu merancang. Hehe. Merancang pulak main-main, hah, padanlah dengan muka aku ni. But it's okay, takkan lari Himalaya tu dikejar pun. Impian Himalaya akan aku makbulkan pada tahun 2014 sama ada bulan April-Mei atau Okt-Nov. Barangkali Apr-Mei lebih baik agaknya. Tengok keadaan macam mana nanti.

Berbalik pula kepada pengembaraan yang bakal aku lakukan pada bulan September ini! Destinasi yang akan dituju ialah Bandar Ho Chi Minh (HCMC). HCMC yang dahulunya dikenali sebagai Saigon suatu ketika dahulu kini lebih dikenali sebagai HCMC. Namun begitu nama Sai Gon juga masih diguna pakai sehingga kini. Malah lapangan terbang antarabangsanya juga dikenali dengan nama Saigon.

Rancangan aku untuk ke HCMC adalah jenis backpacker. Aku telah menempah tiket penerbangan untuk ke sana dengan hanya satu laluan sahaja iaitu KL-HCMC. Penerbangan pulang belum ditempah kerana aku masih memikirkan sama ada mahu pulang dari HCMC atau pun tempat lain. Berdasarkan kepala otak aku yang kurang betul ini, aku mahu mengembara ke Phnom Penh, kemudian ke Siem Riep, dan selepas itu aku akan ke Bangkok. Gila kan. Ada ke siapa-siapa yang mahu ikut rancangan aku ni? Haha.

Di sini aku ada beberapa pilihan setelah tiba di HCMC:

a) KL - HCMC - Phnom Penh - Siem Riep - Bangkok - KL (10 hari)
b) KL - HCMC - Nha Trang - Da Nang - KL (6 hari)
c) KL - HCMC - KL (4 hari)
d) KL - HCMC - Phnom Penh - Siem Riep - KL (8 hari)

Aku masih belum pasti lagi mahu memilih yang mana satu kerana aku perlu mengambil kira pelbagai sudut. Kemboja agak ketara dengan persekitaran yang agak bahaya bagi backpacker kerana di sana terlalu banyak pick pocket. Sedar tak sedar beg dah kena buka dari belakang. Jadi, untuk ke sana perlu lebih berhati-hati. Silap-silap, kita tak dapat balik sebab semua kena kebas. Naya cek. 

Namun, pilihan yang b) agak menarik kerana aku boleh pergi menyelam di Nha Trang. Da Nang pulak sangat cantik dengan pemandangan landskapnya.Hurmm...mana satu ye? Hehe. Aku fikir dan buat kajian dahulu barulah boleh membuat keputusan dengan lebih baik. Yang penting, Vietnam, see you very soon!!
Source from internet: Ho Chi Minh City, Vietnam