Malam 31hb Disember, masing-masing sibuk bersiap untuk pergi menyambut kedatangan tahun baru di tempat-tempat yang menarik seperti KLCC, Sunway Pyramid, The Curve, i-City, Dataran Merdeka dan banyak lagi. Kebanyakan tempat tersebut mengadakan konsert atau countdown tahun baru serta pertunjukkan bunga api. Masing-masing sibuk bertanya ke mana destinasi sambutan tahun baru, dengan siapa sambutan, dan macam-macam lagi. Aku? selepas makan di Hakim Lama Seksyen 7, aku terus balik ke rumah dan baring di atas tilam kerana terlalu penat. Apabila terjaga, jam sudah menunjukkan pukul 10.50 malam. Sambutan tahun baru aku adalah di dalam bilik dan menikmati makan malam sambil menonton sebuah filem lama iaitu Chocolat 2000 yang difilemkan pada tahun 2000. Filem ini menggambarkan seorang ibu dan anak yang radikal berbeza dengan komuniti di sebuah bandar yang baru mereka lawati. Perbezaan yang mereka miliki membuatkan masyarakat sekeliling mencemuh dan mengasingkan diri daripada bergaul dengan mereka. Namun, kerana perbezaan itulah yang membuatkan bandar kecil tersebut berubah.
Chocolat: Johnny Depp & Juliette Binoche |
So, sambutan tahun baru adalah null. Untuk menjimatkan duit dan lebih banyak berehat, aku tidak ke mana-mana. Better this way. Aku harus mendisiplinkan diri untuk mencapai gol menabung untuk Himalaya. :P.
Its started now, not tomorrow! Yippie!!
No comments:
Post a Comment