Pada Hari Raya Haji yang lalu, aku dan Dyah Ayu Pramesthi, sahabat dari Indonesia telah mengunjungi rumah Zakuwan dan Maslina. Selepas itu, aku membawa Dyah ke Putrajaya untuk menikmati udara segar dan pemandangan yang cukup mengagumkan.
Sunday, 13 January 2013
Career Fair, Bandar Tun Razak 22112012
En Azman, Letchu, Dinesh, Victor, ??, ?? and Bee |
Dua bulan yang lalu, aku dan kawan sejawatan dari Kerry Angsana,Letchu menghadiri career fair yang dianjurkan oleh MyPartner. Saja teringat bila godek-godek gambar lama, so share sikitlah di sini. Ramai graduan daripada MyPartner yang datang untuk sesi temuduga. Penat juga setelah seharian bertungkus lumus melayan candidates bertanyakan bermacam-macam soalan yang berulang kali. Tapi nak buat macam mana, kita ni makan gaji dan ada tanggungjawab. Layan sajalah. Dapat juga pengalaman bagaimana menguruskan career fair suatu hari nanti, atau pun dapat juga pengalaman bagaimana menghadiri sesi temuduga suatu hari nanti. Hehe. aku dan Letchu pulang ke Shah Alam tepat jam 5.30 pm. Selamat tinggal career fair for Kerry!
Tuesday, 8 January 2013
Impian adakah menjadi kenyataan?
Internet: Majestic |
Friday, 4 January 2013
Bukit Malawati, Kuala Selangor 01012013
Selepas habis program memancing ikan, aku, Fiqa, Mas dan Nina menuju ke Bukit Malawati yang terletak di Kuala Selangor. Perjalanan dari Jeram mengambil masa lebih kurang setengah jam. Di sini, anda boleh membeli tiket untuk ke atas bukit dengan menaiki tren yang disediakan. Harga adalah cukup berpatutan.
Dewasa : RM5.00 seorang [PH] / RM3.00 [Weekend]
Kanak-kanak : RM1.00 seorang [Weekend] - PH aku lupe plak!!
Kanak-kanak : RM1.00 seorang [Weekend] - PH aku lupe plak!!
For your information, jarak Bukit Malawati dari Shah Alam lebih kurang satu 45 minit tanpa jam. Kalau jam, boleh mencecah sampai satu jam lebih. Kena tengok cara pemanduan jugak lah. Kalau bawa macam Formula 1, maybe cepat sikit kot!. Jalan dia tak susah, dari Shah Alam, anda kena amik highway Shapadu, bayar tol RM0.60 dan terus saja. Sampai Pekan Kapar, anda kena terus sahaja. Daripada Kapar ke Bukit Malawati terus sahaja, takde belok-belok. Sebelum sampai Bukit Malawati, ada satu simpang kecil ke kiri dan ke kanan. Amik kiri, tapi simpang tu sebenarnya tak macam simpang tiga biasa. Dia macam simpang tiga huruf V. Daripada jauh memang dah nampak Bukit Malawati yang tersergam indah. Takkan sesat punya. Memang senang sangat nak cari.
Walaupun kepenatan memancing tadi, tapi kami gagahi jua untuk berjalan-jalan di Bukit Malawati ini. Ini ada sedikit info daripada Wikipedia berkenaan dengan Bukit Malawati. Anda boleh baca sendiri ya.. Thanks!
Tiba di Bukit Malawati, anda akan dikejutkan dengan puluhan monyet liar yang jinak yang berada di merata-rata tempat. Sama ada di atas pokok, di tempat rehat, di atas bumbung, di papan tanda, di mana-mana sahaja. Sangat teruja dan terkejut!! Aku yang sememangnya suka masuk hutan, teruja melihat teletah monyet-monyet itu. Tapi kalau dia lompat dekat aku, mahu jugak aku menjerit. Aku tak suka ada objek lain yang tiba-tiba datang ke arah aku. Tak kisah lah manusia atau haiwan sekalipun. Haha. Anda boleh dapatkan tiket di kaunter berhadapan dengan jalan.
