Sunday 28 October 2012

Bukit Tabur ~ West Wing 20102012

Minggu lalu, saya berkesempatan lagi mendaki Bukit Tabur, tapi kali ini west pula. Walaupun kaki masih belum sembuh sepenuhnya, namun digigihkan juga kudrat untuk merasai pengalaman mendaki kedua-dua sayap Bukit Tabur. Kalau hanya terperap dalam bilik, entah bila pulak kaki ni nak berlatih. Makin sakit ada lah.
Kami memulakan perjalanan agak sedikit lewat, iaitu pada jam 10.45 pagi. Bahang panas sudah mula terasa. Dinasihatkan kpd semua agar jangan mendaki terlalu lewat kerana kita akan cepat penat dan dahaga. Perjalanan pada awalnya agak sedikit mudah. Treknya tidaklah securam East Wing. Seperti biasa, saya pasti akan pancit di awal pendakian kerana jantung baru mula adapt dengan pergerakan muscle badan. Banyak oksigen yang perlu disalurkan kepada setiap bahagian badan yang sedang bergerak aktif dan melawan graviti.

Pemandangan hari ini cukup cantik. Langit sangat cerah dan warna birunya memberikan latar belakang yang terlalu indah. Burung helang berterbangan di sekitar tasik empangan yang jelas kelihatan dari trek West. Ada juga beberapa pendaki lain yang baru saja memulakan pendakian seperti kami.  Cuaca yang cukup panas pada hari itu membuatkan peluh menitis tanpa henti membasahi jersey yang saya pakai. Boleh tahan jugak basahnya.

Kami meneruskan perjalanan kami sehinggalah melalui cerun-cerun yang curam dan batu-batu marble yang tajam. Pendakian menjadi lebih mencabar apabila setiap struktur batu tidak rata dan tajam. Kecuramannya pula membuatkan hati saya berdebar-debar setiap kali mahu mengangkat kali untuk memijak batu seterusnya. Langkah perlu berhati-hati kerana sedikit kesilapan dan kecuaian boleh membawa maut. Di sekeliling batu-batu marble ini, hanyalah gaung yang curam, dan sekiranya terjatuh dari trek mendaki, sudah pasti, di gaunglah tempatnya. Ada juga tali-tali yang disediakan untuk dijadikan sebagai tempat berpaut, namun kami semua tidak bergantung kepada tali tersebut kerana keadaannya sudah usang dan reput. Kami lebih yakin berpaut dengan batu berbanding tali. Pernah juga terbaca di internet, tali putus dan menyebabkan pendaki jatuh.

Pada sangat ini, kekuatan tangan adalah tunggak utama pendakian kerana kita harus berpaut di batu, mencari angle terbaik untuk berpaut supaya kita dapat mengangkat kaki untuk terus mendaki. Kecenderungan untuk mengalami kecederaan amat tinggi kerana struktur batu yang tajam. Kalau sayang kaki, pakailah seluar yang panjang dan pelapik lutut sekiranya mahu mendaki Tabur.

Di Tabur West, trek mempunyai banyak puncak. Trek turun naik seolah-olah tiada pengakhirannya. Selepas satu 'puncak' ada lagi 'puncak' seterusnya. Semasa kita mendaki patu uncak, kita tidak akan dapat melihat puncak di sebelah sana kerana ianya terlindung dari puncak yang kita daki. Kemudian, semasa mahu menuruninya, barulah kita akan nampak puncak yan di sebelah sana. Begitulah keadaannya sepanjang perjalanan kami. Penat sangat bila trek yang turun naik seperti itu.

Jika tanya pendapat saya, East dan West, yang mana lebih mencabar, saya rasa kedua-duanya sama sahaja. East lebih panjang, namun West banyak turun naik. Dua-dua mencabar bagi saya. Dua-dua memerluka ketelitian dan kesabaran semasa mendaki. Tidak boleh melakukan kesilapan kerana ia akan mengundang bahaya. Oleh itu, adalah dilarang sama sekali mendaki Tabur sekiranya hujan. Sangat bahaya.

Di puncak Tabur West sebenarnya hanyalah tanah rata dan tiada lagi di penghujungnya. End dead. Kami berpatah balik dan menuruni trek melalui trek yang berbeza dengan trek yang kami naik tadi. Jalan untuk turun mudah kelihatan dan treknya mudah. Perjalanan sehingga tempat memakan masa hampir setengah jam akan melalui kebun buah. Ada pokok petai, rambutan, langsat, manggis, durian, kundang, jering, rambai dan beberapa lagi. Mesti best dapat makan buah semasa turun. Hehe. Setelah lebih kurang 10 minit menuruni trek, kita akan berjumpa dengan sebuah pondok kediaman. Di situ terdapat dua jalan berbeza, namun trek yang betul adalah ke kiri. Perjalanan diteruskan sehinggalah kita dapat melihat jalan tar di bawah gaung. Di situlah penamatnya pendakian kami.

Langit yang sangat cerah

Batu-batu yang tajam semasa menaiki trek

Cantik

Kami berempat

Burung helang

Tabur sentiasa dihiasi oleh lumut yang berwarna warni

Universiti Islam Antarabangsa jelas kelihatan dari Tabur West

Yg atas melihat kecuraman batu, yg tengah cakap, kita jangan percaya tali, yg bawah sedang turun, yg mengambil gambar, sayalah!

Bergambar dengan batu yang menjadi tulang belakang Bukit Tabur

Unik


Model 100 Plus tidak bergaji

Check point 7

Ambil peluang bergambar dengan rumput karpet di sini. Banyak sangat rumput karpet.

Dam

Small



Background pokok yang sangan cantik

Rumput karpet

Trek

Bergambar lagi dengan karpet

Miss Marathon. Tak dapat bayangkan betapa kuatnya dia ni. Semalam main futsal sampai pukul dua, pagi ni naik Tabur, then malam ni ada night marathon di Putrajaya. Gila

Pondok yang dijumpai semasa turun. Nampak kan trek di sebelah kiri pondok. Itulah jalan turun.

Pondok terakhir semasa turun

Pemandangan Tabur West yang boleh nampak Tabur East nun di sana.

No comments:

Post a Comment