Kami menaiki kereta api dua gerabak berwarna kuning. Setiap gerabak penuh dengan pelawat. Dalam 5 minit, anda akan tiba di puncak Bukit Malawati. Dekat puncak tu, terdapat Muzium, meriam-meriam lama, rumah api, pokok besar, pondok, dan yang wajib dan penting sekali ialah MONYET!. Banyak sangt sangat sangat. Kiri kanan depan belakang semua monyet. Haaa kalau nak rasa dipegang, diraba, disergah, ditarik, dan dikejar oleh monyet, datang sini. Memang takkan rugi. Sebab monyet ni pantang nampak makanan, terus dia akan sambar dan tarik daripada kita. Bayangkan, nampak sahaja kita seluk poket, tangan dia pun nak seluk poket jugak. Memang kelakar.
Tapi kelakar dia pun, jangan ganggu anak kecil yang dia dukung di dada tu. Ada emak monyet yang okay, okay. Tapi kalau kena emak yang garang, dia akan marah bila kita kacau anaknya. Zapp!
Dan apa yang menariknya di sini lagi, apabila 'ketua' monyet memanggil ke atas pokok, dengan pantas, semua monyet akan panjat pokok sepohon nan besar yang berada di situ. Memang menarik.
P/S: Asyik tengok manusia yang berperangai macam monyet, apa kata kita tengok monyet yang real. Best.
Here are few photo I took from Bukit Malawati:
Selamat Datang! |
Keretapi Open air |
See, they are everywhere! |
Rumah Api terletak di atas |
Jom lepak sama. Kelihatan dari jauh adalah Selat Melaka. Kalau tengok sunset ni mesti cantik sangat. |
Terdapat ramai penjual makanan monyet spt kacang panjang, pisang, dan juga aiskrim |
Syoknye kan bersadai |
Pick pocket! |
Amboi... |
Side by side |
Kena panggil dengan BoSS |
~~ Bye ~~ |
Tuesday, 1 January 2013
New Year 2013
Malam 31hb Disember, masing-masing sibuk bersiap untuk pergi menyambut kedatangan tahun baru di tempat-tempat yang menarik seperti KLCC, Sunway Pyramid, The Curve, i-City, Dataran Merdeka dan banyak lagi. Kebanyakan tempat tersebut mengadakan konsert atau countdown tahun baru serta pertunjukkan bunga api. Masing-masing sibuk bertanya ke mana destinasi sambutan tahun baru, dengan siapa sambutan, dan macam-macam lagi. Aku? selepas makan di Hakim Lama Seksyen 7, aku terus balik ke rumah dan baring di atas tilam kerana terlalu penat. Apabila terjaga, jam sudah menunjukkan pukul 10.50 malam. Sambutan tahun baru aku adalah di dalam bilik dan menikmati makan malam sambil menonton sebuah filem lama iaitu Chocolat 2000 yang difilemkan pada tahun 2000. Filem ini menggambarkan seorang ibu dan anak yang radikal berbeza dengan komuniti di sebuah bandar yang baru mereka lawati. Perbezaan yang mereka miliki membuatkan masyarakat sekeliling mencemuh dan mengasingkan diri daripada bergaul dengan mereka. Namun, kerana perbezaan itulah yang membuatkan bandar kecil tersebut berubah.
Chocolat: Johnny Depp & Juliette Binoche |
So, sambutan tahun baru adalah null. Untuk menjimatkan duit dan lebih banyak berehat, aku tidak ke mana-mana. Better this way. Aku harus mendisiplinkan diri untuk mencapai gol menabung untuk Himalaya. :P.
Its started now, not tomorrow! Yippie!!
Subscribe to:
Posts (Atom)